Wednesday, August 26, 2009

Sepintas lalu Pilihanraya kecil Permatang Pasir

Pilihanraya kecil DUN N11 Permatang Pasir telah pun berlalu.PAS menang dengan kemenangan padu meraih 65.2% dari jumlah undi.Syabas diucapkan kepada pihak pimpinan PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat yang lainnya.Jelas rakyat masih lagi bersama Pakatan Rakyat.Kemenangan ini mengelkalkan momentum perubahan rakyat yang menolak Barisan Nasional.

Apakah punca kekalahan UMNO?

  1. Pemilihan calon kurang tepat.Calon yang dipilih terpalit dengan salah laku yang susah hendak dipertahankan oleh UMNO.Salah laku pecah amanah wang pelanggan syarikat guaman Rohaizat dan juga isu isteri kedua Rohaizat merupakan tumbukan ceduk pada beliau.Saya difahamkan bahawa jika dipilih orang lain pun masalah yang sama juga akan timbul.Maknanya disini "Rohaizat is the best candidate they could offer".Manakala PAS pula telah membuat pilihan calon yang tepat.Salleh Man walaupun bukan berasal dari Permatang Pasir,beliau dikenali ramai di Permatang Pasir.
  2. UMNO masih lagi mengekalkan cara lama berkempen.Mereka masih lagi menggunakan jentera jentera kerajaan untuk berkempen.Seterusnya menaburkan wang kepada pengundi.UMNO sepatutnya sedar rakyat sudah muak dengan semua salah laku UMNO.Perubahan yang dituntut oleh rakyat kepada UMNO tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan UMNO.
  3. Juru juru kempen UMNO didapati kurang bersemangat dan berdisiplin.Mungkin setelah kalah 6 kali berturut turut menyebabkan mereka hilang keyakinan.
  4. Jentera Pakatan Rakyat lebih tersusun dan bersatu serta bekerjasama rapat.Susah bagi Barisan Nasional mengatasinya.
  5. Isu isu saperti Kerajaan Perpaduan telah diselesaikan oleh pihak Pimpinan PAS.Jadi ianya tidak mengganggu konsentrasi saperti di Manek Urai.Salah satu dari punca kemerosotan undi PAS di Manek Urai adalah disebabkan oleh isu ini.
  6. Permatang Pauh adalah gelanggang DS Anuar Ibrahim.Pengaruh peribadi beliau amat kuat disana.Susah bagi sesiapa untuk menggugatnya.Malahan saya yakin Kepala Batas puan akan jatuh ketangan DSAI tidak lama lagi.

Perkara yang menarik perhatian saya ialah apabila UMNO menuduh terdapat lebih dari tiga ribu pengundi hantu wujud didalam senarai Permatang Pasir.Kemudian mereka tuduh peraturan peraturan SPRM pulak sebagai punca kekalahan mereka.Semua orang maklum bahawa semua peraturan yang dibuat oleh SPRM adalah untuk memberi advantage kepada UMNO.Mengapa UMNO nak bising.Senjata makan tuan?

Kemudia para pimpinan UMNO saling salah menyalah antara satu sama lain.Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh menyalahkan bekas calun Rohaizat.Beliau menuduh Rohaizat tidak berterus terang mengenai masalah peribadinya.Hmmm..siapa yang sanggup membuka pekung didada sendiri.Bagi orang orang UMNO jika dipilih jadi calun ianya diibaratkan bulan jatuh keriba.Tak mungkin mereka lepas peluang.Rohaizat tiada bezanya.Beliau cuma melakukan apa yang biasa diamalkan oleh orang orang UMNO lain.Masalah peribadi persetankanlah.

UMNO saperti biasa sentiasa tidak sedar dan tidak menyalahkan diri sendiri.Mereka masih lagi didalam "in state of denial".Masih enggan berubah.Sikap mereka telah mula memakan diri sendiri.Mana tahu pru akan datang berlaku di kawasan mereka sendiri.Masa itu mereka akan lihat kesan sikap mereka.Saya yakin jika pru dibuat dikawasan mereka,PR mempunyai harapan besar untuk menang dan jika kalah pun ianya adalah sipi sipi.

Kita lihat perkembangan lanjut dimasa akan datang.Nampak gaya perkatan "PRU" adalah perkataan ngeri dan igauan bagi pimpinan UMNO..keh keh keh

No comments:

Post a Comment