Pada pandangan saya antara puncanya adalah:-
- Niat perjuangan.Jika niat tidak cukup bersih kerana Allah SWT maka mudah dipengaruhi oleh anasir anasir UMNO.Ada yang masuk PKR hanya kerana benci pada UMNO semata mata.Ada pula disebabkan telah diketepikan dalam UMNO dan merajuk.
- Tidak tahan dengan godaan material.UMNO sebagai parti kaya tiada masalah untuk menaborkan wang pada wakil rakyat PR.Mereka cuma perlu sebutkan harga sahaja.Sekarang ni wakil wakil rakyat PR Selangor harganya lebih mahal dari negeri lain.Ini disebabkan UMNO memang "desperate" untuk menawan kembali Selangor memandangkan Selangor adalah lubuk duit.
- Tidak jelas arah tuju perjuangan.Masalah ini perlu diberi perhatian segera oleh pihak pimpinan PKR.
- Masalah peribadi saperti hutang piutang.
- Tidak mendekatkan diri dengan Allah SWT.Maknanya disini mereka tidak menjalankan kehidupan sebagai orang Islam yang soleh.
Saya menyeru pihak pimpinan PR terutamanya pucuk pimpinan PKR agar brainstorming segera untukmenyelesaikan masalah ini.Jika tidak perkara ini boleh menyebabkan kekuatan PR sendiri terancam.Program pembangunan manusia saperti usrah ,tamrin dan pengajian pengajian Islam perlulah di pergiatkan.Saya yakin PKR memiliki ramai tenaga tenaga yang berasal dari NGO NGO Islam saperti Fuziah Salleh dan lain lain boleh digunakan tenaga mereka untuk merancang pentarbiahan Islam didalam PKR.
Saya juga bersetuju dengan ramai orang bahawa pemergian ADUN Lunas tidak ditangisi malahan ramai bernafas lega.Beliau adalah liabiliti didalam Pakatan Rakyat.Banyak salah laku saperti tuntutan elaun berlebihan menjadi topik perbincangan ramai orang sehingga disiasat oleh SPRM.UMNO tidak untung apa apa dengan orang korup saperti itu. Proses pembersihan berterusan berlaku didalam Pakatan Rakyat.Kita rugi 10 sen sekarang untuk untung seringgit dimasa akan datang . Insyaallah momentum perubahan tidak akan terganggu dengan pembelotan ini.
No comments:
Post a Comment