Monday, June 29, 2009

Lagi Isu PPSMI

Beberapa hari lepas saya menikmati sarapan pagi bersama seorang rakan India.Beliau membangkitkan isu PPSMI.Katanya orang melayu jangan lah fanatik sangat pasal bahasa melayu ni.Orang melayu kenalah menghadapi realiti bahawa bahsa Inggeris adalah bahasa ilmu.maksud beliau bahasa melayu tak mampu menjadi bahasa ilmu.Beliu seterusnya berpendapat langkah Tun Dr Mahathir mewajibkan pembelajaran matematik dan sabjek sains dalam bahasa Inggeris adalah bijak dan betul.
Pada peringkat awalnya saya meradang juga dengan pendapat beliau."You damn bloody Indian,how dare you belittling my language," getus hati saya.Saya menerangkan kepada beliau bagaimana kajian UNESCO mendapati bahawa proses pembelajaran yang cepat lebih berkesan jika pelajar diajar dengan bahasa ibundanya.Selama 30 tahun lebih Bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar dari sekolah sehinggalah kepada universiti tempatan.Ribuan professional telah dilahirkan.Tiada masalah.Tiada masalah juga untuk pelajar pelajar ini merujuk kepada buku buku rujukan bahasa Inggeris yang lain.
Saya juga adalah salah seorang dari pelajar berkenaan.Saya bertanya pada rakan saya yang juga merupakan graduan universiti tempatan. Adakah beliau menghadapi masalah dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris? Jawapan beliau tidak.Jadi saya bertanya balik mengapa perlu diubah perkara yang dah established dan merupakan identiti Malaysia???
Jauh disudut hati saya,saya merasakan rakan saya tidak boleh dipersalahkan.Jika orang melayu sendiri yang tidak yakin kepada Bahasa Melayu,what do we expect from others?Malahan pimpinan UMNO saban hari gah mempertahankan PPSMI yang penuh dengan masalah sejak dari mula lagi.Parti melayu yang kononnya sanggup bermandian darah jika bangsanya di perlecehkan.A very sickening acts.Deserved to get an Oscar from Hollywood.Yet some malays still stupiditily support them convincingly.A brainless group of malays who can't even think straight.
When UMNO screams that the malays were under threat from non malays, this bunch of malays wil response overwhelmingly to it.
Sampai bila kah melayu jenis ini sedar bahawa UMNO lah yang menghancurkan bangsa melayu sekarang ini???

Thursday, June 25, 2009

Sedikit komentar pilihanraya Iran

Ahmadenejad menang lagi.Dengan 62% undi.Negara negara Barat menepuk dahi.Tiba tiba berlaku demontrasi oleh pihk yang kalah.Mir Mousavi pada mulanya tidak masuk campur dengan demonstrasi itu .Tetapi mula mengeluarkan kenyataan kenyataan menyokong tindakan para demonstrator..

Ayatollah Khamenei telah mengarahkan siasatan dakwaan penipuan didalam pilihanraya.Malahan ditambah lima hari lagi dari yang dijadualkan,Media barat sibuk mengembar gemburkan isu ini.Setakat ini mereka sendiri tidak menerangkan bagaimana penipuan tersebut dibuat.

Demonstrasi berlaku hanya disebabkan Ahmadenejad menang besar.Jadi mereka yang menentang Ahmadenejad menganggap kalau menang besar mestilah ada penipuan.Apa cara penipuan?Mereka pun tak tau.Siapa yang kata tipu pun tak tau.Nampak jelas demonstrasi ini dirancang oleh agen agen USA dan Zionis utk menggugat kestabilan Iran."Sleeping agent " mereka ditanam didalam masyarakat Iran melalui individu individu Iran yang sering keluar negeri dan mereka yang bermastautin dinegara Barat."Sleeping agent" inilah yang menghasut penyokong penyokong Mir Mousavi menunjuk perasaan. Sepatutnya musuh musuh politik Ahmadenejad mengemukakan dahulu bukti bukti.Seterusnya membawa perkara ini kemahkamah.Secara misterinya mereka lebih suka melakukan demonstrasi dijalanan dan bukan demosntrasi aman.Jika demonstrasi aman pihak berkuasa tiada alasan untuk melerikannya secara kekerasan.Inilah sebab mengapa saya berpendapat tangan tangan USA dan Zionis adalah punca kepada keganasan berkenaan

Memandangkan situasi bertambah buruk,tiada cara lain bagi pihak berkuasa Iran lagi kecuali menggunakan kekerasan untuk menumpaskan demonstrasi.Gerakan yang dilakukan oleh pihak polis Iran bukan bermakna mengekang demokrasi tetapi demi untuk menghancurkan anasir anasir subversif Barat. Walau apa pun yang dibuat oleh Iran,ianya tetap dipandang sebagai tidak betul kepada barat.Demokrasi bukan sokongan utama mereka kepada negara negara Islam.Sesebuah negara mungkin menjalankan proses demokarasi yang betul tetapi jika mereka enggan tunduk kepada Barat saperi Iran,ianya tetap dipandang tidak betul oleh negara barat.

Walaubagaimanapun ianya berlainan dengan negara kita.Bukti jelas penipuan didalam pilihanraya telah ditunjukkan dan Suruhanjaya Pilihanraya sepatutnya bertindak segera untuk memastikan keadilan didalam pilihanraya. SPR didapati menyebelahi BN dan mengeluarkan arahan dan peraturan yang tidak masuk akal. DiMalaysia tunjuk perasaaan secara aman tidak dibenarkan langsung.

Jadi demonstrasi di Iran dan Malaysia adalah dua perkara yang berbeza

Tuesday, June 23, 2009

Everything end well

Selesai sudah kemelut Kerajaan Perpaduan .Masing masing pihak mengumumkan gencatan senjata.UMNO terus dengan kepiluan apabila satu satunya talian hayat dia telah pun putus.Sebanrnya UMNO yang amat memerlukan penggabongan dengan PAS.Namun bagi majoriti ahli ahli PAS luka lama walaupun telah sembuh ianya tetap meninggalkan parut yang besar.

Tambahan pula UMNO sentiasa mencubit parut parut berkenaan sepanjang masa.Saya sendiri pun kurang pasti mengapa YB Nasha beria ia sangat membincangkan Kerajaan Perpaduan ini.Padahal rungutan dari akar umbi PAS dan rakan rakan komponen Pakatan Rakyat jelasa tidak bersetuju dengan tindakan beliau.Tindakan beliau hanya menimbulkan masalah kepada PAS dan Pakatan Rakyat.Walaubagaimanapun biarlah perkara ini berlalu dan apa sebenarnya tujuan YB Nasha biarlah menjadi misteri sampai bila bila...Semoga isu ini tak timbul lagi.

Masa depan PAS adalah bersama Pakatan Rakyat bukan bersama UMNO.Biarlah UMNO tumbang dan dihanyutkan oleh arus sejarah.Umat Islam dan melayu tidak rugi langsung jika UMNO tiada sebab UMNO lah penghalang kepada umat Islam untuk melangkah lebih kompetitif lagi..

Thursday, June 4, 2009

Antara Professional dan Ulamak,siapa lebih layak memimpin PAS?

Banyak perdebatan dikalangan ahli ahli PAS sejak akhir akhir ini menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS.Ada yang kata ustaz patut memimpin PAS sebab PAS parti ugama.Ada yang kata sepatutnya professional yang memimpin PAS sebab negara ini adalah berbilang bangsa dan ugama.UMNO pun tumpang sekaki dengan mengeruhkan lagi perdebatan tu dengan siaran siaran didalam akhbar akhbar miliknya kononnya mereka menyokong calon calon tertentu didalam PAS.Timbul pula isu politik wang (rasuah) dlam PAS.Tak tau dari mana pulak cerita ni datang sehingga Ustaz Daud Iraqi turut mengeluarkan kenyataan sama yang mana kemudiannya ditarik balik.

Jadi siapa yang layak sebenarnya? Ustaz atau professional? Saya berpendapat kita tak usah "stereotype"kan golongan mana kah yang layak.Golongan yang layak sepatutnya adalah golongan yang berkemampuan membawa PAS keperingkat yang lebih tinggi lagi.mereka boleh jadi ulamak atau pun profesional.jadi perwakilan PAS perlu melihat ciri ciri ini didalam diri calon calon berkenaan tanpa terikut ikut dengan retorik emosional.

Walau apapun segala perdebatan atau perselisihan didalam PAS tu hanya lah saperti pepatah Inggeris " A storm in the tea cup" dan pepatah melayu ada juga menyebut "biduk berlalu kiambang bertaut"..jadi perbalahan ini tidak serious sampai memecahkan perpaduan PAS..

SELAMAT BERMUKTAMAR SEMUA