Sunday, September 19, 2010

PEKIDA ohh PEKIDA


Beritanya disini http://www.malaysiakini.com/news/142949. Ahli ahli PEKIDA telah menyalahkan Majlis Peguam kerana tidak menyenaraihitamkan peguam peguam yang bermasalah dan membuat sidang akhbar besar besaran mengenai senarai hitam itu.Presiden Majils Peguam juga digesa meletak jawatan.Persoalannya ialah apa kena mengena isu dalam Majlis Peguam ini dengan pembunuhan Sosilawati serta 3 mangsa lain? Tak relevan langsung.Bukan ke sepatutnya mereka berdemonstrasi supaya Ketua Polis Negara meletakkan jawatan sebab gagal membendung jenayah yang semakin memuncak sejak akhir akhir ini? Malahan pihak polis sendiri mengetahui 9 mangsa telah hilang sebelum ini selepas berurusan dengan suspek suspek berkenaan. Memandangkan mangsa mangsa bukan berprofail tinggi,fail fail siasatan telah ditutup dan ianya hanya dibuka kembali selepas pembunuhan Allahyarham Datuk Sosilawati . Jadi wajarlah mereka sepatutnya berdemo manyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelembapan pihak polis.


Selain daripada itu saya rasa eloklah pertubuhan ini melihat diri sendiri terlebih dahulu.Betul diri sendiri terlebih dahulu.Ahli ahlinya ramai yang bermasalah.Ramai yg semberono dan liar dan kononnya samseng.Judi,arak adalah sebahagian amalan ahli ahli mereka.Mereka juga perlu melihat kesucian nama dakwah dan Islam itu dicemar oleh perangai mereka sendiri.Kelakuan kelakuan mereka tidak langsung mencerminkan nama persatuan dan perlembagaan didalamnya.Banyak senarai salahlaku kumpulan ini yang saya boleh sebut tetapi malas nak tulis.Eloklah para pembaca memerhati dan menilai sendiri kelakuan mereka .
Nak berdemonstrasi adalah hak masing masing.Tetapi jgn menampakkan kebodohan sendiri.Ini akibatnya bila tidak berilmu dan menganggap diri serba hebat dan pandai.


3 comments:

  1. saya anti PEKIDA... saya follow saudara.. jika sudi jemput ke blog saya..http://samadjfr.blogspot.com..follow saya ye

    ReplyDelete
  2. masyaAllah.. mati2 saya ingat saya dah follow.. maafkan saya saudara.. saya rasa sedih jika dianggap menipu..

    ReplyDelete