3 buah gereja telah dilontar dengan bom api dan terbakar.Ianya dipercayai dilakukan oleh sekumpulan oran gorang yang kononnya tidak berpuas hati dengan penggunaan nama Allah SWT oleh pihak Kristian Malaysia.
Pada pandangan saya sendiri saya tidak percaya pembakaran gereja ini dilakukan oleh orang orang atau pertubuhan yang teramat mencintai Islam.Mereka melakukannya kerana mendapt restu dari UMNO sendiri.Dah tentu UMNO takkan mengaku.Baling batu sembunyi tangan.Pertubuah pertubuhan yangmemprotes pun bukanya datang dari pertubuhan yan gbenar benar memperjuangkan Islam.PEKIDA,PERKASA dan beberapa NGO lain.Saya amat kenal sebahagian dari ahli pertubuhan ini terutama PEKIDA. Boleh lah saya katakan mereka melakukannya bukan demi Islam atau melayu tetapi lebih didorong untuk mendapatkan perhatian dari orangramai bahawa mereka memperjuangkan Islam danmungkin juga sedikit "soru".Tetapi jika dilihat akhlak dan peribadi mereka,amat sedikit bukti yang menunjukkan mereka mencintai Islam dan ajarannya.Kesimpulannya pembakaran gereja itu bukanlah kerana kemarahan tetapi adalah lakonan dari pelakon pelakon upahan berkenaan
UMNO semakin tertekan sekarang.Mereka mengharapkan dapat menarik perhatian bangsa melayu kembali menyokong mereka dengan tindakan tindakan semberono saperti itu.Mereka lupa bahwa sebahagian besar dari masyarat melayu sebenarnya tidak ambil pusing sangat samada Kristian nak panggil tuhan mereka Allah atau God.Tambahan pula ramai diantara tokoh tokoh Islam sendiri telah menjelaskan tiada didalam Islam yang melarang ugama lain memanggil tuhan mereka sebagai Allah SWT .
Tindakan sedemikian sebenarnya counter productive bagi UMNO.UMNO semakin dilihat sebagai kumpulan ekstremis dari hari ke hari.Imej yang tak elok untuk di sesuaikan dengan slogan 1Malaysia mereka.Allah SWT Maha Besar.UMNO telah menzahirkan dirinya yang sebenar.Sila teruskan dengan usaha usaha ini wahai UMNO.Sekurang kurangnya mudah sedikit kami nak maklumkan kepada masyarakat siapa kamu sebenarnya
No comments:
Post a Comment