Friday, October 9, 2009

Pilihanraya kecil Bagan Pinang.Sartu komentar

Sedikit masa lagi kita akan tahu keputusan pilihanraya berkenaan.UMNO akan menang dengan majoriti lebih rendah kecuali keajaipan berlaku dan memberi kemenangan kepada PAS.jadi baut sementara waktu kita eloklah tidak berbicara mengenai keajaipan tu lagi.

Saya bukan nak komen pasal keputusan yang kita dah boleh teka.Tambahan pulak Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO.Yang say anak komen ialah mengenai sikap UMNO sendiri.Menipu adalah budaya mereka semenjak 52 tahun lepas.Sebulan tidak berlalu melainkan ada sahajalah onar yang akan dibuat oleh UMNO sendiri kepada PAS..Baru baru ni kita telah mendengar peristiwa petugas petugas PAS dipukul sehingga cedera parah dan pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan.Saperti biasa polis dan UMNO akan sentiasa bekerjasama didalam sebarang keadaan sebagai hamba yang taat kepada tuannya.Perisitiwa penyokong PAS dianiaya sehingga ada yang terbunuh selalu kita dengar.
Persoalannya mengapa masih ada lagi pihak pimpinan PAS yang masih cenderung untuk pro UMNO dan masih lagi berusaha dibelakang tabir sehinga sekarang untuk bekerjasama dengan UMNO?Tidak cukupkah pengalaman yang lepas lepas ? Mengapa kita menjilat kembali ludah yang telah diluahkan 30 puluh tahun lepas ? Apa untungnya kita bersatu dengan mereka? Demi survival melayu? Adakah melayu akan survive dibawah pemerintahan UMNO? 52 tahun telah berlalu.Hasil sokongan tidak berbelah bagi orang orang melayu kepada melayu tidak membuahkan sebarang kejayaan yang diharapkan.Orang orang melayu masih lagi ketinggalan didalam segala bidang .
Syarikat syarikat melayu yang berjaya kedepan saperti Lankhorst dan Al Abrar telah dicantas oleh UMNO sehingga tumbang.Syarikat syarikat itu tidak tumbang kerana persaingan,tetapi mereka tumbang kerana pengkhinatan bangsa mereka sendiri. Kesalahan mereka hanyalah syarikat syarikat tersebut dikuasai oleh orang orang Datuk Seri Anuar Ibrahim.Mengapa UMNO tidak memikirkan melayu?Mengapa UMNO tidak memikirkan melayu bila menyekat royalti Petrolium kepada Kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS dulu? Bukankah PAS adalah juga Parti Melayu? Mengapa pimpinan PAS tidak memikirkan perkara ini?
Adakah gabungan PAS dan UMNO akan menguntungkan PAS lebih daripada menyertai Pakatan Rakyat.Adakah UMNO yang rasuah dari kepala sehingga kehujung ekor itu lebih baik lagi?
Mengapa sekarang pimpinan PAS mula besar kepala dan mula tak nampak putar belit UMNO? Jika bukan penentangan dari akar umbi PAS saya rasa dah lama dah PAS akan bergabung dengan UMNO.Kita bernasib baik kerana masih ada lagi pemimpin yang berpandangan jauh saperti Ustaz Ahmad Awang di Perak yang menolak secara total kerjasama PAS dengan UMNO.
Jika tidak imej PAS akan tercalar dan pengundi akan hilang keyakinan kepada PAS.Pihak pimpinan PAS perlulah memikirkan perkara ini.Orang Islam tidak sepatutnya digigit oleh ular dari lubang yang sama.Ular yang dimaksudkan adalah UMNO. jadi pihka pimpinan janganlah jadi SiLuncai yan gterjun dengan labu labunya...

No comments:

Post a Comment