Thursday, September 16, 2010

Sekolah Harapan????


Sekolah Harapan di Melaka untuk pelajar pelajar hamil telah dibuka.Pembukaannya ditunda kepada 17 hb September 2010 memandangkan 16 hb adalah cuti umum Hari Malaysia.Ketua Menteri Melaka kata semua identiti pelajar akan dirahsiakan.Adalah tidak dapat dipastikan sejauh mana identiti pelajar pelajar berkenaan dirahsiakan.Apakah bentuk kemudahan yang diberikan juga tidak dijelaskan.Kemungkinan kemudahan asrama,nurseri utk jaga bayi,bilik bersalin dan bilik menyusukan anak disediakan agaknya.Kata Ali Rustam pelajar belum ada lagi.Tidak dapat dipastikan sejauh mana "feasibility" projek Sekolah Harapan ini.Bagaiman sijil berhenti sekolah pelajar pelajar berkenaan? Adakah tertulis ianya dikeluarkan oleh Sekolah Harapan yang membawa imej sekolah pelajar pelajar termengandung? Banyak persolan belum dijawab lagi.


Apa yang pasti kontraktor UMNO telah pun dapat projek ini dan bayaran pun mungkin dah hampir selesai.Itu sebenarnya tujuan penubuhan Sekolah Harapan ini.Satu harapan UMNO untuk mendapatkan RM.RM utk mengisi kantung kantung balaci balaci UMNO.UMNO tidak peduli samada sesuatu projek berkenaan benar benar memberi faedah kepada rakyat. Wang rakyat dibelanjakan sewenang wenangnya demi perut mereka. Kantung negara semakin kering bukan persoalan bagi mereka.Toyol toyol UMNO perlu diberi makan.
Tapi sayang sekali 60% umat melayu masih lagi tak nampak nampak segala sifat keji UMNO ini.Mereka masih menganggap UMNO sebagai penyelamat mereka..


Sunday, September 12, 2010

Perselisihan UMNO dengan PERKASA

UMNO kononya berselisih dengan PERKASA sebab PERKASA kononnya extrem sangat.Ye ke? Ibrahim Ali pulak mengugut akan memastikan 300 000 ahlinya tidak akan mengundi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.Persoalan saya adalah betul ke PERKASA ada 300 000 ahli? Persoalan kedua adalah betul ke UMNO dan PERKASA berselisih faham?

Saya dari awal lagi tidak percaya kedua dua pihak berselisih faham.Mereka terpaksa berlakon agar nampak "real" dan " authentic".Sebab sebelum ini masyarakat kurang percaya mereka berselisih.Jadi kena nampak macam betul.

PERKASA dan UMNO adalah diibaratkan "Dr Jekyll and Hyde" atau "DR Bruce Banner dan Incredible Hulk".Masing masing adalah "alter ego" kepada pihak masing masing.Maknanya disini mereka adalah orang yang sama.Menjelang PRU 13 mereka akan kembali bersatu.Sementara itu mari kita menikmati lakonan dan lawak jenaka mereka .

Sunday, August 22, 2010

AKIBAT PPSMI


Inilah akibatnya bila sukatan kat sekolah belajar dlm bahasa Inggeris.Pejuang pejuang Bangsa dan Negara pun tak reti menulis dengan betul dalam Bahasa Malaysia

Thursday, July 15, 2010

Akhirnya Harga Gula dan Petrol Dinaikkan Juga


Gula telah dinaikkan 25 sen,petrol pula telah dinaikkan 5 sen .Kata Najib bukan dinaikkan harga tetapi diselaraskan harga sahaja.Taka tau lah saya kalau makcik dan pakcik kat kampung kampung bersetuju dengan harga berkenaan.Lagi pun kata Najib harga kita masih lagi murah kalau nak dibandingkan dengan Singapura dan Indonesia.Kira kiranya kalau naik sikit lagi pun takpa sebab harga masih lagi murah.Wang subsidi yang dijimatkan akan dilaburkan kembali untuk kemudahan orang orang kampung.Tidak dapat dipastikan apa kah bendanya yang nak diberi pada orang orang kampung.Mantan Perdana Menteri Pak Lah pun dulu pun berjanji bahwa penarikan subsidi petrol akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam.Tapi sampai sekarang habuk pun takda.Tambang pengangkutan awam tetap mahal



Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr David Quek menyokong kenaikkan harga gula sebab boleh mengurangkan kadar penyakit diabetik dikalangan rakyat Malaysia katanya.Diabetik memang boleh dikaitkan dengan pemakanan gula berlebihan tetapi sejak bila pulak ianya da hubungkait dengan harga gula? Adakah bila bila harga gula naik,rakyat akan kurang menggunakan gula? Atau kenyataan Presiden MMA ini hanya kenyataan bangang sembang kosong kedai kopi aje?


Presiden FOMCA Datuk N Marimuthu pulak kata kenaikkan 5 sen petrol RON95 tidak membebankan pengguna.Sebab 5 sen aje.Maknanya cuma petrol aje naik.Barang lain takkan naik sama dengan kenaikkan harga minyak.


Setiausaha eksekutif Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Paduka Nadzim Johan pulak berkata rakyat tidak boleh sentiasa berharap kepada subsidi sahaja.Dia kata masyarakat perlu menanam sendiri sayuran ,cili dan lain lain.Jangan impot dari luar negara katanya.Pada asya ini satu lagi kenyataan bangang.Apa kena mengena kenaikan petrol dan gula dikaitkan dengan penanaman sayur?


Sepatutnya mereka sebagai Persatuan Persatuan Pengguna perlu lah melihat isu ini dari kacamata pengguna.Bukan dari kacamata UMNO.Sejak bila pulak mereka menjadi lidah rasmi UMNO dan Barisan Nasional?



Bagaimana pula kenyataan ahli ahli UMNO? Agaknya pada ahli ahli UMNO kenaikkan ini adalah pengorbanan masyarakat yang perlu dipikul.Mereka tak kisah.A small price to pay kata mereka.Kalau sesiapa tak percaya cubalah tanya mereka.Jangan terperanjat dengan jawapan mereka itu.



Persoalannya sekarang adakah kenaikkan harga ini akan mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO? Adakah 60% pengundi melayu yang masih menyokong UMNO akan berkurangan? Saya agak skeptical.Najib sebenarnya tahu apa yang dia buat.Dia tahu tahap mentaliti orang orang melayu ni. His moves will not erode malays support to UMNO.Sedangkan isu judi sebelum ini pun tidak mengurangkan sokongan orang orang melayu,inikan pulak isu yang tiada kaitan dengan hukum halal haram



Kesimpulannya kita sebagai rakyat biasa kena telan aje la apa yang UMNO nak susahkan kita..Mungkin penyokong penyokong UMNO tiada masalah berkorban to let their leaders keep on plundering the country.Meanwhile ordinary people like many of us could barely scrap our living.Rakyat telah didahulukan lagi.Di dahulukan untuk memikul beban kekorupan dan kebobrokan pemimpin pemimpin UMNO

Thursday, July 8, 2010

Perselisihan antara Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali



Saya terbaca berita yang baru disiarkan didalam Malaysian Insider bertajuk "Ibrahim Ali tells Khairy to shut up or ship out".Nampak macam besar benar pergaduhan mereka.IBrahim ali kata KJ sila keluardari UMNO kerana membela Ketua Pemuda MCA.KJ kata Ibrahim Ali ekstremis.Dua kepala didalam satu parti nampak gaya.Seolah olah mereka bergaduh besar.


Kita jangan tertipu dengan lakonan lakonan sebegini.Itu cuma pergaduhan yang dskripkan sahaja.Ibrahim Ali ditugaskan untuk menarik sokongan melayu keapd UMNO melalui PERKASA.KJ pulak ditugaskan untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada UMNO dengan mengeluarkan kenyataan yang pro MCA.


Kita perlu ingat UMNO terlalu tertekan dan terdesak sekarang.Mereka sanggup melakonkan apa sahaja.Mereka juga sanggup menggadaikan kepentingan negara ini jika perlu.Maksud saya jika itu yang dapat menjamin pengekalan kuasa mereka.Penenrtsang apenerangn demi penerangan perlu di teruskan kepada masyarakat untuk memberi kefahaman kepada mereka agar tiada yang terpengaruh dengan tipu daya UMNO.


Kita perlu menutup minda kita kepada UMNO sama saperti kita menutup minda kita kepada Israel.Maksudnya disini apa sahaja dari UMNO perlu kita berhati hati .Cukuplah pengalaman yang lepas dimana kita berkali kali ditipu oleh UMNO.

Wednesday, July 7, 2010

Memang la Trojan Horse UMNO Zul Noordin Ni


Sekarang dia mengaku masih ahli PAS.PAS memaklumkan dia telah dipecat semenjak dia dishtiharkan jadi calon PKR Parlimen Kulim. Lepas itu dia kata ada segolongan ahli PAS yang wala' pada DSAI di gelar "Anwarinas".Sebut pun tak betul.Orang panggil golongan yang setia pada DSAI sebagai "Anwarista".Nampak sangat le dia tak ambil tahu perkembangan selama ini.

Apa yang dinamakan Anwarista tiada sebarang masalah didalam PAS.Mereka tetap patuh kepada segala polisi polisi PAS.Tak timbul berwala'kan kepada pihak lain.


Tujuan golongan saperti Zul Noordin ini adalh untuk memecahbelahkan PAS diatas arahan dari UMNO.Ahli ahli PAS dan PR secara umumnya perlu berhati hati dengan golongan saperti ini.Masih adal ramia lagi didalam Pakatan Rakyat yang belum menonjolkan diri mereka.Pihak pimpinan perlu berhati hati.Penyokong pulak perlu terlalu mudah melatah dengan acuman golongan golongan saperti ini..
Zul Noordin tidak mendapat sebarang keuntungan pun dari kenyataannya.Ianya semakin menguatkan lagi tuduhan tuduhan selama ini..

