Ketua Pengarahnya adalah Datuk Fuad Hassan iaitu bekas pimpinan ABIM sezaman dengan DS Anwar Ibrahm dan Datuk Kamaruddin Jaafar.Adalah diharapkan semua penyokong PR dapat membuka mata dan bekerjasama agar aktiviti JASA ini dapat dibendung dari mengelabui mata pengundi pengundi..
Berikut adalah petikan dari laman DR Halimah Ali Exco PR Selangor. http://drhalimahali.blogspot.com/2009/11/jasa-akan-berjasa-lagi-dalam-menyebar.html
Tidak cukup dengan media cetak serta eletronik, satu agensi iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas yang diketuai oleh Datuk Fuad Hassan bekas ADUN Ulu Kelang akan dipewrhebatkan aktivitinya bagi membantu BN menangani apa jua yang dianggapnya sebagai berita FITNAH. Ini semua petanda bahawa PRU ke -13 kian hampir bagi mereka yang ingin berfikir.
JASA Akan Manfaatkan NGO Untuk Perjelas Isu Semasa
KANGAR, 18 Nov (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan memanfaatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjelaskan pelbagai isu semasa secara tepat supaya masyarakat tidak membuat takfisran yang salah mengenai dasar negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Fuad Hassan berkata bagi melicinkan urusan itu, JASA akan membekalkan segala maklumat mengenai perkembangan terkini kepada NGO untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran mereka.
"Kita tidak mahu ada yang terpengaruh dengan fitnah dan tanggapan negatif yang bawa pihak tertentu.
Orang yang tak ada maklumat tepat akan terpengaruh dengan fitnah," katanya semasa melancarkan sekretariat NGO JASA Perlis di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai apa jua isu yang berlaku dalam negara supaya mereka tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran fitnah.
JASA turut memberi penjelasan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya ia tidak dipandang negatif dan menganggapnya sebagai konsep yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.
Katanya, pertubuhan-pertubuhan kaum juga perlu memahami konsep sebenar 1Malaysia supaya mereka dapat menyalurkan maklumat yang jelas mengenai konsep yang bertujuan mewujudkan suasana perpaduan kaum yang lebih sempurna.
BERNAMA
PS: BILA MELIHAT KEADAAN DATUK FUAD HASSAN SEKARANG HATI SAYA MENJADI SEDIH.BELIAU SEORANG YANG KOMITED SEMASA BERGIAT DIDALAM ABIM DAHULU.NAMUN SEKARANG BELIAU LEBIH SUKA MENGABUNGKAN DIRI NYA DENGAN GOLONGAN YANG ENGGAN MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DIMUKA BUMI INI .SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI SAYA DARI MENGIKUTI JALAN SAPERTI ITU DAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI PETUNJUK KEPADA BELIAU
No comments:
Post a Comment