Sunday, December 27, 2009

Isu kehilangan enjin F5E dan kemalangan bas ekspress di Ipoh Perak

Negara sekali lagi dikejutkan dengan karenah UMNO dan BN.Enjin jet pejuang F 5E telah hilang.Kata sampai dua hilang.Dalam akhbar kata harganya 50 juta.Wow. Enjin jet lama sampai 50 juta?Sebenarnya yang hilang tu termasuklah segala peralatan untuk penyelenggaraan jet serta enjin jet dan manual serta buku log penyelenggaraannya.Saya tak perlu nak jadi tentera udara untuk tahu semua ni. Ceritanya hilang tahun 2007 dan pihak berkuasa tahu hilang pun pada 2007.jadi pasal apa umumkan pada 2009? Macam nak bagi benda tu selamat keluar Malaysia dan dah selamat dijual aje..Beberapa tangkapan dibuat.Ada beberapa orang pegawai tentera dan ramai kakitangan pangkat rendah tentera ditangkap.
Hmm..Come on la Zahid budak darjah 1 pun tahu nak jual bende tu bukan mudah saperti dadah yg boleh sembunyi kat mana mana.Ianya perlukan kerjasama pelbagai pihak termasuklah pihak awam.Oranng ramai query pasal apa baru sekarang umum.Ramai percaya tangkapan tu cuma kambing hitam untuk mengabui mata masyarakat sahaja.Ramai mempersoalkan mengapa Menteri Pertahanan sebelum ini cuci tangan serta diam seribu bahasa.Kes ini sebenarnya tak boleh ditutup lagi.Tu sebab Zahid kelam kabut ishtiharkan kehilangan itu..Adakah sebab pemimpin UMNO turut terlibat sama tumpang sekaki dapt komisen penjualan itu?.Ramai yang berpendapat begitu.Saya pun tak ada masalah nak percay 100%..
Seterusnya pasal kemalangan bas ekspress di Lebuhraya berdekatan Ipoh.Bas double decker masih baru dan ianya telah dilaras agar kelajuan tak lebih 95 km,Kesilapan adalah kecuaian pemandu sebab "terlelap".Persoalan pertama adalah betulke bas "double decker" ni selamat untuk perjalanan jauh? Graviti centernya lebih tinggi dan menjadikan ianya tak stabil.Mengikut rakan saya yang biasa bekerja dengan syarikat membuat badan bas,katanya gandar sediaada hanya tahan untuk 1.5 tingkat aje,Maknanya tak boleh full double decker.Lagi pun bas double decker cuma digunakan untuk pengangkutan bandar aje bukan untuk perjalanan jauh. Pasal apa kat Malaysia boleh approve bas macam ini?
Pihak JPJ perlu mengkaji approval bas ekspress double decker ni.Sejauh manakah kestabilan bas jenis itu...Selain daripada itu perlu digubal spesifikasi pemandu bas ni.Dah banyak dah kes nyawa melayang sebab pemandu bas.
Entah lah .Kalau orang masih lagi percaya yang UMNO masih boleh memerintah memang la layak sentias amendapat masalah saperti ini

No comments:

Post a Comment