Saturday, June 26, 2010

40 Ulamak Masuk UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO kan bersidang Untuk Membincangkan Ancaman Fahaman Wahabi,


Hmm...Pertama sekali aku nak ketawa pasal 40 orang ulamak yang masuk UMNO ni.Tak pernah dengar pun siapa mereka tu.Tetiba keluar berita 40 ulamak mashyur masuk UMNO.Ulamak ulamak ini berjanji akan bersuara secara bebas didalam UMNO.Kira kiranya akan melaksanakan "amar maaruf nahi mungkar" .Saya nak nasihatkan ulamak ini jika sungguh bagaikan dikata sila buat kenyataan akhbar segera menentang segala judi dan lesennya yang telah dikeluarkan atau akan dikeluarkan.Persoalannya bolehkan mereka akan lakukan ? Podahh chit...



Lagi satu UMNO patut malu ialah mereka mewar warkan Dr Asri bekas Mufti Perlis akan memasukki UMNO.Sampai hari ini tiada nampak tanda tanda beliau akan menyertai UMNO.Malahan beliau mengeluarkan kenyataan terbaru tidak akan meyertai mana mana parti politik.Satu langkah yang bijak dan saya juga berpendapat beliau lebih efektif menjadi pendakwah bebas yang menyebarkan ilmunya kepada masyarakat. Sila rujuk link kenyataan beliau http://drmaza.com/home/?p=1173 UMNO should be ashamed of itself.Anyway its futile because I dont think UMNO know the word shame.Everything is kosher to them as long it could serve their purposes.

Seterusnya Majlis Tertinggi UMNO pulak telah bermesyuarat hanya untuk membincangkan pasal kes wahabi ni.Link berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mt-umno-pandang-serius-polemik-peribadi-wahabi-ji/ .Begitu penting isu ini sehingga ianya boleh mengancam keselamatan negara kata mereka.Dah tentu lah yang dikatakan wahabi tu adalah pimpinan PAS dan beberapa NGO Islam dan akan dikaitkan dengan pengganas pengganas.Lepas tu mereka akan menyarankan agar individu individu ini di ISAkan sebab menganut ajaran sesat kononnya.Cara ini cara klasik.Merek cuba dengan lakonan AlMaunah di Sauk tetapi gagal.Saya yakin lakonan sebegini juga Insyaallah akan gagal juga nanti.

Persoalannya disini pernah kah MT UMNO mengadakan mesyuarat tergempar mengenai keruntuhan moral remaja yang semakin dahsyat sekarang ini sehingga kelahiran diluar nikah remaja umur mereka semakin muda? Pernah kah mereka mengadakan mesyarat tergempar lesen judi semakin banyak sekarang ini dan ramai umat melayu berjudi? Pernah kah mereka mengadakan mesyarat tergempar rasuah semakin berleluasa,malahan CEUPACS ada mengeluarkan kenyataan 41% kakitangan kerajaan menerima rasuah? Pernah kah mereka mengadakan mesyuarat tergempar tanah tanah KTM dan Kg Baru hendak digadaikan oleh UMNO?

Bukan kah isu isu ini lebih penting untuk ditangani segera? Mengapa isu wahabi pulak yang menjadi "top priority" mereka?Lagi satu wahabi tu apa bendanya sehingga ianya menjadi masalah? Tak pernah jumpa pun masalah yang dianggap wahabbi ni. Semua ini membuktikan mereka tidak pernah memikirkan isu dan masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh negara ini.Malahan mereka memejamkan mata seolah olah perkara perkara tersebut tidak pernah berlaku. Mereka mencipta kambing hitam untuk mengalihkan isu sebenarnya yang sedang menjadi bahan bualan masyarakat. Jadi wahabi adalah isu yang sesuai.Mereka juga akan dibantu oleh sesetengah tok guru dan ustaz yang mengelirukan masyarakat dengan penerangan sebab mereka.Sepatutnya agamawan agamawan lebih factual didalam menerangkan isu ini. Jangan jadi agen kepada golongan yang tidak pernah memertabatkan Islam.Kepada pembaca yangingin tahu lebih lanjut mengenai apa dia wahabi ini eloklah layari jawpan Dr Asri sendiri dalam blog beliau http://drmaza.com/home/?p=805#more-805 dan banyak lagi artikel didlam duni siber ini yan gboleh dilayari untuk mengentahui lebih lanjut.

Akhir kata saya tak nampak mengapa orang orang melayu masih lagi nak mengekalkan parti UMNO ini .Terlalu banyak kerosakkan yang mereka lakukan kepad amelayu dan Islam.Berubah lah sebelum terlambat.Jangan jadi kaum Fir'aun yang membuta tuli menyokong Firaun.Akhirnya kaum itu punah dan ditawan oleh orang.Buktikan melayu ini ada otak dan tidak mengikut sesuatu membuta tuli macam macam lembu dicucuk hidung....