Tuesday, February 9, 2010

Akhirnya Dr Zambry Berjaya Menjadi MB Mahkamah

Dr Zambry dan semua juak juak UMNO bersorak dengan bangganya bahawa merekalah pilihan rakyat melalui mahkamah.Keputusan Mahkamah Persekutuan pada pagi ini 9 Februari 2010 akan menjadi nota sejarah didalam kehakiman negara.Satu keputusan yang amat memalukan semua hakim hakim yang masih lagi merasakan sistem kehakiman negara ini punya maruah.Saya sendiri telah pun mengagak dari awal lagi keputusan tersebut walau macamana pun akan tetap menyebelahi UMNO.UMNO tetap enggan melepaskan Perak dan akan sedaya upayanya cuba kekal berkuasa.Jadi ugutan dan sogokan kepada kepada pihak kehakiman dan agensi agensi kerajaan lain semakin di pertingkatkan.

Penyokong PR tak perlu bersedih dengan keputusan ini.Kita telah lama menjangkakannya.Ianya semakin jelas terbukti UMNO semakin tidak bermaruah tidak tahu malu.Adakah mereka akn mendabik dada selepas ini?

Selain daripada itu PR eloklah mulai sekarang membersihkan rumahtangganya.Dah wujud ura ura beberapa ADUN dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat PR ingin berhijrah keBN.Kita ucapkan selamat jalan kepada mereka.Adanya mereka didalam PR hanya menjadi toksik yang akan bertukar menjadi barah sahaja.No point keeping them..Sepatutnya kita perlu mengucapkan terima kasih kerana UMNO telah membantu PR membersihkan komponen komponennya dari anasir anasir subversif berkenaan.

Walaupun tekanan kuat kepada PR dari segenap arah.Tetapi saya perhatikan tiada suasana panik dikalangan pimpinan mahupun ahli biasa. Malahan keputusan mahkamah Persekutu anda perbicaraan DS Anwar Ibrahim semakin menaikkan semangat pendokong pendokong PR.Penyokong penyokong PR telah menjadi tegar dan tabah diatas cubaan ini.Ianya satu perkembangan yang menarik..

Kemenangan sebenarnya adalah dekat.Lebih dekat dari yang kita jangkakan.Teruskan berjuang..ALLAHUAKBAR ..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR

2 comments:

  1. saudara Tinta Hitam..
    saudara mengatakan yg saudara adalah seorang yg percayakan tentang kebenaran, keadilan dan kesamarataan bersesuaian dengan ajaran islam melalui alquran dan hadis... Saya berharap yg artikel saudara eloklah tidak memihak kepada mana2 pihak supaya pembaca boleh memberi pandangan, hujah serta bertukar-tukar fikiran dgn saudara..saya dapati blog saudara kurang yg berminat utk memberi komen kerana saudara telahpun mempunyai mindset yg tidak menerima pandangan orang lain...saya pernah memberi komen tapi kecewa kerana saudara seolah2 menidakkan alasan saya tanpa membuat kajian yg mendalam...

    ReplyDelete
  2. Saudara MMB
    Terima kasih atas pandangan saudara.Untuk makluman saya bolehlah diklasfikasikan sebagai blogger pro PR.jadi pandangan saya lebih banyak menyebelahi mereka selagi mereka tidak melepasi garisan keadilan dan kebenaran.

    Walaubagaimanapun jika ada diantara tulisan saya faktanya tidak benar,saya berharap saudara dan semua pihak sudi meumaklumkan kepada saya untuk dijustifikasikan semula..

    ReplyDelete