Baru baru ini timbul lagi satu isu mengenai Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng dari DAP telah melarang sambutan dan perarakan Maulidurrasul di Pulau Pinang.baru aje beberapa hari selepas NGO NGO tajaan UMNO berdemonstrasi di KOMTAR mengatakan kononnya KM Pulau Pinang telah menindas peniaga peniaga melayu tanpa lesen.Bila dikeluarkan statistik mereka terus diam membisu tanpa dapat membalas lagi hujah hujah Kerajaan Pulau Pinang.
Bila timbul isu ini maka disambutlah oleh segala juak juak UMNO dan termasuk juga salah seorang juak UMNO ini adalah SS Mufti Perak.Mereka terus membelasah Kerajaan Pulau Pinang tanpa usul periksa ataupun sengaja tak mahu periksa.
Sedangkan Kerajaan Pulau Pinang telah pun merangka sambutan program berkenaan selama 3 hari dan 3 malam.Semua program programnya adalah islamik dan ada diantaranya dihadhiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri.Persoalannya adakah sambutan Maulidurrasul ini mesti berarak? Negeri negeri yang diperintah oleh UMNO pun adakala tidak mengadakan perarakan dan diganti dengan program indoor.Selain daripada itu pernahkah KM KM Barisan Nasional sebelum ini hadhir bersama menyambut Maulidurrasul saperti KM Lim Guan Eng?
UMNO cuba membentuk pemikiran masyarakat bahawa DAP adalah musuh Islam dan PAS serta PKR adalah balaci DAP.Apa sahaja yang DAP buat mestilah untuk menindas orang orang melayu sebab DAP anti melayu dan Islam.Manakala UMNO pula adalah satu satunya parti orang melayu yang sentiasa memperjuangkan Islam dan nasib umat melayu.Apa sahaja yang dibuat adalah demi kepentingan melayu dan Islam.Kalau dia berarak menyambut Maulidurasul,maka ianya adalah dianggap qat'ie dan sahih disisi Islam dan semua pihak termasuk negeri negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat perlu ikut.Jika tak ikut ianya menyanggahi Islam dan mengkhianati Islam dan melayu.Tak ke bangang logik ini? Persepsi ini sengaja cuba di brainwash oleh UMNO selama 52 tahun mereke memerintah.
Sedangkan UMNO lah sebenarnya yang mengkhianati melayu dan Islam.Merekalah yang telah menggadaikan tanah kepada Taukeh Cina,menjual pasir kepada Singapura,tidak menggalakkan sifa tkompetitif dikalangan melayu.Jika ada yang bersifat kompetitif,melayu ini akan dimusnahkan jika enggan mematuhi arahan mereka.Pada UMNO melayu ini terdiri dari 3 kasta.
Melayu UMNOputra,melayu UMNO dan kasta paling rendah sekali adalah melayu PAS/PKR.Melayu UMNOputra yang terdiri dari golongan elit UMNO yang mendapat segala habuan dari kekayaan negara ini.Melayu UMNO pulak dapat lah sikit sikit pinjaman yang ditaja oleh kerajaan.Manakala melayu PAS/PKR mendapat hak yang sama dengan kaum bukan bumiputera yang lain.Bezanya cuma melayu PAS/PKR ni boleh melompat kepada kasta kedua tu jika mereka mahu dengan mengisi borang UMNO.
Cuma sayang sekali.Peredaran zaman telah membuatkan "brain wash" UMNO ni dah mula hilang kesaktiannya.Banyak dakwaan dakwaannya mula dipertikaikan oleh orang melayu sendiri.Pemikiran melayu dah mula bercambah dan kedepan.Ini yang menyebabkan UMNO risau.Buktinya jelas apabila NGO NGO tajaan UMNO berdemo diKomtar,hanya sedikit yang menyambut laungan mereka.Itupun agaknya diupah.Jika tidak mereka tak datang. Sebab apa? Mentaliti penyokong UMNO hanya bergerak bila diupah sahaja.Betul tak? keh keh keh...
No comments:
Post a Comment