Saturday, January 15, 2011

Isu Azan di Masjid AlIkhlasiah Kampung Kerinchi Kuala Lumpur

Kononnya seorang peguam ahli MCA telah menulis surat kepada .,,,????? minta azan diperlahankan.Tok Imam masjid suruh bilal perlahankan .Timbul protes dikalangan kalangan NGO melayu saperti PEKIDA dan lain lain yg pro UMNO memprotes membawa sepanduk .

Menteri diJabatan Perdana Menteri Ustaz jamil Khir dan JAWI mengesahkan tidak menerima sebarang surat bantahan.Malahan MCA pun tak tahu ahli mereka yang mana gatal tangan menulis surat itu.Tambahan pulak ahli MCA tu duduk 1 km dari masjid berkenaan.Jauh tu.Kalau 1 km kalu dengar azan pun sayup sayup aje.Tak mengganggu tidur pun.Lagi satu "cina" ni cuma komplen azan Masjid Kampung Kerinchi sahaja.Masjid masjid lain yang juga jaraknya lebih kurang sama dia tidak komplen.Dia cuma marah kat masjid kat Kg Kerinchi aje.Walhal masjid tu terletak didalam kawasan majoriti penduduk Islam..

Yang komplen ahli MCA.Yang pergi protes membuta tuli pulak adalah NGO NGO yang menyokong UMNO.Pihak berkuasa spt JAKIM dan JAWI tidak tahu.Hmmm..cukuplah saya katakan ini cuma lakonan shj oleh MCA dan UMNO serta NGO NGOnya.

Kedua dua parti ini ingin meraih undi kaum Cina dan melayu dengan memberi persepsi mereka adalah pejuang dan mempertahankan hak kaum masing masing.Pooorahhh...budak darjah satu boleh la mereka tipu.Saya tak tau lah samada orang orang melayu ni masih lagi tak cerdik dan boleh terpengaruh dengan lakonan lakonan sebegini.

UMNO dan MCA perlu menulis skrip yang lebih baik lagi..Skrip ini tidak meyakinkan masyarakat..Nasihat saya pd UMNO dan MCA.Dont cry wolf too often,People wont believe it

No comments:

Post a Comment