Sunday, September 19, 2010

PEKIDA ohh PEKIDA


Beritanya disini http://www.malaysiakini.com/news/142949. Ahli ahli PEKIDA telah menyalahkan Majlis Peguam kerana tidak menyenaraihitamkan peguam peguam yang bermasalah dan membuat sidang akhbar besar besaran mengenai senarai hitam itu.Presiden Majils Peguam juga digesa meletak jawatan.Persoalannya ialah apa kena mengena isu dalam Majlis Peguam ini dengan pembunuhan Sosilawati serta 3 mangsa lain? Tak relevan langsung.Bukan ke sepatutnya mereka berdemonstrasi supaya Ketua Polis Negara meletakkan jawatan sebab gagal membendung jenayah yang semakin memuncak sejak akhir akhir ini? Malahan pihak polis sendiri mengetahui 9 mangsa telah hilang sebelum ini selepas berurusan dengan suspek suspek berkenaan. Memandangkan mangsa mangsa bukan berprofail tinggi,fail fail siasatan telah ditutup dan ianya hanya dibuka kembali selepas pembunuhan Allahyarham Datuk Sosilawati . Jadi wajarlah mereka sepatutnya berdemo manyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelembapan pihak polis.


Selain daripada itu saya rasa eloklah pertubuhan ini melihat diri sendiri terlebih dahulu.Betul diri sendiri terlebih dahulu.Ahli ahlinya ramai yang bermasalah.Ramai yg semberono dan liar dan kononnya samseng.Judi,arak adalah sebahagian amalan ahli ahli mereka.Mereka juga perlu melihat kesucian nama dakwah dan Islam itu dicemar oleh perangai mereka sendiri.Kelakuan kelakuan mereka tidak langsung mencerminkan nama persatuan dan perlembagaan didalamnya.Banyak senarai salahlaku kumpulan ini yang saya boleh sebut tetapi malas nak tulis.Eloklah para pembaca memerhati dan menilai sendiri kelakuan mereka .
Nak berdemonstrasi adalah hak masing masing.Tetapi jgn menampakkan kebodohan sendiri.Ini akibatnya bila tidak berilmu dan menganggap diri serba hebat dan pandai.


Kan Saya Dah Kata...

Saperti yang dijangkakan DS Najib dan UMNO menarik balik kenyataan agar menjauhi PERKASA.Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan pun mengeluarkan kenyataan yang sama.UMNO dan PERKASA adalah entiti yang sama walaupun nampak berbeza.Bagaimana mereka nak berbeza pendapat? Segala perbalahan tu cuma bersifat sementara shj...

Thursday, September 16, 2010

Sekolah Harapan????


Sekolah Harapan di Melaka untuk pelajar pelajar hamil telah dibuka.Pembukaannya ditunda kepada 17 hb September 2010 memandangkan 16 hb adalah cuti umum Hari Malaysia.Ketua Menteri Melaka kata semua identiti pelajar akan dirahsiakan.Adalah tidak dapat dipastikan sejauh mana identiti pelajar pelajar berkenaan dirahsiakan.Apakah bentuk kemudahan yang diberikan juga tidak dijelaskan.Kemungkinan kemudahan asrama,nurseri utk jaga bayi,bilik bersalin dan bilik menyusukan anak disediakan agaknya.Kata Ali Rustam pelajar belum ada lagi.Tidak dapat dipastikan sejauh mana "feasibility" projek Sekolah Harapan ini.Bagaiman sijil berhenti sekolah pelajar pelajar berkenaan? Adakah tertulis ianya dikeluarkan oleh Sekolah Harapan yang membawa imej sekolah pelajar pelajar termengandung? Banyak persolan belum dijawab lagi.


Apa yang pasti kontraktor UMNO telah pun dapat projek ini dan bayaran pun mungkin dah hampir selesai.Itu sebenarnya tujuan penubuhan Sekolah Harapan ini.Satu harapan UMNO untuk mendapatkan RM.RM utk mengisi kantung kantung balaci balaci UMNO.UMNO tidak peduli samada sesuatu projek berkenaan benar benar memberi faedah kepada rakyat. Wang rakyat dibelanjakan sewenang wenangnya demi perut mereka. Kantung negara semakin kering bukan persoalan bagi mereka.Toyol toyol UMNO perlu diberi makan.
Tapi sayang sekali 60% umat melayu masih lagi tak nampak nampak segala sifat keji UMNO ini.Mereka masih menganggap UMNO sebagai penyelamat mereka..


Sunday, September 12, 2010

Perselisihan UMNO dengan PERKASA

UMNO kononya berselisih dengan PERKASA sebab PERKASA kononnya extrem sangat.Ye ke? Ibrahim Ali pulak mengugut akan memastikan 300 000 ahlinya tidak akan mengundi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.Persoalan saya adalah betul ke PERKASA ada 300 000 ahli? Persoalan kedua adalah betul ke UMNO dan PERKASA berselisih faham?

Saya dari awal lagi tidak percaya kedua dua pihak berselisih faham.Mereka terpaksa berlakon agar nampak "real" dan " authentic".Sebab sebelum ini masyarakat kurang percaya mereka berselisih.Jadi kena nampak macam betul.

PERKASA dan UMNO adalah diibaratkan "Dr Jekyll and Hyde" atau "DR Bruce Banner dan Incredible Hulk".Masing masing adalah "alter ego" kepada pihak masing masing.Maknanya disini mereka adalah orang yang sama.Menjelang PRU 13 mereka akan kembali bersatu.Sementara itu mari kita menikmati lakonan dan lawak jenaka mereka .