Monday, April 5, 2010

Isu rokok




Baru baru ni Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan langkah mengharamkan rokok pek 14 batang.Dari penyelidikan yang dibuat pek 14 batang ni lah yang banyak dibeli oleh pelajar pelajar sekolah.Usaha sebegitu adalah baik tetapi sejauh mana kesannya? Tiada sebarang masalah untuk pelaja pelajar berkenaan berkongsi wang untuk membeli pek 20 batang .Satu lagi usaha mulia Kementerian Kesihatan tidak akan memberi kesan kepada kempen anti rokok negara.




Kita sebenarnya perlu kepada program yang bersepadu.Segala lapisan masyarakat perlu bekerjasama memberi contoh tauladan yan gbaik kepada generasi muda.Adalah tidak wajar menyalahkan remaja semata mata.Persoalannya siapa yang memberi contoh tidak baik ini kepada mereka? Bukankah cikgu,pengetua,pegwai pelajaran daerah,Pengarah Pelajaran,ter masuk menteri menteri juga ramai yang merokok? Itu disekolah, bagaimana pula dirumah? Bukan bapa,bapa saudara,datuk dan abang juga merokok? Bagaimana pulak golongan ugamawan? Ramai ustaz dan tok tok guru yang tebal ilmu Islamnya juga merokok.Malahan ramai diantara pimpinan PAS serta para penyokongnya juga merokok.So can we blamed those youngsters?



Saya teringat apabila seorang pelajar sekolah menengah ditangkap oleh gurunya ketika merokok.Apa kata dia? Dia kata"Semua orang merokok termasuk cikgu,jadi apa masalahnya jika saya merokok"?. Logik pelajar berkenaan adalah betul.Beliau meniru contoh yang dipamirkan dihadapannya.Tidak rasional peraturan yang melarang orang dibawah 18 tahun dari merokok.Seolah olah jika dibawah 18 tahun hukumnya haram manakala diatas 18 tahun halal.Seolah olah jika merokok dibawah umur bahaya disegi kesihatan,diatas umur kira tak apa.


Terlalu banyak bahaya rokok ini.Sepatutnya semua pimpinan masyarakat berganding bahu tanpa mengirakan fahaman politik untuk sama sama membasmikan gejala ini.Perlu diingat disini bahawa sesiapa yang merokok mereka telah bergerak selangkah kearah penyalahgunaan dadah..


Saya cadangkan kepada pihak pimpinan PAS agar melancarkan kempen anti rokok didalam parti terlebih dahulu.Bersih dahulu parti PAS dari rokok ini sebelum mencabar UMNO didalm isu yang sama.Anyway I had never seen PAS had ever tabled the motion in their AGM? Apa pasal,takut terkena kat batang hidung sendiri ke?


Dibawah ini saya peturunkan artikel dari salah satu blog anti rokok

Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud) .....

Artikel seterusnya boleh dilayari dari blog http://bahayarokok.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment