Saturday, May 29, 2010

Malays reject NEM, Perkasa tells PM

Kami tolak NEM kata Ibrahim Ali..begitu hebat dah gah sekali .Cukuplah saya katakan disini ianya cuma satu lakonan sahaja oleh pelakon pelakon handalan melayu UMNO..Mereka tidak akan bertindak lebih dari itu.Bangkangan itu cuma untuk publisiti agar mereka tidak terlalu dilihat sebagai UMNO yang menyamar NGO melayu..Berita selanjutya boleh dibaca dibawah:-

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malays-reject-nem-perkasa-tells-pm/

Friday, May 28, 2010

Kemana perginya Penyokong Penyokong Islam UMNO?

Lesen demi lesen judi diluluskan oleh pemimpin pemimpin UMNO.Sehingga sekarang sebanyak 72 lesen judi telah diluluskan oleh UMNO.Saya sebut disini UMNO dengan menghimpunkan sekali pemimpin dan pengikut mereka.Pengikut pengikut UMNO tidak wajarlah mencuci tangan dan berpura pura mereka tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab terhadap segala keputusan pimpinan UMNO.Alasan mereka tu sebenarnya adalah alasan klasik zaman berzaman apabila mereka diasak dengan isu isu sedemikian.
Setakat ini tiada protes langsung dari pengikut pengikut UMNO maupun ustaz ustaz UMNO.NGO NGO melayu bagaimana? PERKASA,PEKIDA,PPIM,GPMS dan lain lain yang pro UMNO hanya mendiamkan diri sahaja seolah olah isu ini bukan masalah kepada mereka.
Jadi betul tanggapan saya dan ramai orang selama ini bahawa judi pada pandangan mereka ada halal dan ada haram.Halal jika UMNO kata halal.Haram jika ianya tidak dilesenkan.
Pendapat hasil negara dari judi adalah halal dan darurah pada pandangan UMNO dan kuncu kuncunya.Mereka tidak merasa malu terhadap DAP yang turut sama menentang perkembangan judi ini.Dimana maruah dan harga diri orang orang UMNO ini?
Alhandulillah Allah SWT telah membuka pekung didada mereka.Bagaimana opah,atuk,tokwan,tok ki,kat kampung? Hendak bersekongkol dengan UMNO? Kita tunggu dulu dlam PRK akan datang samada isu ini ada memberi kesan kepada mereka.Samada wang judi yang disogok semasa kempen pilihanraya diterima oleh mereka dengan senang hati dan berkata "Alhamdulillah".Mungkin agaknya mereka berpendapat judi haram tapi hasil judi tak apa kot?
Bila melihat pegangan sebahagian besar orang orang melayu didalam isu ini saya amat merasa malu dan kesal.Kita telah menjadi bangsa yang tidak memiliki sebarang pegangan yan gkuat terhdap Islam.UMNO telah berjaya merosakkan bangsa melayu kepada tahap yang paling teruk . Persoalannya mengapa orang orang melayu ni bodoh sangat.60% masih lagi hendak mempertahankan UMNO yang bertanggunjawab terhadap semua kemelut yang melanda orang orang melayu.

Sunday, May 23, 2010

UMNO dan Judi


Lesen judi bola telah pun diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO.Tiada sebarang bangkangan dari pihak UMNO samada pihak pimpinan atau pihak akar umbi.DS Najib amat arif tentang perangai orang orang UMNO dan orang orang melayu yang menyokong UMNO.Mereka tidak peduli walaupun seratus lesen judi pun yang diluluskan.Bagi mereka judi adalah perkara biasa didalam masyarakat melayu.Malahan mungkin juga sebahagian dari mereka adalah pengamal pengamal tegar 4 nombor ekor.


