Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA,Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang,GPMS sert beberapa HGO melayu telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010. Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka. Polis FRU yang terkenal dengan ganasnya menghentak demosntrator demosntrator bukan UMNO pula seolah olah terlalu lembik untuk menahan mereka.Poorahh...
Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini.Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayu dan mengenepikan kepentingan melayu.
Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik.Ustaz Shamsuri adalah pendakwah bebas dan juga Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan diPulau Pinang.Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini.Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu.Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu.Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah.Lim Guan Eng anti melayu dan Islam.Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan to'kong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam.Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.
Apabila saya mendengar kedua dua berita tersebut saya mula dah mencium sesuatu akan berlaku dengan kedua dua peristiwa ini.Maknanya disini ianya telah dirancang terlebih awal.Sewaktu saya berjalan jalan disekitar KOMTAR pada hari demonstrasi tu saya terpandang dua poster yang digantung oleh pihak Kerajaan Pulau Pinang yang menafikan kenyataan balaci balaci UMNO berkenaan pada flyover berdekatan kompleks KOMTAR.
Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang.Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta.Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009 selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.

Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj.UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising.Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP yang dianggap oleh UMNO sebagai musuh melayu/Islam kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta.Tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak.Maknanya disini kalau Gerakan yg beri budget ciput pd Majlis Ugama Islam pada pandangan UMNO ianya pro melayu dan pro Islam tetapi bila DAP tambah budget dua kali ganda ianya dianggap anti Islam dan melayu...Hmmmm..Entahlah...Mungkin kita boleh menilaikan tahap mentaliti sesiapa sahaja yg percaya pada dongengan UMNO tu.
Seterusnya yang paling menarik adalah tindakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap penjaja penjaja tanpa lesen.
Tahun Melayu Cina India Jumlah
2008 785 (38%) 1082(52%) 196 (10%) 2063
2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786
Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain.Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008.Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya.Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa NGO NGO melayu tu?Lagipun perlu ingat disini kebanyakan dari penguatkuasa MPPP adalah orang orang melayu.Adakah mereka saja nak menganiaya bangsa sendiri ?
Kita sepatutnya sedia maklum DPMPP memang meradang pada YAB Lim Guan Eng sebab mereka yang rata rata ahli UMNO yang dah biasa mendapat habuan kontrak secara percuma tanpa perlu bersusah payah.Tu sebab mereka marah pada Lim Guan Eng.Mereka merasakan Lim Guan Eng tidak berlaku adil.Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan tender.bagi mereka yang sentiasa dimakan suap dan tak biasa bersaing didalam tender terbuka sudah tentu mereka menganggap perkara ini tak adil .Sebahagian dari ahli ahlinya cuma mempunya syarikat RM2 sahaja tetapi sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri dulu.Yang mereka marah bukan tak dapat peluang langsung tetapi mereka marah sebab dah tiada hak istimewa UMNOputra. Mereka dah tak boleh menjadi jutawan segera.Mereka terpaksa bekerja keras saperti orang lain jika ingin menjadi jutawan. Kalau Lim Guan Eng sanggup meneruskan pemberian kontrak percuma pada mereka saya yakin mereka akan menjunjung Lim Guan Eng dan menganggap beliau dan DAP adalah pro melayu dan Islam
Manakala PERKASA pula hanyalah golongan merapu diketua Ibrahim Ali .Siapa Ibrahim Ali.?Tak payah lah saya ceritakan sebab semua orang dah kenal. Beliau adalah individu yan tiada kredibiliti . Malas saya nak komen pasal pertubuhan ni.

Demonstrasi ini sebenarnya gagal dan tidak menarik perhatian bangsa melayu secara umumnya.
Saya sendiri dah mula rasa hilang hormat kepada Ustaz Shamsuri.Sebagai pendakwah bebas Beliau tidak sepatutnya membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO atau sesiapa sahaja.Sesiapa yang membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO akhirnya akan hilang kredibiliti .Perkara begini serng berlaku kepada ramai tokoh tokoh ugama yang mendekati UMNO.

salam, sedara saya berminat tentang ceramah ustaz shamsuri yang berbaur politik.. boleh saudara berikan maklumat lebih lengkap? tarikh/tempat atau rakaman ceramah?
ReplyDeleteTerima kasih.
Salam saudara,
ReplyDeleteRakaman ceramah tiada tetapi ceramah ini di salah sebuah masjid diPulau Pinang (kalau tak silap masjid Sg Pinang,Jelutong) beberapa hari sebelum demonstrasi dibuat.Berita ini disampaikan kepada saya oleh salah seorang pengikut setia beliau yang selalu mengikuti ceramah ceramah Ustaz Shamsuri.
memang penipu je SEDAQ ni..yang taja pun BRAhim ALI...
ReplyDeleteapa ada pada angka... jgn tertipu dgn mainan angka.
ReplyDeletesaya bukan menyokong sesiapa dalam soal ini tapi kita kena buat kajian sendiri.. cth bila tindakan terhadap peniaga melayu...
melayu 785 (38%), cina 1082 (52%) dari jumlah keseluruhan berapa?? itu yg penting..
yg kita faham......dari 785 peniaga melayu yang diambil tindakan yg mewakili 38% dari keseluruhan tindakan dan 1082 peniaga cina yg mewakili 52% dari keseluruhan tindakan yg diambil...
OK bagaimana pula kalau ayat yg lain berbunyi...dari seramai 800 peniaga melayu, sebanyak 785 peniaga melayu telah diambil tindakan..manakala dari keseluruhan 25000 peniaga cina seramai 1082 peniaga telah dikenakan tindakan...bukankah maksudnya berbeza walaupun angkanya tetap sama...
Jgn tertipu dgn angka..berilah jumlah keseluruhan peniaga melayu dan cina yg ada di PP dan dari jumlah tersebut baru kita buat perbandingan...kalau nak bagi statistik kenalah jujur jugek beb..kalau tak maknanye data anda kurang meyakinkan...
belanjawan BN 2008 tidak termasuk belanja mengurus..iaitu utk pembayaran gaji,elaun dll utk kakitangan..yg dianggarkan sebanyak RM 13juta. maknanya keseluruhan belanjawan BN 2008 ialah RM 12.5 + RM 13 berjumlah RM 25.5 juta...Lagi sekali jgn terkeliru dgn angka..
ReplyDeleteBelanjawan PR dah termasuk semuanya...jadi mana yg lebih...
Saudara MMB,
ReplyDeleteBagaiman saudara dapat maklumat belanjwan BN tidak termasuk belanjawan mengurus? Satau sya semua budget yang diluluskan adalah termasuk kos operasi.Itu prosidur kewangan yang biasa.Tak kira lah samada kerajaan BN atau PR