Media alaf baru telah melahirkan banyak siaraya serta penulis penulisnya yang digelar sebagai blogger.Keberkesanan blogger mula di iktirafkan apabila pihak BN juga telah mula menggunakan khidmat blogger.Fungsi blogger dilihat semakin penting dengan semakin banyaknya ahli masyarakat yang memiliki kemudahan internet.Internet dilihat sebagai satu keperluan sama saperti kemudahan komunikasi yang lain.
Cuma satu shj pasal blogger ni yg saya nak komen.Ada dua jenis blogger yang menyokong PAS.Yang pertama adalah blogger PAS yanag dibayar secara langsung oleh PAS dan juga bekerja terus dengan PAS.Keduanya adalah blogger pro PAS saperti saya,TB,Ipoh Mali dan beberapa orang yang lain.Blogger pro PAS adalah "self finance" atau mana mana yang lebih "established" hidup dengan sumbangan orang ramai .
Cuma satu shj pasal blogger ni yg saya nak komen.Ada dua jenis blogger yang menyokong PAS.Yang pertama adalah blogger PAS yanag dibayar secara langsung oleh PAS dan juga bekerja terus dengan PAS.Keduanya adalah blogger pro PAS saperti saya,TB,Ipoh Mali dan beberapa orang yang lain.Blogger pro PAS adalah "self finance" atau mana mana yang lebih "established" hidup dengan sumbangan orang ramai .
Blogger PAS secara semulajadinya akan menyokong PAS didalam semua keadaan.Manakala Blogger pro PAS pula bebas mengeluarkan pendapatnya samada menyokong atau mengkritik PAS.Walaupun blogger pro PAS selalu juga mengkritik PAS tetapi ianya juga turut sama saperti blogger PAS mencintai Islam dan perjuangannya.Bezanya Blogger pro PAS enggan di kawal oleh mana mana pihak.Kebebasan adalah ciri utama bagi blogger sebegini.Kebiasaannya blogger sebegini kurang disukai oleh banyak pihak kerana kelancangannya mengeluarkan pendapat.Semua blogger pro PAS menghargai kebebasan mereka.Adalah diharapkan semua pihak memahami perkara ini . Situasi yang sama juga berlaku pada UMNO.UMNO tidak dapt mengawal blogger pro UMNO yang tidak mendapat sebarang bayaran dari UMNO
PAS dan semua parti politik perlu menerima realiti ini bahawa zaman kawalan kepada siaraya telah pun berakhir dengan wujudnya internet.PAS perlulah menyesuaikan dirinya keadaan ini.Mereka tidak boleh mengharapkan para blogger sentiasa berada disebelah mereka.Sekali sekala mereka perlu juga menerima tempelak dan kritikan.Samada betul atau tidak kritikan berkenaan ianya bukan persoalan.Yang penting adalah PAS mestilah mengetengahkan gambaran bahawa PAS bersikap terbuka dengan segala kritikan.Samada kritikan betul atau pun tidak.Mereka perlu bijak menanganinya.
PAS perlu menjadikan blogger pro PAS sebagai senjata mereka dan bukannya memusuhi mereka.Jika PAS mengambil sikap yang sama dengan UMNO didalam perkara ini maka tiada bezanya diantara PAS dan UMNO didalam hal berlapang dada terhadap media.Malahan PAS rugi kerana kebiasaannya blogger blogger PAS mengkritik tanpa perlu takut pada pimpinan..
Tun Teja bukan watak PAS;
ReplyDeletehttp://penawarrinduku.blogspot.com