Saturday, February 12, 2011

The 2nd Revolution on The Nile


I truly didnt know what to write lately.Too many interesting issues happened lately.Yet I am dumbstructed to write something.Anyway I hope Egypt revolution will go on and eliminated the pariahs who had plundered their nations all these years.The first revolution in 1952 succeeded overthrowing King Farouk.A corrupt and British bootlicker, good for nothing king. However the revolution spirit had been hijacked by Gamal Nasser,Anwar Sadat and Mubarak.They suppressed the spirit of Islam for 58 years and become vassal state of Israel and USA.


Now the light of Islam had emerge among the people.Mubarak had gone but not his mechanism.The Egyptian should eliminated them once and for all similar to the Iranian revolution.If they dont,the 2nd revolution will be hijacked again by the enemies of Islam.USA and Israel are not going to sit idle let their colonial interest affected by the revolution.The revolutiner main obstacle is the military.The military are stuffed with pro MUbarak and US/Israel supporters.I predicted that they will make their moves when the people had gone home.The revolution is still half way done.In fact it is in it most dangerous state.


May Allah protect my Egyptian brothers and sister of Islam.May the Sun of Islam will keep on shining on the Nile till the end time..Allah Huakbar

Thursday, January 20, 2011

Ugutan Kepada MP Serdang



Seekor ayam beserta nota dari kononnya "Tentera Jihad" telah digantung pada pintu pagar Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching .Siapa tentera jihad dan mengapa mereka melakukannya? Saya boleh meneka dengan mudah siapa mereka ini.Mereka adalah samseng samseng upahan UMNO yang jahil sejahil nya maksud jihad berkenaan. Mereka sebenarnya penakut.Kalu setakat nak bubuh ayam disembelih kapada pagar seorang wanita,budak Darjah satu pun boleh buat.

Tentera jihad sepatutnya membela Islam.Bukannya pergi kesana kemari menunjukkan samseng dan menjadi balaci pada UMNO. Apa salah Neo Yie Ching? Salah beliau cuma pergi kemasjid masjid untuk mengenali masyarakat Islam dibawah didalam kawasan Parlimennya.Itukah kesalahan disisi syarak? Cuba tunjukkan dimana salahnya disisi syarak seorang bukan Islam tidak boleh masuk masjid kerana sesuatu urusan rasmi.Nabi sendiri bertemu dengan utusan utusan kafir musrik didalam masjid.Cuma adab adab didalam masjid shj yang perlu dijaga.


Kalau tentera jihad ni dah nak berjihad sangat mengapa tak pergi pukul peguam MCA yang komplen pasal azan di Kampung Kerinci dulu? Mengapa tak letak ayam berdarah pada pagar peguam berkenaan?Chua Soi Lek asyik menghina Islam dan ajarannya.Mengapa tak pergi ugut Chua Soi Lek.Mengapa tak simbah cat merah pada rumah dan pejabat Chua Soi Lek?Bukan kah Chua Soi Lek tu biadap dan kurang ajar pd Islam? Tak tau la pulak kalau fatwa Tentera Jihad ini berpendapt UMNO dan BN adalh diatas ajaran Islam dan kebal ..


Pada saya jelas the socalled "Tentera Jihad" tu hanya berjihad demi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional sahaja.Jihad konon.Boleh jalan da....


Wednesday, January 19, 2011

Kata Isa Samad DiTenang

Kata Isa Samad Di Tenang -"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham Islam. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun?

Saya malas nak komen banyak banyak ..Sudah dia tak faham,dia menganggap semua orang tak faham pasal Islam dan tuntutannya.Apa la jenis manusia ni.Ini sebenarnya satu lagi pembuktian akal kelas ketiga pimpinan pimpinan UMNO.Saya yakin cakap beliau itu akan diterima bulat bulat oleh penyokong penyokong UMNO memandangkan mereka juga memiliki akal yg sama tahapnya...Saya masih tersenyum simpul sampai sekarang..

