Thursday, September 24, 2009

Isu kritikan Dr Hassan Ali kepada Selcat

Saya terbaca berita ini didalam Malaysian Insider http://http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38510-selangor-pas-backs-hassan-ali .Saya merasa agak kesal sedikit dengan tindakan YB Dr Hassan Ali.Apakah sebenarnya motif beliau??? Belaiu juga telah membabitkan PAS Selangor didalam kemelut ciptaannya sendiri sedangkan beberapa pimpinan PAS sendiri tidak bersetuju dengan tindakan beliau.Kali ini kemelut ini tidak di "provoke" .Saya boleh katakan ianya datang 100% dari Dr Hassan Ali.
Pada pandangan saya beliau tidak sepatutnya mengkritik pimpinan Kerajaan Selangor secara terbuka begitu.Satu perkara yang perlu di tekan kan kepada pihak pimpinan PR ialah mereka perlu lah mengikuti etika organisasi.Tiada salahnya mengkritik tetapi biarlah mengikut saluran yang betul.Malahan beliau mengugut untuk keluar dari PR.Something fishy ain't it?
Selcat ditubuhkan untuk memantau segala salahlaku pentadbiran jabatan jabatan Kerajaan Selangor.Malahan "public hearing" tersebut adalah sesuatu yang bagus.Baru kita tau mekanisma kekorupan BN yang memerintah selama ini. Sepatutnya usaha usaha sebeginilahyang perlu disokong oleh beliau.Bukan kah ketelusan merupakan salah satu yang diperjuangkan oleh beliau sebelum ini?
Pegawai pegawai kerajaan tidak perlu bimbang jika mereka tidak terlibat dengan salah laku UMNO.Mereka tidak perlu malu jika dipaksa.Masyarakat faham mereka hanyalah pegawai kerajaan sahaja yang terpaksa akur kepada arahan pemimpin politik.Mereka seharusnya sedar bahawa merekalah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.jadi meeka perlulah berhati hati agar tidak melanggar prosidur prosidur walaupun mendapat tekanan dari pihak atasan.Justeru itu tidak timbul persoalan cubaan memalukan sesiapa didalam kes ini.
Saya tak faham pendirian Dr Hassan Ali sejak akhir akhir ini.Saya perhatikan beliau lebih cenderung memihak kepada UMNO pula.Contohnya isu kuil Shah Alam.Dimana beliau? Tuduhan tuduhan yang dibangkitkan oleh beberapa blogger semakin saya percayai walaupuan masih belum sepenuhnya.Antara tuduhan tersebut adalah beliau adalah fraksi UMNO dan ingin menjadi MB Selangor.Sejauh mana kebenaran khabar angin ini saya pun dapat memberi penjelasan.
Mungkin Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan mengenai kemelut ini agar nama beliau tidak terus tercemar.Harap harap tiada lagi isu datang dari beliau selepas ini yang mengikiskan lagi kepercayaan terhadap beliau.

No comments:

Post a Comment