Wednesday, April 8, 2009

Keputusan undi di PilihanRaya Kecil Bukit Gantang

Pilihanraya kecil telah pun berlalu.Masih ada lagi saki baki pemidang dan bahan bahan kempen sebagai bukti peperangan sengit politik tanahair..Keputusan sehingga kini PR 4 BN 1.Keputusan dimana Pakatan pembangkang hanya boleh mimpi sahaja kira kira 10 tahun yang lepas.Senario politik tanahair terus berubah dgn penuh dinamik.Semua pihak samada PR atau BN tidak boleh duduk diam jika ingin terus berada dipersada politik tanahair.

Memandangkan saya orang Perak dan lebih tahu tentang senario politik Perak maka tulisan saya lebih tertumpu pada pilihanraya Bukit Gantang.


Apakah dia faktor kemenangan diBukit Gantang?
  1. Teamwork.Semua komponen Pakatan PR bersatu didalam gerakkerja pilihanraya ini.PAS disokong sepenuhnya oleh PKR dan DAP Pserta dibantu oleh jentera ketiga tiga parti dari luar Perak serta bantuan dari blogger bloger terutama Perak Blogger Network

  2. Ahli ahli yang komited,bersemangat tinggi dan berdisiplin .Kesemua penyokong tahu mengapa mereka sokong PR.Kefahaman mereka jealas tentang arahtuju Pakatan Rakyat.Selain dari pada itu Pakatan Rakyat juga mempunyai kelebihan dmana ahli ahlinya sanggup berkorban wang ringgit dan masa .Kelebihan ini tiada pada UMNO.Didalam UMNO penyokong penyokong nya cuma bergerak bila dihulurkan RM.Kurang RM kurang la kerja.Penyokong penyokong PR amat bangga bila mereka keluarkan wang sendiri demi perjuangan PR.Selain daripada itu pekerja pekerja PR juga berdisiplin dan mendengara arahan agar tidak bertindakbalas terhadap provokasi yang dibuat oleh UMNO sepanjang kempen pilihanraya.Saya harap semangat saperti ini akan terus berkekalan.Saya juga belum pernah berjumpa lautan manusia yang begitu ramai berkumpul di Bukit Gantang. Satu sejarah bagi Bukit Gantang.

  3. Perubahan mentaliti generasi muda.Generasi muda adalah lebih terkini didalam maklumat.Well informed and computer savvy..Mereka mendapat maklumat terkini dari blog blog yang ditulis.Mereka juaga tak mudah di rasuah dengan sehelai kain batik dan sekampit beras.Mereka juga telah berhijrah keserata ceruk rantau dengan pengalaman baru.Mereka juga telah meneroka dunia maya tanpa sempadan dan sekatan.Pengalaman pengalaman yang mereka dapati telah mencelikkan mata mereka serta mempengaruhi pertimbangan mereka.Mereka tidak lagi bertindak diatas pendapat dan pemikiran yang out of date dan tradisi lah.Maksudnya disini kata orang putih "They had start thingking out of box".Saloran 3 dan 4 adalah kepunyaan PR.Bila kedua dua saloran ini dipegang oleh PR maka masa depan PR adalah amat cerah.


  4. Perkembangan penggunaan internet.Syarikat syarikat telekomunikasi saperti Telekom,Celcom,Maxis telah mencatatkan kenaikan jualan broadband fixed line dan juga wireless.Ini bermakna "internet penetration" telah berkembang dengan dengan pesatnya memasukki rumah rumah.Tidak boleh dinafikan lagi ini lah salah satu punca penting kemenangan PR."Counter attack" dapat dilakukan dengan cepat.Ia juga salah satu faktor PR banyak menang dipusat pengundian yang berdekatan dengan kawasan bandar dan kalah banyak dikawasan pedalaman.
  5. Faktor krisis Perlembagaan Perak.YAB Mohd Nizar mendapat simpati dari pengundi pengundi apabila beliau diperlakukan sebegitu rupa oleh BN.Saya berpendapat krisis Perlembagaan ini lebih banyak mempengaruhi undi bukan melayu kepada PAS.Mereka berpendapat "they tend to lose more with the down fall of PR goverment".Undi bukan melayu meningkat dari 65% kepada 75%.Terdapat sedikit kesan kepada pengundi melayu tetapi ianya telah di offset oleh faktor "anak tempatan" calon BN Ismail Saffian.PR cuma dapat 43 % undi melayu.Perhatikan bahawa kebanyakan pengundi melayu PR datangnya dari saloran 3 dan 4.
Walaubagaimanapun beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian:-

  1. Pengundi saloran 1.Walaupuan mereka ini akan pupus didalam jangkamasa terdekat tetapi tidak lah wajar mereka dibiarkan begitu sahaja.Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza.Program ziarah dan program kebajikan yg lain perlulah secara konsisten dan tidak bermusim.Ianya perlu berterusan. Banyak diantara pengundi saloran 1 ini hidup didalam kemiskinan.Terutamanya di DUN Trong.Peluang baik untuk mendekati mereka melalui program kebajikan yang berterusan.
  2. Kampung kampung pedalaman saperti kampung kampung di DUN Trong dimana PR mendapat kurang undi saperti Permatang Raja.Majoriti dari penduduk kampung hidup didalam kemiskinan dan kurang berpelajaran.Program program kebajikan spaerti bantuan makanan dan lainlain perlu dipergiatkan dan lebih konsisten bermula dari sekarang.Perlu diingat disini,PR hendaklah datang tanpa lambang parti kerana kadang kadang lambang parti menjadi penghalang untuk mendekati mereka.Jika boleh datanglah diatas nama individu.Niatkan didalam hati bantuan adalah ikhlas dan hanya mencari keredhaan Allah SWT.Buat lah setakat yang termampu sahaja.Jika dirancang dengan baik saya yakin PR dapat mencairkan hati hati mereka yang keras itu.Jika ditakqdirkan kita masih lagi tak dapat sokongan mereka bantuan jangan lah dihentikan kerana kita perlu ingat bahawa bantuan tersebut hanya ingin mencari keredhaan Allah SWT semata mata.Saya sendiri telah memberikan bantuan makanan kepada beberapa warga emas penyokong tegar UMNO.Akhir merekaberjaya diturnover pada pilihanraya Mac 2008.Saya tidak berkempen banyak.Saya cuma meminta secara ringkas kepada mereka agar memberi undi mereka kepada PR .Akhirnya berjaya juga dapat undi mereka..
Akhir kata syabas saya ucapkan kepada semua yang bertungkus lumus bekerja siang malam untuk memenangkan PR..Semoga Allah SWT memberi rahmat yang banyak kepada tuan /puan/cik semua...ALLAH HUAKBAR




No comments:

Post a Comment