Thursday, July 15, 2010

Akhirnya Harga Gula dan Petrol Dinaikkan Juga


Gula telah dinaikkan 25 sen,petrol pula telah dinaikkan 5 sen .Kata Najib bukan dinaikkan harga tetapi diselaraskan harga sahaja.Taka tau lah saya kalau makcik dan pakcik kat kampung kampung bersetuju dengan harga berkenaan.Lagi pun kata Najib harga kita masih lagi murah kalau nak dibandingkan dengan Singapura dan Indonesia.Kira kiranya kalau naik sikit lagi pun takpa sebab harga masih lagi murah.Wang subsidi yang dijimatkan akan dilaburkan kembali untuk kemudahan orang orang kampung.Tidak dapat dipastikan apa kah bendanya yang nak diberi pada orang orang kampung.Mantan Perdana Menteri Pak Lah pun dulu pun berjanji bahwa penarikan subsidi petrol akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam.Tapi sampai sekarang habuk pun takda.Tambang pengangkutan awam tetap mahal



Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr David Quek menyokong kenaikkan harga gula sebab boleh mengurangkan kadar penyakit diabetik dikalangan rakyat Malaysia katanya.Diabetik memang boleh dikaitkan dengan pemakanan gula berlebihan tetapi sejak bila pulak ianya da hubungkait dengan harga gula? Adakah bila bila harga gula naik,rakyat akan kurang menggunakan gula? Atau kenyataan Presiden MMA ini hanya kenyataan bangang sembang kosong kedai kopi aje?


Presiden FOMCA Datuk N Marimuthu pulak kata kenaikkan 5 sen petrol RON95 tidak membebankan pengguna.Sebab 5 sen aje.Maknanya cuma petrol aje naik.Barang lain takkan naik sama dengan kenaikkan harga minyak.


Setiausaha eksekutif Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Paduka Nadzim Johan pulak berkata rakyat tidak boleh sentiasa berharap kepada subsidi sahaja.Dia kata masyarakat perlu menanam sendiri sayuran ,cili dan lain lain.Jangan impot dari luar negara katanya.Pada asya ini satu lagi kenyataan bangang.Apa kena mengena kenaikan petrol dan gula dikaitkan dengan penanaman sayur?


Sepatutnya mereka sebagai Persatuan Persatuan Pengguna perlu lah melihat isu ini dari kacamata pengguna.Bukan dari kacamata UMNO.Sejak bila pulak mereka menjadi lidah rasmi UMNO dan Barisan Nasional?



Bagaimana pula kenyataan ahli ahli UMNO? Agaknya pada ahli ahli UMNO kenaikkan ini adalah pengorbanan masyarakat yang perlu dipikul.Mereka tak kisah.A small price to pay kata mereka.Kalau sesiapa tak percaya cubalah tanya mereka.Jangan terperanjat dengan jawapan mereka itu.



Persoalannya sekarang adakah kenaikkan harga ini akan mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO? Adakah 60% pengundi melayu yang masih menyokong UMNO akan berkurangan? Saya agak skeptical.Najib sebenarnya tahu apa yang dia buat.Dia tahu tahap mentaliti orang orang melayu ni. His moves will not erode malays support to UMNO.Sedangkan isu judi sebelum ini pun tidak mengurangkan sokongan orang orang melayu,inikan pulak isu yang tiada kaitan dengan hukum halal haram



Kesimpulannya kita sebagai rakyat biasa kena telan aje la apa yang UMNO nak susahkan kita..Mungkin penyokong penyokong UMNO tiada masalah berkorban to let their leaders keep on plundering the country.Meanwhile ordinary people like many of us could barely scrap our living.Rakyat telah didahulukan lagi.Di dahulukan untuk memikul beban kekorupan dan kebobrokan pemimpin pemimpin UMNO

No comments:

Post a Comment