Tuesday, July 14, 2009

Kemenangan tipis PAS di Manek Urai

Akhirnya PAS menang dengan majoriti 63 undi.UMNO berputih mata dengan lima kekalahan berturut turut.Tiada apa yang UMNO dapat banggakan dengan penambahan undi ini.Mereka tetap kalah.



Saya telah menganalisa faktor faktor utama kemerosotan undi PAS.Antaranya adalah:-





  • Pengundi pengundi yang terdiri dari golongan muda majoritinya tidak balik.Ini disebabkan faktor cuti dan jarak perjalanan yang jauh.Kebanyakan dari pengundi pengundi muda Kelantan berhijrah keLembah Kelang untuk mencari rezeki.SPR telah memastikan tarikh hari pengundian jatuh pada tengah minggu menyebabkan sukar bagi pengundi pengundi untuk balik kecuali mereka yang betul betul committed.

  • Isu Kerajaan Perpaduan yang sedikit sebanyak menggugat perpaduan PAS.Adalah diharapkan selepas ini tiada suara suara yang membincangkan perkara ini.Sebab UMNO tetap akan mendapat talian hayat yang amat diperlukan sekarang samada Kerajaan Perpaduan berhasil atau tidak .Tak tau lah kalau masih ada lagi yang berdegil.

  • Perbalahan dikalangan komponen PR turut menyumbang kepada kemerosotan undi.BN telah mendapat peluru peluru untuk menembak balik Pakatan Rakyat.Pihak pimpinan Pakatan Rakyat perlulah mengawal ahli masing masing agar tidak terlalu "outspoken" didepan orang ramai sehingga menjejaskan imej Pakatan Rakyat.Kita perlu tahu membezakan antara kebebasan bersuara dengan "outspoken".Terlalu "outspoken" boleh menyebabkan kita menjadi "loose cannon"."Loose cannon" membahayakan pasukan sendiri.

  • Pengundi pengundi hantu juga saperti biasa menyumbangkan kepada kemerosotan undi PAS.Pakatan Rakyat perlu ingat pengundi hantu tidak lagi datang dengan bas sewa saperti selalunya.Mereka datang dengan kereta dan tinggal sehari sebelum hari pengundian.Ada khabar angin yang mengatakan pengundi hantu diimpot dari Pattani seramai lebih dari 2000 orang.Mereka orang melayu dan loghat pun lebih kurang sama dengan orang tempatan.Perhatikan UMNO tidak meminta undi dikira semula.
  • Faktor wang sogokan juga memainkan peranan penting.Ada berita mengatakan setiap pengundi mendapat RM500.Maknanya disini jika sebuah rumah ada 3 pengundi.Mereka akan dapt RM1500/=.Money is not everything but it was capable to buy vote.
  • Akhir sekali adalah faktor takbur.Dari kenyataan kenyataan pihak pimpinan PAS mereka amat yakin dengan kemenamgan besar.Lebih dari 2000 majoriti.JIka wujudnya sifat takbur,sombong dan riak mak pergantungan kepada Allah adalah kurang.Malahan Rasulullah SAW kalah didalam peperangan Hunain apabila tentera Islam buat pertama kalinya kelengkapan perangnya melebihi musyrikin Bani Hawazin.Tentera Islam dengan bangganya menyebut "Kita akan menang" .Akhirnya mereka hampir tewas.Mujur baik kumpulan sahabat Nabi yg betul betul "core group" dan tidak tercemar dengan sifat itu telah mara dan berjaya menewakan musuh.Sifat takbur in perlu lah diperingatkan pada semua ahli dan penyokong PR.Ianya perlu dibuat jauh jauh dair hari sanubari pendokong pendokong keadilan.

Walaubagaimana kita bersyukurlah kepada Allah SWT yang melindungi Pakatan Rakyat dari segala tipu daya BN.Tak sia sia lah doa TG Nik Aziz dan ahli PR yang lain. Kita terselamat kali tetapi janganlah teruskan kesilapan diatas




5 comments:

  1. Salam TintaHitam,
    Bagus. Pandangan ini patut diambilperhatian oleh para pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Mana tak turun Majoriti kalau Umno main taik

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/majoriti-rendah-sebab-taik-umno.html

    atau di..

    http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/07/majoriti-rendah-sebab-taik-umno.html

    Kesian tu pun dapat turunkan Majoriti je..


    Naruto suka PAS menang..

    ReplyDelete
  3. Isyarat awal kepada Pas Kelantan bahawa rakyat Kelantan sedang memerhati perangai YB-YB Pas Kelantan. Mereka sudah mula merasakan pemimpin2 Pas Kelantan cuai menjaga kebajikan rakyat sebagai wakil rakyat. Secara senyap2 rakyat Kelantan mula memprotes akan 'peel & perangai YB Pas Kelantan. Ego dan sombong Yb-YB ni sudah menjadi buah mulut rakyat Serambi Mekah ini. Mohon YAB Tok Guru pantau akan keadaan anak buahnya sebelum nasi menjadi asyura.

    ReplyDelete
  4. Salam sahabat semua..Ya Wakena.Saya sendiri pun mendengar komplen yg sama.TG Nik Aziz tiada masalah,cuma org org nya mungkin perlu ditazkirah sikit..

    ReplyDelete
  5. KOOL... Segera ambil tindakan wahai pemimpin pas. rapatkan saff balik.

    ReplyDelete