Hukum haram cuma bagi orang orang PAS dan PKR sahaja.Maknanya disini judi hanya jadi haram apabila Pakatan Rakyat memerintah.Orang orang UMNO akan memekik mekik dan terlolong lolong mengatakan ianya haram dan perlu di basmikan.Khir Toyo telah mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya tidak membasmi 4500 lesen judi.Poraah cit....Inilah sikap UMNO.Hipokrit tak habis habis.Lesen judi berkenaan diluluskan semasa pemerintahan UMNO dulu.Khir Toyo adalah salah seorang yang bertanggungjawab meluluskannya.Di anak bising pasal apa?Tapi sikap hipokrit UMNO menunjukkan seolah olah mereka tidak terlibat dengan proses pelulusannya.Penyokong penyokong UMNO pula menyakong secara membuta tuli sama saperti kaum Firaun dan Namrud.


Mana perginya demonstrator demonstrator "Takebeer"? Katakan mereka ni begitulah prihatinnya tentang halal haram.Muka mereka pun tak nampak. Manakala ulamak ulamak didalam UMNO pun turut sama membisu.Jamil Khir,Nakhaei dll terus senyap sunyi tanpa mengeluarkan sebaran kenyataan.


Kesimpulan yang dapat kita buat adalah halam haram disisi UMNo ada dua set.Satu set untuk UMNO dan satu set lagi adalah untuk umat Islam yang lain.Haram ialah jika pemimpin UMNO kata haram.Halal ialah jika pemimpin UMNO kata halal..Al Qura'an dan sunnah Nabi tidak menjadi panduan pemimpin UMNO.Mereka lebih suka mengikut sunnah pemimpin pemimpin mereka.Hasil judi adalah sumber pendapatan UMNO kerana taukeh taukeh judi memberikan sumbangan yang besar kepada UMNO.Maknanya disini operasi seharian UMNO sebahagian besarnya dibiayai oleh sumbe rsumber yang haram


Mari kita sama sama berdoa kepada Allah SWT agar membersihkan bumi Malaysia yang tercinta ini dai kekufuran yang dibawa dan dicipta oleh UMNO.

Tuesday, May 18, 2010

Malaysia Baru-Sibu

PRK Nangka Sibu sudah berakhir.Pemenangnya adalah PR yang diwakili oleh DAP.Pertaus undi mening mendadak dikalangan orang orang cina dan melayu melanau.Ianya menjadi faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat.Kemenangan adalah berpunca dari semangat berpasukan yang baik dan semua pihak memainkan peranannya masing masing.Manakal tiada perubahan pada masyarakt Iban.Saya rasa ianya berpunca dari BN yang telah awal awal lagi mengawal tuai rumah panjang Iban.Memandangkan masyarakat Iban tinggal dirumah panjang yang dianggap sebagai "close knit society" maka peranan tuai rumah adalah amat penting.Pakatan Rakyat perlu mencari jalan untuk mengatasi halangan ini.

Kemenangan ini sebenarnya diluar jangkaan semua pihak.Sibu terletak jauh dipedalaman Sarawak kira kira 500 km dari Kuching.Kuasa Allah SWT menentukan segalanya apabila DAP menang bergaya selepas 28 tahun Sibu berada ditangan BN.

Petanda awal mula memberi harapan apabila sambutan terhadap program ceramah PR mendapat sambutan diluar dugaan.Malahan muslimat muslimat PAS dengan jubah dan tudung labuh mereka mendapat sambutan hebat dari wanita wanita tempatan.

BN masih lagi ditakuk lama.Undi hantu,undi pos dan dan menabur wang antara kempen kempen cara lapuk yang masih diamalkan oleh mereka.Mereka tidak sedar rakyat sebenarnya sudah faham hak mereka. Mereka menuntut perubahan dan agar mereka dilayan dengan lebih adil.Mereka menuntut agar negara ini dperintah dengna labih baik.Basmi rasuah dan hasil negar perlu diurus dengna lebih baik.UMNO dan BN tidak nampak semua itu.Meek masih menganggap pemberian wang kedalam poket pengundi pengundi semasa pilihanraya sudah cukup untuk menutup segala pekung dan kelemahan BN selama ini.BN menganggap pengundi pengundi Sibu adalah lurus bendul tak reti hak mereka.

