Sepanjang pengetahuan saya setelah selalu berdiskusi dengan bekas bekas anggota tentera/polis,ada beberapa cara yang dilakukan oleh SPR dan tentera untuk menipu didalam proses undi pos ini.Antaranya:
- Pegawai atasan memangkah sendiri semua kertas undi anggota bawahan mereka.Kebiasaan yang mereka buat adalah dua pertiga untuk BN dan satu pertiga untuk pembangkang.Biasanya pegawai pegawai ini diberi imbuhan oleh UMNO
- Anggota tentera memangkah sendiri dihadapan pegawai mereka.Mereka hanya mengikut sahaja arahan mereka.Dah tentu majoriti nya adalah untuk BN.
- Anggota tentera bebas memilih calun yang mereka suka.Tetapi didalam proses penghantaran kepusat undi,peti undi berkenaan akan di"kidnap" dan diganti dengan peti undi lain yang telah siap berisi dengan kertas undi lain.
Jadi walau macamanapun undi pos ini akan tetap memihak kepada BN.Pihak SPR dengan sengaja membiarkan kawalan dalaman undi pos ini lemah dan tiada usaha usaha untuk memperbaikinya dibuat.
Pihak Pakatan Rakyat perlulah meneruskan tekanan agar sistem undi pos ini digantung kecuali keadaan negara berada didalam tahap kecemasan.Anggota tentera juga adalah rakyat Malaysia.Mereka juga berhak dibawah Perlembagaan Malaysia untuk memilih calon yang mereka suka tanpa sebarang tekanan dari pihak lain.
Walaubagaimanapun pihak tentera sendiri perlu sedar hak mereka.Berapa lamakah mereka sanggup membiarkan diri mereka dibodohkan oleh UMNO? 52 tahun dah lebih dari cukup.Merek sendiri perlu memberi tekanan kepada SPR.Mereka perlu menghentikan diri mereka dari dilacurkan oleh oleh bapak ayam politik ( UMNO) . Mereka juga adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak.
No comments:
Post a Comment