Photo dicilok dari Malaysian Insider 30 Ogos 09.
Mengikut berita yang diterima 50 orang penduduk Seksyen 23 Shah Alam telah berarak keBangunan Sultan Abdul Samad dimana pejaba Menteri Besar terletak.Merek membawa kepala lembu berdarah sebagai simbol kononnya pemimpin pemimpin melayu PR adalah ibarat lembu dicucuk hidung.Kononnya tunduk kepada penganut penganut Hindu.Nama nama Tan Sri Khalid Ibrahim,YB Khalid Samad dan YB Rodziah dicerca dan dilabelkan oleh UMNO sebagai pengkhianat melayu.
Menurut Harakah Daily yang menemuramah penduduk Seksyen 23 cuma 5 orang penunjuk perasaan sahaja yang dikenalpasti mendiami kawasan perumahan berkenaan.45 orang lagi siapa mereka? Dari situ kesimpulan boleh dibuat bahawa pembinaan kuil berkenaan tidak diprotes oleh majoriti penduduk setempat.
Yang paling lucunya Perdana Menteri 1Malaysia sendiri mengutuk perbuatan tersebut dan mengarahkan pihak polis mengambil tindakan.Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pun turut tumpang semangkok mengutuk para demonstrator berkenaan.Amat baik lakonan mereka.Masing masing cuci tangan.Manakala polis pulak keluarkan kenyataan tak boleh buat apa apa sebab mereka ramai.Ini satu lagi lakonan . Persoalannya siapa yang suruh 50 orang tu berdemo? 45/50 bukan penduduk tempatan.Saya yakin kebanyakan dari mereka adalah ahli ahli PEKIDA/PEWARIS yang kononnya berjuang demi bangsa dan negara.
YB Khalid Samad didalam kenyataan akhbarnya memaklumkan UMNO terlibat secara langsung didalam isu ini.Petikan dai Malaysian Insider 30 Ogos menyatakan isu isu ini telah diapi apikan oleh UMNO sendiri.Datok Noh Omar telah mengugut utk meminta penangguhan mahkamah.Salah seorang dari penunjuk perasaan berkenaan dikenalpasti sebagai adik kepada Datuk Ahmad Nawawi,ketua Bahagian Shah Alam.
Sebenarnya isu kuil ini adalah salah satu agenda UMNO untuk merampas Selangor.Malang sekali perancangan jahat mereka telah digagalkan oleh Allah SWT.Allah Maha Berkuasa diatas segalanya.Sekaran ini imej UMNO semakin tercalar.Mereka sekarang ni kelam kabut untuk keluar dari lubang yang digali sendiri.Kebodohan mereka menjerat tengkok mereka sendiri.Akhir nya mereka menuduh PAS pulak kerana salah seorang penunjuk perasaan berkenaan mendakwa dirinya ahli PAS.
Jika UMNO betuk betul prihatin pasal kuil Hindu ini mengapa mereka tidak membuat satu dasar bagi penempatan rumah rumah ibadat walaupun setelah 50 tahun merdeka? Mengapa mereka tidak memperdulikan kuil kuil Hindu yang dibina diatas tanah kerajaan didalam negeri negeri dibawah UMNO? Contohnya di Perak.Malahan disetengah tempat kuil kuil haram Hindu berkenaan adalah didalam jarak sekitar 100 meter sahaja dan tidak terletak dikawasan penduduk Hindu langsung.Mengapa mereka tidak mengamok?
Nampak sangatlah sifat hipokrit mereka ni.Mereka lupa masyarakat semakin nampak sekarang temberang dan lakonan UMNO ..Mungkin inilah agaknya 1Malaysia mereka yang mereka war warkan.Adakah polis berani mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan berkenaan? Reaksi saya adalah ....Pooorahhhh...Jangan harap la...Kita dah tau dah
No comments:
Post a Comment