Foto foto diciplak dari blog Topeng Perak Unmasked..
Demo "Mansuhkan ISA? yang terbaru telah menunjukkan bahawa negara kita dibawah pimpinan Datuk Seri Najib tidak sebarang perubahan kepada polisi polisi lapuk BN saperti yang lepas.Slogan 1Malaysia hanyalah retorik retorik kosong semata mata. UMNO sentiasa berpura pura didalam apa sahaja yang dibuatnya.Yang terbaru adalah menghapuskan hak hak 30% status pegangan bumiputera didalam pegangan saham syarikat asing.UMNO sebenarnya telah berubah dibawah pimpinan Najib.Berubah kearah yang lebih teruk lagi.
Kita perhatikan bagaimana zalimnya pihak polis yang sentiasa berkhidmat untuk UMNO membelasah dan menendang rakyat.Sedangkan kesalahan rakyat hanyalah meminta keadilan pada diri mereka.Boleh dikatakan hampir semua anggota anggota polis yang saya temui meykini kebenaran adalah dipihak UMNO.Maknanya UMNO bertindaka dengan betul.Agaknya rasuah yang dibuat oleh UMNO pun kire kirenya adalah betul.Ianya perlu begitu sebab hanya organisasi yang penuh dengan rasuah sahaja yang sanggup menjadi kawan kepada organisasi lain yang turut juga rasuah.Orang putih kata "you scratch my back,I scratch yours".Fatwa Kebenaran pada pandangan pihak polis hanya ditangan UMNO.
Pihak pimpinan UMNO ketawa dan bersenang lenang diatas titisan keringat dan darah rakyat yang dizalimi .Sebenarnya UMNO telah pun jauh dari rakyat.Mereka hanya turun memohon bantuan daripada rakyat jika ada usaha usaha untuk menggugat kepentingan mereka dan mereka tidak tahu kemana mereka hendak pergi.Pada masa itu berlegarlah slogan "melayu mesti bersatu","Daulat Tuanku",Hidup untuk rakyat" dll.Mereka hanya ingat pada pihak pihak berkenaan bila telah tersepit.Bila lepas mereka saperti hikayat Sang Buaya tersepit yang dilepaskan oleh Sang Kerbau.Bila lepas Sang Kerbau pulak nak dibaham,walupun ianya berjasa menyelamatkan Buaya..
Ramai aktivis GMI yang ditangkap.Setakat ini tak dapat dipastikan angka sebenar yang ditahan oleh polis.Dr Hatta Ramli koyak baju semasa ditangkap oleh polis.Dianggarkan seramai 400 orang ditangkap.kezaliman pihak polis dan UMNO masih belum berhenti lagi.The worst thing is yet to come.Gerak hati saya menyatakan ISA akan digunakan sedikit masa lagi.
Persoalannya dimanakah Institusi Raja Raja yang menjadi payung untuk rakyat? Sepatutnya masa sekarang lah untuk Tuanku Tuanku berfungsi membela rakyat.Bukankah mereka payung kepada rakyat?Rakyat akan lebih menghormati mereka jika mereka benar benar menjadi payung kepada rakyat.
Satu lagi mengenai NGO NGO melayu pro ISA.Dimana mereka? Sebelum ini mereka begitu bercakap besar untuk sama sama berarak tanda menyokong ISA.Pada saya mereka ni hanyalah golongan bangang dan dan tiada sebarang pendirian.Mereka hanya berani mendabikkan dada jika tiada sebarang risiko.Mereka ni lebih pengecut jika dibandingkan dengan keberanian wanita wanita Pakatan Rakyat .Nka komen lebih lebih pasal mereka ni saya malas.Buang masa sebab mereka ni hanyalah sampah yang tidak berguna pada ugama ,bangsa dan negara ..
Kesimpulannya Malaysia telah melangkah setapak lagi kearah Negara Polis..
No comments:
Post a Comment