Timbullah kata kata yang tak sepatutnya keluar dari Perdana Menteri sendiri" kalau kamu tolong kami,kami akan tolong kamu".Satu kenyataan yang bukan sahaja bodoh tetapi menghina penduduk penduduk Sibu.Najib lupa bahawa rakyat sekarang sedar bahawa tugas untuk membangunkan daerah mereka adalah tanggungjawab Kerajaan.Ianya tiada kena mengena hak mengundi rakyat.Samada rakyat sokong atau tidak itu bukannya persoalannya.

Konsep sebeginilah yang pemimpin pemimpin UMNO dan BN susah nak faham atau pun saja tak mahu faham sebab taktik ugutan "carrot and stick" berkesan memberi undi kepada mereka selama 52 tahun. Merek lupa zaman siber telah mengubah keadaan .Mesej dapat disampaikan melalui internet didalam masa tak lebih dari seminit sahaja.Internet telah merungkai sekatan berita BN.
Sama samalah kit aucapkan syabas kepada pengundi pengundi Sibu.Kita yakin jika tiada undi pos dan pengundi hantu,Pakatan Rakyat akan mendapat undi yang jauh lebih besarMereka lebih "advance " dari segi pemikiran jika dibandingkan dengan tempat lain..

Saturday, May 15, 2010

laughter is The Best Medicine

Ini ada satu "joke" yang saya cilok dari Malaysia Today dalam artikel Raja Petra yang terbaru "..Ianya gurau senda tetapi maksudnya amat mendalam..Jokenya saperti berikut:-

I was stuck in a traffic jam on the PLUS Highway last week. Nothing moved for half an hour when suddenly a man knocked on my window. So I rolled down my window and asked, "What's going on?"

''Terrorists down the road have kidnapped a few UMNO politicians. They're asking for a ransom or they're going to douse them with petrol and set them on fire. We are going from car to car, taking up a collection."

I then asked, "How much is everyone giving on average?"

"Most people are giving about a gallon."

Kah kah kah...






Thursday, May 13, 2010

Kenyataan Mufti Perak Berkaitan Isu Judi Bola

Komen: Mufti Perak akhirnya memecah kebisuan apabil abeliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk langkah Najib Tun Razak meluluskan lesen judi bola.Pendapatan judi sebenarnya adalah salah satu sumber kewangan utama UMNO .Satu perkara yang sebenarnya sengaja dipejamkan mata 0leh ulamak ulamak didalam UMNO sendiri.Pada mereka ini bersalam dengan pemimpin pemimpin DAP adalah jauh lebih jijik dan haram dari wang judi dan arak itu .Manakala pemimpin pemimpin dan pengikut pengikut UMNO jika DAP sanggup menyogok mereka dengan wang saperti taukeh taukeh cina,label jijik itu akan hilang dengan sendirinya.Pada UMNO wang adalah segala galanya.Kesimpulan nya salah DAP pada UMNO bukan lah kerana mereka parti cauvanis cina dan melaungkan isu isu cina.

Wang walau apa pun jenisnya adalah halal pada UMNO.Cuma satu persoalan saya mengapa orang orang melayu sekitar 50%-60% masih lagi setia pada UMNO? Mereka pun turut menganggap hasil judi tu halal ke?


Artikel dibawah diambil dari http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2010/05/menentang-hukum-syarakmufti.html Dari mana dia dapat saya pun tak tau..





Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak


Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini

Tuesday, May 11, 2010

Apa Tindakan Perkasa terhadap isu isu Yang Menghina Melayu dan kedaulatan Raja Raja Melayu?


Antara isu isunya adalah polis terlebih tindakan terhadap dua remaja melayu sehingga menyebabkan kematian seorang daripadanya dan seorang lagi cedera parah,isu "First lady" Rosmah Mansor,isu kehilangan dua blok telaga minyak kepada Brunei..


Apa Brahim Ali dan Perkasa buat?Saya malas nak tulis panjang panjang.Gambar yang tertera boleh menjawab segala persoalan..Gambar saya cilok dari

Monday, May 10, 2010

Bukan kah ini juga menderhaka?




