Thursday, February 26, 2009

KENAIKAN TOL UNTUK KESEKELIAN KALINYA

Terpampang didada akhbar akhbar mengenai kenaikan tol sebanyak 5% berkuatkuasa 1 Mac 09.Perdana Menteri kononnya meminta agar dikaji semula kenaikan tol berkenaan.Kenaikkan tersebut diputuskan oleh kabinet beberapa minggu lalu didalam keadaan ekonomi berbeza katanya...

Persoalannya adakah kenyataan berkenaan hanya kenyataan untuk sedap mulut sahaja atau benar benar prihatin terhadap masyarakat yang semakin dihimpit oleh inflasi dan kos sara hidup yang tinggi? Kenaikan kos tol ini tidak dapat dielakkan disebabkan perjanjian berat sebelah diantara pemegang konsesi.Samada bagi naik setiap tiga tahun sekali atau kerajaan Malaysia kena bayar ganti rugi.Yang mana satu dipilih pun pemegang pemegang konsessi tol tetap akan untung besar..Perlu diingat disini Kerajaan Malaysia dikuasai oleh UMNO.Manakala wang yang dibayar sebagai tol atau gantirugi pula adalah wang rakyat bukannya wang UMNO.


Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya pd 27 Februari 09 berkata kerajaan akan menangguhkan kenaikan kadar baru tol di lima lebuhraya berkenaan sehingga akhir tahun ini. Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500 juta, yang terdiri daripada wang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.Pihak pemegang konsesi tetap akan untung juga.

Mengapa mereka perlu untung besar? Mungkin agaknya kebanyakan dari untung yang dibuat oleh pemegang pemegang konsesi berkenaan akan berakhir ke kocek kocek syarikat kroni UMNO atau individu individu didalam UMNO sendiri.Konsesi konsesi tol ini merupakan cash cow kepada UMNO.Bekalan wang yang berterusan kepada mereka.Memandangkan dokumen dokumen kontrak lebuhraya adalah dikelasifikasikan dibawah OSA maka maklumat terperinci tidak dapat diperolehi.

Sebenarnya kos operasi lebuhraya saperti Lebuhraya Utara-Selatan telah lama turun setelah kos pembinaan lebuhraya dapat di langsaikan selepas konsesi pertama selama 20 tahun selesai.Ini bermakna konsesi kedua selama 30 tahun yang diberi secara direct award kepada PLUS memberikan untung yang lebih besar kepada PLUS.Ini disebabkan kos modal adalah minima dan infrastruktur sediaada tidak memerlukan perubahan besar.Ini bermaknanya hanya kos selenggaraan biasa sahaja yang perlu ditanggung oleh PLUS..

Hasil pula semakin bertambah dengan pertambahan kenderaan saban tahun.Bila dikomplen pemegang pemegang konsesi ni kata kalau tak mau bayar tol guna la jalan biasa.Kalau ada jalan biasa ok la.Bagaimana pulak yang nak pergi Pahang?Terpaksa juga la guna lebuhraya Karak.Bagaimana pulak yang terpaksa melalui traffic jam saban hari di lebuhraya? Sepatutnya di lebuhraya tiada jem kecuali jika ada kemalangan jalanrayasahaja.

Tiada cara lain untuk menyelesaikan kemelut tol ini kecuali BN perlu dijatuhkan secara total pada PRU13 akan datang.Dengan jatuhnya mereka mungkin cerita sebenar tol ini dapat kita ketahui.Itu sebab mengapa UMNO berhempas pulas untuk kekal berkuasa.Demi perut mereka sendiri..

No comments:

Post a Comment