Wednesday, March 4, 2009

Adakah Kita menuju kearah negara polis? siri 1

Perkembangan demi perkembangan ditanahair telah menarik perhatian ramai pihak sejak akhir akhir ini.Bermula di Perak dimana krisis Perlembagaan sedang berlaku diantara DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan BN yang merampas Kerajaan Perak tanpa melalui proses yang ditetapkan oleh Perlembagaan Perak.BN telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan Istana untuk mencapai cita cita jahat mereka.

Kita dapat melihat BN enggan lagi menggunakan saloran demokrasi untuk berkuasa.Tambahan pula pihak tentera,polis dan semua badan penguatkuasa adalah dibawah telunjuk UMNO.Badan badan ini seolah olah adalah salah satu sayap UMNO.Mereka telah meninggalkan tugas utama mereka dan bersedia melakukan apa sahaja arahan yang diberikan oleh UMNO walaupun ianya diluar bidang kuasa mereka.Contohnya adalah Ketua Polis Perak yang mengishtiharkan bahawa Persidangan DUN Perak pada 3 hb Mac lepas adalah tidak sah.Apakah kuasa dia untuk menentukan perkara ini?Malahan tindakan pihak polis yang menghalang ahli Dewan Undangan negeri Pakatan Rakyat memasuki Dewan juga adalah melanggari prinsip prinsip demokrasi.Seluruh dunia melihat kebobrokan yang berlaku.
Selain daripada itu UMNO juga telah mengerakkan samseng samsengnya dari kumpulan PEKIDA untuk mengganggu penyokong Pakatan Rakyat.Nasib baik penyokong penyokong Pakatan Rakyat masih berdisiplin dan mendengar arahan pihak pimpinan PR dan tidak bertindak balas.Jika tidak kemungkinan besar MAGERAN dikuatkuasakan.
Saya sendiri merasa amat sedih dengan perisitiwa peristiwa sebegini.Ditempat lain saperti Indonesia,demokrasi semakin terserlah.,Di negara kita demokrasi pula semakin dilupuskan fungsinya.Suara rakyat yang menuntut perubahan tidak dipedulikan.Semakin ditegur semakin teruk jadinya UMNO.Malahan suara suara dari dalam UMNO sendiri yang mendesak supaya perubahan dibuat telah dipinggir oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri.Suara suara pemimpin veteran UMNO saperti Tengku Razaleigh dipandang sepi sahaja.
Ramai pihak menjangkakan UMNO akan melanggari semua peraturan peraturan dan undang undang negara.Seterusnya UMNO akan meletakkan negara ini kepada pemerintahan kuku besi sama saperti Myanmar.Rakyat Malaysia perlu bersedia dan peristiwa di Perak adalah permulaan.Jika UMNO berjaya maka implementasinya akan dikembangkan keseluruhan negara.
Demokrasi hanya alat bagi UMNO dan bukan prinsip pegangan UMNO.jika ianya dapat mengekalkan kuasa mereka maka kekallah ia.Jika demokrasi tidak mampu lagi mengekalkan kuasa UMNO maka ianya akan dibuang.Malahan UMNO akan membuang apa sahaja yang menghalang mereka dari berkuasa.
Pakatan Rakyat perlu terus memperjuangkan prinsip prinsip demokrasi dan bersedia untuk menghadapi tribulasi yang lebih hebat dimasa akan datang.Rejim yang sedang jatuh biasanya adalah yang paling zalim.Insyallah kemenangan berpihak pada Pakatan Rakyat dalam sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment