Saturday, June 26, 2010

40 Ulamak Masuk UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO kan bersidang Untuk Membincangkan Ancaman Fahaman Wahabi,


Hmm...Pertama sekali aku nak ketawa pasal 40 orang ulamak yang masuk UMNO ni.Tak pernah dengar pun siapa mereka tu.Tetiba keluar berita 40 ulamak mashyur masuk UMNO.Ulamak ulamak ini berjanji akan bersuara secara bebas didalam UMNO.Kira kiranya akan melaksanakan "amar maaruf nahi mungkar" .Saya nak nasihatkan ulamak ini jika sungguh bagaikan dikata sila buat kenyataan akhbar segera menentang segala judi dan lesennya yang telah dikeluarkan atau akan dikeluarkan.Persoalannya bolehkan mereka akan lakukan ? Podahh chit...



Lagi satu UMNO patut malu ialah mereka mewar warkan Dr Asri bekas Mufti Perlis akan memasukki UMNO.Sampai hari ini tiada nampak tanda tanda beliau akan menyertai UMNO.Malahan beliau mengeluarkan kenyataan terbaru tidak akan meyertai mana mana parti politik.Satu langkah yang bijak dan saya juga berpendapat beliau lebih efektif menjadi pendakwah bebas yang menyebarkan ilmunya kepada masyarakat. Sila rujuk link kenyataan beliau http://drmaza.com/home/?p=1173 UMNO should be ashamed of itself.Anyway its futile because I dont think UMNO know the word shame.Everything is kosher to them as long it could serve their purposes.

Seterusnya Majlis Tertinggi UMNO pulak telah bermesyuarat hanya untuk membincangkan pasal kes wahabi ni.Link berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mt-umno-pandang-serius-polemik-peribadi-wahabi-ji/ .Begitu penting isu ini sehingga ianya boleh mengancam keselamatan negara kata mereka.Dah tentu lah yang dikatakan wahabi tu adalah pimpinan PAS dan beberapa NGO Islam dan akan dikaitkan dengan pengganas pengganas.Lepas tu mereka akan menyarankan agar individu individu ini di ISAkan sebab menganut ajaran sesat kononnya.Cara ini cara klasik.Merek cuba dengan lakonan AlMaunah di Sauk tetapi gagal.Saya yakin lakonan sebegini juga Insyaallah akan gagal juga nanti.

Persoalannya disini pernah kah MT UMNO mengadakan mesyuarat tergempar mengenai keruntuhan moral remaja yang semakin dahsyat sekarang ini sehingga kelahiran diluar nikah remaja umur mereka semakin muda? Pernah kah mereka mengadakan mesyarat tergempar lesen judi semakin banyak sekarang ini dan ramai umat melayu berjudi? Pernah kah mereka mengadakan mesyarat tergempar rasuah semakin berleluasa,malahan CEUPACS ada mengeluarkan kenyataan 41% kakitangan kerajaan menerima rasuah? Pernah kah mereka mengadakan mesyuarat tergempar tanah tanah KTM dan Kg Baru hendak digadaikan oleh UMNO?

Bukan kah isu isu ini lebih penting untuk ditangani segera? Mengapa isu wahabi pulak yang menjadi "top priority" mereka?Lagi satu wahabi tu apa bendanya sehingga ianya menjadi masalah? Tak pernah jumpa pun masalah yang dianggap wahabbi ni. Semua ini membuktikan mereka tidak pernah memikirkan isu dan masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh negara ini.Malahan mereka memejamkan mata seolah olah perkara perkara tersebut tidak pernah berlaku. Mereka mencipta kambing hitam untuk mengalihkan isu sebenarnya yang sedang menjadi bahan bualan masyarakat. Jadi wahabi adalah isu yang sesuai.Mereka juga akan dibantu oleh sesetengah tok guru dan ustaz yang mengelirukan masyarakat dengan penerangan sebab mereka.Sepatutnya agamawan agamawan lebih factual didalam menerangkan isu ini. Jangan jadi agen kepada golongan yang tidak pernah memertabatkan Islam.Kepada pembaca yangingin tahu lebih lanjut mengenai apa dia wahabi ini eloklah layari jawpan Dr Asri sendiri dalam blog beliau http://drmaza.com/home/?p=805#more-805 dan banyak lagi artikel didlam duni siber ini yan gboleh dilayari untuk mengentahui lebih lanjut.

Akhir kata saya tak nampak mengapa orang orang melayu masih lagi nak mengekalkan parti UMNO ini .Terlalu banyak kerosakkan yang mereka lakukan kepad amelayu dan Islam.Berubah lah sebelum terlambat.Jangan jadi kaum Fir'aun yang membuta tuli menyokong Firaun.Akhirnya kaum itu punah dan ditawan oleh orang.Buktikan melayu ini ada otak dan tidak mengikut sesuatu membuta tuli macam macam lembu dicucuk hidung....

No comments:

Post a Comment