Friday, June 25, 2010

UMNO dan Judi

Perkembangan terbaru menunujukkan kononnya ada pemimpin pemimpin UMNO yang membangkang lesen judi bola ni.Mereka cuma bangkang lesen judi bola sebab dia haram.Bagusla tu.Tapi judi lain yan gtelah diluluskan bagaimana pula? Tak ada pun bangkangan.

Imej UMNO pada mata saya dah begitu teruk. Apa pun yang mereka sebut saya tidak percaya.Kita sebenarnya sedang melihat satu lakonan terbaru UMNO selepas isu Wahabi,JI dan Datuk Asri gagal.Gagal sebab orang tak percaya.

Jadi mereka perlu turut sama tumpang kepopularan isu judi bola ni.Supaya org melayu kembali sokong mereka.Persoalannya selama 52 tahun UMNO memerintah pernahkah mereka membuat keputusan merujuk dulu kepada hukum hakam Islam? Jawapannya kita tahu sendiri.

Bila ada pemimpin pemimpin UMNO menyebut judi ni haram,reaksi saya ialah "Dah nak nyanyuk ke" atau "dah buang tebiat ke? Podah chit...

No comments:

Post a Comment