Thursday, November 5, 2009

Mereka Wahabbi???Tangkap Mereka...

Perkataan Wahabbi ni saya dengar semnjak saya kecil lagi.Kata orang orang tua kat kampung saya Wahabbi ni tak berapa betul.Maksudnya betul tapi kurang betul.Pening kepala saya memikiokannya.Betui tapi tak berapa betui.Apa ke he nya Yob ooi...Betul tapi tak berapa betui.Hisshh...tak reti teman nak menghubungkaitkan "betui" dengan "tak berapa betui".
Ianya menimbulkan persoalan pada saya mengenai wahabbi ni.Setau saya wahabbi ni adalah gerakkan reformasi yan gberlaku dikurun 19 di jazirah Arab menentang segala khurafat yang berleluasa ketika itu.Malahan diTanah Haram pun berlaku pelbagai acara acara khurafat yang jauh menyimpang dari Islam.Fahaman wahabbi ni berasaskan kepada Mazhab Hambali.Begitu juga pembaharuan yang dibawa oleh Imam Ibnu Taimiyyah pun berasaskan kepada Imam yang empat.Persoalannya sekarang sejak bila pulak pengikut pengikut Wahabbi terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah?
Tuduhan tuduhan yang sedemikian sering saya dengar dari mulut mulut ustaz ustaz yang mengajar dikuliah kuliah ugama terutama yang membincangkan "kitab kitab kuning".Bila kita tanya adakah mereka sesat.Jawapannya tidak pulak.Ustaz ustaz ini berkata mereka ulamak ulamak besar.Kalau dah ulamak besar pasal apa kita tak boleh ikut mereka? Ustaz ustaz berkenaan tidak memberikan jawapan yang definitif dan konklusif.Mereka masih lagi berlegar legar sekitar jawapan "kita mazhab shafi'e ,dan mereka tidak.So what the hell is going on???
Jadi adakah orang orang melayu ni diwajibkan bermazhab Shafi'e.Jadi camna bila ke Mekah? Imam Mekah berfahaman wahabbi.Agaknya tak berapa sah ke sembahyang kat Mekah tu? Persoalan persoalan itu adalah bodoh semata mata.Tapi siapa yang membodohkan masyarakat Islam di Malaysia ini?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan mereka yang berkuasa diJabatan Ugama Islam temasuk lah sebahagian daripada mufti mufti.Malahan Dr Asri tidak dibenarkan memberi ceramah di Perak dengan alasan beliau adalah wahabbi.Mufti Perak Datuk Paduka Harun Sani telah memberi arahan berkenaan. Nama wahabbi digunakan untuk menakut nakutkan orang orang melayu.Mereka memberi gambaran seolah olah fahaman wahabbi adalah tergolong didalam ajaran sesat.Saya sendiri pu kurang faham apa jenis ustaz berkenaan.Nak dikatakan mereka tak berilmu tak mungkin.Kurang faham pasal konsep bermazhab?Takkan la kot..
Kesimpulan yang boleh saya buat adalah bila wujudnya kekeliruan dan "biasness" didalam diri individu individu berkenaan,mereka bertindak seolah olah saperti orang yang jahil.Munkgin juga ada unsur unsur busuk hati.
Akibatnya imej mereka sendiri yang jatuh dan masyarakat biasa menjadi keliru....Wallahuallam

No comments:

Post a Comment