Pada hari ini semasa saya berada dikedai mamak sementara menunggu roti canai sampai.Telinga saya terdengar berita pagi di TV3.Didalam berita Datin Seri Rosmah Mansor telah mengadakan sidang akhabr di Dubai sempena Perhimpunan Wanita Sedunia.Beliau akan menganjurkan persidangan Wanita Pertama Sedunia di Malaysia pada tahun hadapan.Sila baca seterusnya berita ini
Saya termenung sekejap.Siapa wanita pertama Malaysia?Dia ke? Dulu masa Datin Seri Hendon masih hidup pihak media Malaysia sentiasa mewar warkan berita wanita pertama ialah DS Hindun.Adakah sekarang DS Rosmah juga menganggap dirinya wanita pertama Malaysia?Macam Michelle Obama lah kira kiranya.Bagaimana dengan Permaisuri Agung? Permaisuri Agung wanita yang keberapa?Bagaimana pula dengan permaisuri permaisuri Raja Raja Melayu? Mereka wanita keberapa?
Pada pandangan saya sikap media yang mewar warkan DS Hindun dulu sebagai wanita pertama sendiri amat kurang ajar kepada Raja Raja Melayu.Mengapa Raja Raja Melayu berdiam diri sahaja .Mengapa UMNO tidak mempertahankan kehormatan Permaisuri Permaisuri dari dipijak oleh orang orang mereka sendiri.Bukankah mereka orang orang Raja?Bukankah mereka melekatkan sticker warna kuning bertulis "Daulat Tuanku" pada kereta kereta mereka?Jadi siapa sebenarnya kurang ajar dan tidak hormat pada Raja Raja Melayu?
Apabila isteri Perdana Menteri menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama maka beliau telah memijak kehormatan Permaisuri Agung sendiri.Wanita Pertama mempunyai tugas rasmi nya yang tersendiri .Tugas yang terpisah dari DYMM Yang DiPertuan Agung.
Isteri Perdana Menteri hanyalah isteri Perdana Menteri.Beliau tiada sebarang tugas rasmi didalam Kerajaaan Malaysia.Malahan didalam parti UMNO pun tak ada kecuali beliau memegang jawatan rasmi didalam parti.Jadi macam mana nak jadi wanita pertama?Adakah Rosmah akan melantik dirinya sendiri sebagai wanita pertama?Sama sama lah kita saksikan pada tahun hadapan.
Suka saya memaklumkan disini pihak Pakatan Rakyat setakat tidak pernah berlaku kurang ajar pada Raja Raja Melayu.Tetapi apa yang kami penyokong Pakatan Rakyat dapat.?ami dilayan sebagai warga kelas kedua oleh Tuanku Tuanku.Kerajaan Negeri Perak dijatuhkan oleh UMNO dengan pertolongan Sultan Perak.Golongan yang kurang ajar pada Tuanku Tuanku diberi layanan kelas pertama oleh Raja Raja.Malahan mereka pergi lebih jauh dengan mengugut Tuanku Tuanku agar mengikut kehendaknya.Malahan saya yakin UMNO lah nanti yang akan menjatuhkan Raja Raja Melayu dari takhta apabila Raja Raja Melayu tidka berguna lagi kepada mereka..Tak percaya? Itu terpulang lah..
No comments:
Post a Comment