Mengikut The New York Times iklan ini ditempah oleh agensi Kerajaan Malaysia sendiri.Kosnya lebh kurang USD180 000.Wow hebatnya.First lady pun nak iklan juga ke?Persoalannya siapakah First Lady saperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia? Bukan ke Permaisuri Agung?


Tidak kah perbuatan sedemikian dianggap sebagai menderhaka dan memperkecil kecilkan Institusi Raja? Mengapa PERKASA tidak bingkas bangun dan menyuarakan kemarahannya? Jawapannya amat mudah.Jika UMNO yang buat semuanya dianggap sah disisi undang undang.Undang undang dan Perlembagaan Negara hanyalah untuk rakyat marhaen dan Pakatan Rakyat sahaja.Jika Pakatan Rakyat mengkritik sedikit sahaja Institusi Raja walaupun demi kebaikan Institusi berkenaan maka juak juak UMNO akan bertempik keseluruh negara melaungkan penderhakaan.


Kepura puraan UMNO ini perlulah diperjelaskan kepada rakyat jelata agar mesej mesej saperti ini dapat difahami oleh pengundi pengundi.Jangan biarkan isu ini berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakbalas dari Pakatan Rakyat..
Definasi Derhaka
Apa apa sahaja perbuatan mau pun kata kata yang dilakukan oleh rakyat biasa atau parti politik yang berkaitan dengan Institusi Istana yan tida persetujui oleh UMNO. UMNO berhak untuk menentukan samada sesuatu perbuatan,tulisan atau kata kata itu derhaka.Jika UMNO kata derhaka maka derhakalah ia.Jika UMNO kata tidak derhaka maka tidak derhakalah ia..

Sunday, May 9, 2010

IMEJ PDRM TERUS TERCALAR

Saya pun tak tahu nak komen lebih lebih pasal PDRM ni.Kalau kita perhatikan bermula dengan isu tembakan membunuh keatas remaja di Shah Alam,kehilangan kereta rasmi Ketua Polis Negeri Selangor dan sekali lagi kes menembak Mat Rempit di Negeri Sembilan.Peristiwa peritiwa ini berlaku berturut turut sebanyak tiga kali.Mengapa agaknya begitu?



Pakatan Rakyat nak menganiaya polis? Pakatan Rakyat tak ada kerja lain nak buat melainkan memburuk burukkan imej polis sahaja? Pakatan Rakyat nak cari publisiti ke? Semuanya bukan.Saya merasakan segala peritiwa yang berlaku adalah sebagai "signal" daripada Allah SWT kepada PDRM supaya mereka memeriksa diri mereka sendiri kesilapan mereka selama ini.



Tiada siapa pun diatas undang undang Allah SWT.PDRM perlu mengaku bahawa mereka selalu tidak berlaku adil apabila berdepan dengan isu UMNO vs Pakatan Rakyat. Bukti dipalsukan saperti kes liwat DS Anwar Ibrahim dulu dengan penglibatan aktif dari polis sendiri.UMNO tidak akan berjaya melakukannya sendiri tanpa pertolongan dari pihak lain.Malahan pada pilihanraya 1999 dulu ada seorang pegawai polis diKedah telah cuba menghalang calon PAS dari memasuki dewan penamaan calon dengan harapan calon berkenaan di"disqualified"kan.



Saya sebenarnya merasa yakin dengan kebolehan serta kemahiran pihak PDRM.Pada pandangan saya PDRM adalah diantara pasukan polis yang terbaik didunia.Jika mereka lebih bersikap profesional dan neutral mereka boleh terus meningkat lebih maju lagi.Tetapi semua usaha usaha ini gagal jika UMNO mempergunakan mereka untuk kepentingan diri mereka.Yang meletakkan najis dikepala anggota anggota PDRM adalah UMNO dan bukannya Pakatan Rakyat.



Pakatan Rakyat hanya mengkritik secara terbuka dan berdepan.Tidak lebih dari itu.Manakala UMNO merosakkan PDRM dari dalam tanpa disedari oleh PDRM sendiri.UMNO lah yang menghalang PDRM dari menjalankan tugas mereka.Beberapa orang pegawai polis kenalan saya seringkali merungut apabila mereka hendaka meneruskan kes kes yang melibatkan suku sakat UMNO seringkali mereka dihalang hanya dengan satu panggilan telefon sahaja.Ianya menyebabkan mereka hilang motivasi.Sebahagian dari kes kes seumpamanya kadangkala boleh kita baca melalui blog blog.



Saya berharap dengan tiga peristiwa berturut turut yang telah berlaku membuka mata hati PDRM.Mereka sepatutnya muhasabah diri sendiri dan memeriksa dimana silapnya.Insyaallah dari situ usah usaha untuk memperbaiki PDRM dapat dilakukan.Sekali lagi saya ingin mengingatkan PDRM jika mereka didalam kesusahan saperti sekarang tiada pemimpin pemimpin UMNO yang sanggup bersusah payah untuk datang membela mereka walaupun PDRM selalu menyebelahi mereka bila berhdapan dengan Pakatan Rakyat.

Friday, May 7, 2010

Kedah Mungkin Perlu Bersedia Untuk Menghadapi PRK Negeri

Sekarang ini Kedah didalam keadaan gawat.Pakatan Rakyat hanya mempunya majoriti 3 kerusi sahaja.Sama saperti Perak sebelum 8 februari 2008 dulu.UMNO dilaporkan sedang melobi kuat memancing ADUN ADUN PR.Pengalaman yang telah lepas memberitahu kita bahawa PKR adalah "the weakest link" didalam Pakatan Rakyat.Tetapi tidak semestinya PAS dan DAP selamat.Menteri Besar sedia maklum bahawa ada beberapa orang ADUN PR yang kurang berpuas hati dengan Kerajaan Negeri.Punca sebenarnya tak puas hati tu kurang jelas.Mungkin sebab tak dapat "direct award contract" atau pun konsesi balak kot.Kita lihatlah siapa pulak yang akan melompat kali ini.Adakah ketiga tiga ADUN PR ataupun ada juga dari DAP dan PAS?

Saya sendiri pun berpendapat MB Kedah perlu bersedia sebab kita kena ingat "everybody had its price".MB Kedah Datuk Seri Azizan telah memberi amaran jika seorang lagi melompat,beliau akan membubarkan DUN Kedah.Kalau tiga orang ADUN ditawarkan 50 juta sorang,terliur juga yop.Cukuplah dengan pengalaman di Perak tempohari.

Saya menjangkakan UMNO akan bermain lebih kotor kali ini.Penculikan kemungkinan besar boleh berlaku .Tiada yang mustahil dizaman Najib ni.Enjin kapal terbang dan kawasan telaga minyak pun boleh hilang.Inikan pulak ADUN ADUN tu.Tiba tiba aje keluar didalam sidang akhbar bersama Najib membuat kenyataan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri.Kononnya tidak menjaga kepentingan melayu,tidak menghormati Raja Raja Melayu..bla,bla,bla.Semua alasan tu memang kita dah selalu dengar dah.Tak payah buat sidang akhbar pun kita dah tahu alasan mereka.Kita tengok la nanti perkembangan selanjutnya


Berita lanjut didalam http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-bn-prepares-for-takeover-or-state-polls/#When:09:20:31Z

Thursday, May 6, 2010


Cuba lihat gambar ini.Ada sesuatu yang tak kena.Gambar ni saya ambil dari blog http://kulatlapok.blogspot.com/2010/05/umno-buatkan-majlis-bacaan-yasin-untuk.html.. dah.Gambar ni saya simpan lama dah cuma terlupa nak beri komen .
Jadi mana perginya isu kalimah Allah yang orang orang kafir tak boleh gunakan tu.Mufti Perak bagaimana? Takda fatwa ke untuk ini?Atau bila UMNO buat kira "kosher" (halal) le.Mana perginya NGO melayu mangkok hayon PERKASA? Tak mau nak cabut keris ke mempertahankan kesucian Islam?
Semuanya diam.Nampak sangat talam dua muka dan pembohongnya mereka.Mufti ke,NGO melayu ke,Pemuda UMNO ke semua sama sahaja..HIPOKRIT BESAR