Jeff Ooi telah menuduh JIM sebagai kumpulan pengganas Islam baru baru ni.Ianya menimbulkan protes dari pihak JIM Pulau Pinang yang mengadakan demonstrasi di Menara KOMTAR Pulau Pinang.Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau.Mungkin kenyataan beliau sebelum ini dibuat didalam keadaan tak tau atau malas nak ambil tahu.
Manakala satu lagi isu yang tak kurang menarik diSelangor mengenai Exco Selangor Ronnie Liu yang sekali lagi melakukan kelakuan kontroversi menghalang penguatkuasa MBSA dari merampas botol botol arak yang dijual di kedai 24 jam 711.Ronnie Liu terkenal dengan kegiatannya yang sentiasa menyebelahi taukeh taukeh kelab malam,taukeh rumah rumah pelacuran.Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang beliau perjuangkan? Keadilan pada rakyat? Tindakan dari beliau jika tidak dibendung boleh merosakkan imej Pakatan Rakyat.
Tindakan mereka jika tidak diulangi dimasa hadapan boleh dimaafkan disebabkan kejahilan mereka.Malahan Jeff Ooi telah memohon maaf kepada JIM.
Walubagaimanapun kita jangan lupa bahawa UMNO sebalum ini telah banyak kali memfitnah dan memanggil pertubuhan pertubuhan Islam sebagai ekstrimis,out of date,lebih bahaya dari komunis,anasir subversif dan lain lain fitnah.Wanita wanita yang ingin menutup aurat dihina sebgai hantu bungkus,Mereka juga telah menggalakkan secara tak langsung budaya minum arak dan judi dikalangan remaja dengan meluluskan tanpa had lesen lesen kedai arak,kelab malam dan judi.Malahan ramai pemimpin mereka mempunyai saham didalam syarikat syarikat berkenaan.Mereka juga menghalang penguatkuasa mengambil tindakan terhadap kelab malam kelab malam yang beroperasi tanpa lesen.Malahan UMNO bertanggungjawab terhadap gejala ketagihan arak dan judi dikalangan remaja sekarang.
Para pemimpin NGO dan PAS hendaklah mengingatkan kembali kepada rakyat bahwa salah faham terhadap Islam ini adalah berpunca dari UMNO yang memberikan maklumat maklumat palsu kepada bukan Islam demi kepentingan politik mereka.Saya selalu berbincang dengan ramai rakan rakan bukan Islam mengenai Islam.Saya dapati kebanyakan mereka amat keliru tentang Islam .Segala hujah yang keluar dari mereka datangnya dari idea idea yang disumbatkan oleh UMNO kepada masyarakat tidak lama dulu.Malahan punca kaum bukan Islam yang tidak menghormati Islam disebabkan oleh UMNO sendiri.UMNO sebenarnya amat biadap dan kurang ajar kepada Islam.Jadi bagaimana mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT hendak menghormati Islam?
Persoalannya sekarang pernah kah UMNO meminta maaf kepada masyarakat Islam diatas keterlanjuran mereka? Setakat ini saya belum pernah dengar perkataan maaf .Mereka juga tidak menunjukkan sesal terhadap kesalahan mereka.Mengapa kita lepaskan golongan celaka ni?? Tolong jangan lepaskan UMNO wahai sahabat semua..Dosa mereka kepada Islam dan umatnya amat banyak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment