Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah pun berlalu kira kira 4 hari semasa artikel ini ditulis.Keputusan yang memeranjatkan semua pihak.Mungkin juga pihak pimpinan UMNO.Pakatan Rakyat kalah lebih dua kali ganda majoriti dari pilihanraya umum 2008.Semua penyokong PR termenung."What had gone wrong??" kata kata inilah yang bermain dibenak benak penyokong dan pimpinan PR.Kekalahn tidak dapat dielakkan tetapi PR sepatutnya kalah atau menang dengan majoriti yang tipis.Ini mesti BN punya sabotaj kata mereka.SPR tak adil,polis etc etc etc.Lepas tu mula cari kambing hitam pulak.Malahan Dr Hassan Ali juga dipersalahkan.
Betul tu.Semua faktor faktor UMNO tu memang betul.Malahan faktor faktor UMNO guna SPR,polis,tentera dll utk memenangkan diri mereka bukan perkara baru.Lebih 52 tahun dah kita komplen pasal isu isu tu.Kita perlu teruskan menyuara ketidakadilan tu.Jangan berhenti.Cuma kita juga perlu kaji mengapa kita boleh kalah diBagan Pinang dan mengepapa kita menang di tujuh tempat lain.Tekanan dan ketidakadilan tetap berlaku.
Malahan kalau ditolak undi pos pun PR tetap kalah.Maknanya disini majoriti rakyat tidak menyokong PR.Mengapa mereka sokong UMNO sedangkan kita ada isu besar saperti kematian Teoh Boon Hock,isu kuil di Shah Alam yang sepatutnya meraih banyak undi dari kaum Hindu dan Cina? Setelah meneliti komentar komentar dari pelbagai pihak saya telah membuat kesimpulan bahawa PR kurang menyantuni rakyat di kawasan DUN berkenaan .
PR tidak menyelami urat nadi masyarakat.Mereka tidak bergerak menyantuni masyarakat marhaen disana.PR hanya datang apabila ada pilihanraya shj.Jika tidak jangan harap la nak nampak muka.UMNO pun melakukan perkara yang sama tetapi kita perlu ingat mereka punya sumber yang besar dan boleh digerakkan semasa musim pilihanraya.Jadi rakyat akan terlupa sekejap ketidakpedulian BN dan terus mengundi mereka.
Kita perlu faham kawasan pengundi Bagan Pinang tidak peduli sangat pada isu isu nasional.Dalam pemikiran mereka hanyalah soru, soru dan soru....Sapa yan gmengambil berat hal mereka mereka akan sokong,Lagipun Isa Samad amat popular disitu kita difahmakn banyak jasa dia kat sana.So he was not an easy man to be dislodge.UMNO faham perkara dan mereka sanggup mengambil risiko membenarkan beliau bertanding.Perjudian yan gmembawa tuah kepada mereka.I mean at least thats what they think right now..
PR perlu lah mengembelingkan tenaga dan menggiatkan lagi usaha usaha kebajikan sehingga rakyat melihat PR sebagai mata dan telinga mereka.Maknanya disini PR perlu mewujudkan suasana spt slogan Coca Cola " Tidur PR,Minum PR,makan pun PR".Usaha ini mengambil masa yang panjang dan hasilnya tidak boleh kita dapat didalam jangkamasa terdekat ini.Selain daripada itu perlukan komitmen dan disiplin yang tinggi dari semua ahli ahli PR.Hamas di Palestine dan Hizbollah di Lebanon telah melakukannya dan mendapat sokongan dari rakyat jelata sehingga mereka susah hendak dijatuhkan oleh musuh mereka walaupun musuh mereka bukan calang calang orang saperti USA,Eropah negara negara Arab yang bersekongkol dengan USA.
Jadi janganlah salahkan rakyat sebab undi calon rasuah.Pada mereka Isa Samad lah "champion" mereka.Persepsi inilah yang perlu diubah.Mulai dari sekarang mari kita sama sama pastikan PR pulak sebagai "champion mereka".
No comments:
Post a Comment