Harga minyak naik lagi.Ron 95 naik dari RM1.75 kepada RM1.80.Manakala Ron 97 dari RM1.80 kepada RM2.05.Ianya berkuatkuasa mulai dari 31 Ogos 2009.Hadiah hari Merdeka ke 52 oleh kerajaan Barisan Nasional.Sewaktu harga minyak terjejas teruk dulu mereka enggan menurunkan harga kurang dari paras RM1.75 /1.80.Maknanya disini rakyat Malaysia tidak dapat menikmati harga minyak murah bila harga betul betul murah.Tetapi apabila harga minyak mula naik,mereka dengan cepat menaikkan harga minyak sewaktu sambutan Hari Merdeka dan didalam bulan puasa pulak tu.
Beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Hariraya EidilFitri.Sudah tentu harga barang keperluan akan naik mendadak tanpa dapat ditahan lagi.Kemana perginya keuntungan berbillion billion Petronas.Tiada ke bahagian untuk rakyat??Adakah kesemuanya disapu bersih oleh UMNO dan kroni kroni mereka??
Otak saya berfikir ligat mengapa UMNO sekali lagi melakukan tindakan kontrovesial yang mengundang rugi padanya? Orang putih kata, "UMNO shot itself on its foot again".Mengapa agaknya??
Saya rasa mereka ingin memadamkan isu "kepala lembu di Shah Alam" tu.Isu yang menyesakkan nafas mereka dan tiada jalan keluar nampak gayanya.Jadi kenaikkan harga minyak ni di "timing" pada masa yang sama..
UMNO ni semakin lama saya nampak semakin bangang.Adake logik masalah cuba diselesaikan dengan menimbukan masalah juga.Akhirnya mereka sekarang ada dua masalah untuk ditangani..
Alhamdulillah ..Allah SWT telah melindungi saya selama ini dari menjadi ahli parti kuran gcerdik ni..
No comments:
Post a Comment