Ahmadenejad menang lagi.Dengan 62% undi.Negara negara Barat menepuk dahi.Tiba tiba berlaku demontrasi oleh pihk yang kalah.Mir Mousavi pada mulanya tidak masuk campur dengan demonstrasi itu .Tetapi mula mengeluarkan kenyataan kenyataan menyokong tindakan para demonstrator..
Ayatollah Khamenei telah mengarahkan siasatan dakwaan penipuan didalam pilihanraya.Malahan ditambah lima hari lagi dari yang dijadualkan,Media barat sibuk mengembar gemburkan isu ini.Setakat ini mereka sendiri tidak menerangkan bagaimana penipuan tersebut dibuat.
Demonstrasi berlaku hanya disebabkan Ahmadenejad menang besar.Jadi mereka yang menentang Ahmadenejad menganggap kalau menang besar mestilah ada penipuan.Apa cara penipuan?Mereka pun tak tau.Siapa yang kata tipu pun tak tau.Nampak jelas demonstrasi ini dirancang oleh agen agen USA dan Zionis utk menggugat kestabilan Iran."Sleeping agent " mereka ditanam didalam masyarakat Iran melalui individu individu Iran yang sering keluar negeri dan mereka yang bermastautin dinegara Barat."Sleeping agent" inilah yang menghasut penyokong penyokong Mir Mousavi menunjuk perasaan. Sepatutnya musuh musuh politik Ahmadenejad mengemukakan dahulu bukti bukti.Seterusnya membawa perkara ini kemahkamah.Secara misterinya mereka lebih suka melakukan demonstrasi dijalanan dan bukan demosntrasi aman.Jika demonstrasi aman pihak berkuasa tiada alasan untuk melerikannya secara kekerasan.Inilah sebab mengapa saya berpendapat tangan tangan USA dan Zionis adalah punca kepada keganasan berkenaan
Memandangkan situasi bertambah buruk,tiada cara lain bagi pihak berkuasa Iran lagi kecuali menggunakan kekerasan untuk menumpaskan demonstrasi.Gerakan yang dilakukan oleh pihak polis Iran bukan bermakna mengekang demokrasi tetapi demi untuk menghancurkan anasir anasir subversif Barat. Walau apa pun yang dibuat oleh Iran,ianya tetap dipandang sebagai tidak betul kepada barat.Demokrasi bukan sokongan utama mereka kepada negara negara Islam.Sesebuah negara mungkin menjalankan proses demokarasi yang betul tetapi jika mereka enggan tunduk kepada Barat saperi Iran,ianya tetap dipandang tidak betul oleh negara barat.
Walaubagaimanapun ianya berlainan dengan negara kita.Bukti jelas penipuan didalam pilihanraya telah ditunjukkan dan Suruhanjaya Pilihanraya sepatutnya bertindak segera untuk memastikan keadilan didalam pilihanraya. SPR didapati menyebelahi BN dan mengeluarkan arahan dan peraturan yang tidak masuk akal. DiMalaysia tunjuk perasaaan secara aman tidak dibenarkan langsung.
Jadi demonstrasi di Iran dan Malaysia adalah dua perkara yang berbeza
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment