Friday, April 3, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis -siri 4

Dengan terlantiknya Datuk Seri Najib Tun Razak maka bermulalah zaman gelap bagi demokrasi Malaysia.Walaupun Najib cuba menggambarkan dirinya sebagai demokratik dengan membebaskan tahanan tahanan ISA dan juga membatalkan penggantungan akhbar akhbar berkala harakah dan Suara Keadilan.
Langkah langkah ini hanyalah sebagai lakonan semata mata untuk mempengaruhi keputusan ketiga tiga pilihanraya kecil yang sedang rancak berlangsung sekarang .
Masanya akan tiba dalam sedikit masa lagi dimana tekanan tekanan akan mula dilakukan.Antaranya ialah menahan dibawah ISA pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat yang berpengaruh saperti DSAI,Ahmad Nizar dan sesiapa shj yang berpotensi untuk menjatuhkan UMNO.Kronisme,rasuah akan amat berleluasa pada tahap yang tidak pernah kita lihat dlm sejarah negara.Rosmah Mansor akan menjadi Imelda Marcos kedua.generasi muda pula akan dilalaikan dengan hiburan hiburan agar mereka tidak memandang serious situasi negara.Seterusnya blogger blogger yang anti Najib dan anti UMNO akan menerima padahnya
Pendekata Najib akan memporakperandakan sistem pentadbiran negarasehingga sukar dibaiki lagi.Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyelamatkan negara ini
YA ALLLAH SELAMATKAN BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI

2 comments:

  1. mungkin..nampak gaya begitulah.. menjadi negara kuku besi macam era mahathir.. aish..

    ReplyDelete
  2. Menabur fitnah dan jangkaan huru hara adalah tektik murahan dan bukan dari ajaran al Quran dan Hadeeth. Melabel 'Police State' adalah tektik basi. Begitu juga tindakan AP DAP Johor yang menyamakan Bumiputera dengan Aparteid. Inilah dasar politik PR yang hanya mahu memporak perandakan masyarakat demi kerusi... bukan demi keadilan..

    ReplyDelete