Nota
Kata kata Isa Samad tu samya ambil dari artikel Perisik Rakyat.

Saturday, January 15, 2011

Isu Azan di Masjid AlIkhlasiah Kampung Kerinchi Kuala Lumpur

Kononnya seorang peguam ahli MCA telah menulis surat kepada .,,,????? minta azan diperlahankan.Tok Imam masjid suruh bilal perlahankan .Timbul protes dikalangan kalangan NGO melayu saperti PEKIDA dan lain lain yg pro UMNO memprotes membawa sepanduk .

Menteri diJabatan Perdana Menteri Ustaz jamil Khir dan JAWI mengesahkan tidak menerima sebarang surat bantahan.Malahan MCA pun tak tahu ahli mereka yang mana gatal tangan menulis surat itu.Tambahan pulak ahli MCA tu duduk 1 km dari masjid berkenaan.Jauh tu.Kalau 1 km kalu dengar azan pun sayup sayup aje.Tak mengganggu tidur pun.Lagi satu "cina" ni cuma komplen azan Masjid Kampung Kerinchi sahaja.Masjid masjid lain yang juga jaraknya lebih kurang sama dia tidak komplen.Dia cuma marah kat masjid kat Kg Kerinchi aje.Walhal masjid tu terletak didalam kawasan majoriti penduduk Islam..

Yang komplen ahli MCA.Yang pergi protes membuta tuli pulak adalah NGO NGO yang menyokong UMNO.Pihak berkuasa spt JAKIM dan JAWI tidak tahu.Hmmm..cukuplah saya katakan ini cuma lakonan shj oleh MCA dan UMNO serta NGO NGOnya.

Kedua dua parti ini ingin meraih undi kaum Cina dan melayu dengan memberi persepsi mereka adalah pejuang dan mempertahankan hak kaum masing masing.Pooorahhh...budak darjah satu boleh la mereka tipu.Saya tak tau lah samada orang orang melayu ni masih lagi tak cerdik dan boleh terpengaruh dengan lakonan lakonan sebegini.

UMNO dan MCA perlu menulis skrip yang lebih baik lagi..Skrip ini tidak meyakinkan masyarakat..Nasihat saya pd UMNO dan MCA.Dont cry wolf too often,People wont believe it

Saturday, January 8, 2011

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR

Semua pihak tahu bahwa UMNO lah punca kepada segala kemelut yang berlaku di Selangor.Mereka melantik Khusrin kepada jawatan SUK dan mengetahui benar benar ianya menyalahi amalan dan peraturan sediaada. Kita tak perlu bercakap panjang lebar mengenai UMNO sebab UMNO jelas adalah ular dan racun kepada masyarakat Malaysia.Yang perlu kita ambil tahu adalah sikap masyarakat dan istana sendiri.
Adakah masyarakat peka dan faham mengenai isu ini? Siapakah yang mereka sokong? Adakah mereka masih lagi redha dengan segala salah laku UMNO selama ini? Masayarakat perlu diberi fahaman dengan sejelas jelasnya agar mereka tka mudah dikelirukan oleh UMNO.Tindakan TS Kahlid dan barisan exco Selangor menghadhiri majlis angkat sumpah Khusrin adalah tindakan yang bija.Jika tidak UMNO akan menuduh PR sebagai derhaka kepada Sultan.
Seterusnya pihak istana sendiri sepatutnya menangani perkara ini dengna sebalik mungkin.Pihak istana perlulah dilihat sebagai neutral dan bertindak dengan neutral.Jika rakyat melihat pihak istana adalah berat sebelah maka imej istana juga semakin terjejas.Kesinambungan Raja BerPerlembagaan sebenarnya terletak ditangan rakyat dan bukannya ditangan UMNO.Pihak Istana perlu ingat krisis Perlembagaan 1993 dahulu.UMNO sebenarnya hendak menghilangkan terus kuasa Raja Raja Melayu dan digantikan dengan Presidential Council.Mereka cerca Raja Raja Melayu seteruk teruknya. Mujur baiklah masih ada lagi rakyat yang merasakan bumi Malaysia ini masih perlukan Raja Raja Melayu.Ianya menyebabkan UMNO berundur setapak kebelakang.Hasilnya pindaan Perlembagaan tidak menjejaskan sangat kedudukan Raja Raja Melayu .
Pakatan Rakyat perlu bersabar didalam isu ini.Kepada Allah kita bergantung.Kepada Allah kita mengadu.Sebarang tindakan agresif hanya memakan diri sendiri shj.Tunggu dan bersedia utk PRU13.Jadikan peristiwa ini sebagai motivasi yang membakar semangat dan daya juang pendokong pendokong Pakatan Rakyat.Kita pastikan UMNO tumbang dan dicampakkan kedalam tong sampah sejarah..

Monday, January 3, 2011

Isu salib pd perayaan Krismas yg dihadhiri Najib

Pihak penganjur perayaan Krismas diBukit Nanas sewaktu kehadiran Perdana Menteri Malaysia.Kononnya utk menghormati keimanan Islam Najib...Pooorahh.Isu ini sengaja digembar gemburkan untuk memberi kredibiliti pd Najib kononya beliau lah jaguh kepada perjuangan Islam di Malaysia ini.Najib ingin digambarkan sebagai pembela kepada Islam dan umatnya.

Umat Islam jgn lah tertipu dgn lakonan lakonan sebegini.Najib dan UMNO tidak akan melaksanakan Islam kelmarin,sekarang dan selamanya.Gambaran gambaran kosmetik ini sengaja dilaung laungkan utk mempengaruhi persepsi orang orang melayu kepada UMNO.

Sunday, September 19, 2010

PEKIDA ohh PEKIDA


Beritanya disini http://www.malaysiakini.com/news/142949. Ahli ahli PEKIDA telah menyalahkan Majlis Peguam kerana tidak menyenaraihitamkan peguam peguam yang bermasalah dan membuat sidang akhbar besar besaran mengenai senarai hitam itu.Presiden Majils Peguam juga digesa meletak jawatan.Persoalannya ialah apa kena mengena isu dalam Majlis Peguam ini dengan pembunuhan Sosilawati serta 3 mangsa lain? Tak relevan langsung.Bukan ke sepatutnya mereka berdemonstrasi supaya Ketua Polis Negara meletakkan jawatan sebab gagal membendung jenayah yang semakin memuncak sejak akhir akhir ini? Malahan pihak polis sendiri mengetahui 9 mangsa telah hilang sebelum ini selepas berurusan dengan suspek suspek berkenaan. Memandangkan mangsa mangsa bukan berprofail tinggi,fail fail siasatan telah ditutup dan ianya hanya dibuka kembali selepas pembunuhan Allahyarham Datuk Sosilawati . Jadi wajarlah mereka sepatutnya berdemo manyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelembapan pihak polis.


Selain daripada itu saya rasa eloklah pertubuhan ini melihat diri sendiri terlebih dahulu.Betul diri sendiri terlebih dahulu.Ahli ahlinya ramai yang bermasalah.Ramai yg semberono dan liar dan kononnya samseng.Judi,arak adalah sebahagian amalan ahli ahli mereka.Mereka juga perlu melihat kesucian nama dakwah dan Islam itu dicemar oleh perangai mereka sendiri.Kelakuan kelakuan mereka tidak langsung mencerminkan nama persatuan dan perlembagaan didalamnya.Banyak senarai salahlaku kumpulan ini yang saya boleh sebut tetapi malas nak tulis.Eloklah para pembaca memerhati dan menilai sendiri kelakuan mereka .
Nak berdemonstrasi adalah hak masing masing.Tetapi jgn menampakkan kebodohan sendiri.Ini akibatnya bila tidak berilmu dan menganggap diri serba hebat dan pandai.