Isu DS Nizar memegang lilin ketika memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh saperti biasa di politikkan oleh UMNO.Tak cukup UMNO Mufti Perak pun turut mengeluarkan fatwa bahawa pegan lilin tu kire kirenya haram lah.Cepat sungguh Mufti yang sepatutnya neutral dan mesti dilihat sebagai neutral mengeluarkan fatwa tanpa terlebih dulu bertanya kepada siempunya hal.
Nampak gaya Mufti tak habis habis memusuhi PR sejak akhir akhir ni apabila PAS enggan bergabung dengan UMNO.Pada Sahibus Samahah Mufti UMNO kire kirenya adalah yang terbaik dikalangan parti melayu.Rasuah pun kire ok,gadai tanah pd Cina pun ok.43000 hektar tergadai kat Perak, Yob.Mufti tak pulak bising.kelakuan tak bermoral pemimpin UMNO mengapa didiamkan sahaja.Malahan banyak kelakuan kerabat DiRaja Perak yan gdiluar batasan Islam tidak ditegur oleh Mufti.
Kita bukan nak bangkang pasal MUfti tegur PR dalam isu ini tetapi yang dituntut adalah keadilan.Adil pada semua.Mengapa satu pihak didiamkan sahaja dan hampir tak pernah keluar akhbar tetapi satu pihak yang lain pantang salah sedikit membebel lah sahibus samahah Al Fadhil Mufti.
Pada saya Mufti seolah berkelakuan saperti ulama ulama Sadukees dan Farishees Bani Israel dizaman Nabi Isa AS.Mereka beresekongkol dengan golongan kufur didalam menentang Nabi Isa AS.
Banyak faedahnya kemelut politik Perak ni.Kelakuan dan perangai tokoh tokoh tertentu akhirnya terbongkar..
Sunday, July 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sejak kebelakangan ni mufti perak sibuk mengeluarkan fatwa berkaitan dengan pimpinan PAS. aku pun heran pasai apa dengan mufti ni.
ReplyDeleteteringat aku dengan hadith nabi tentang akhir zaman nanti, "ulama' adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah naungan langit, dari mulut mereka timbul fitnah dan fitnah itu kembali kepada mereka" (Riwayat Tabarani)