Saturday, March 7, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis? Siri 2


Kematian A Kugan telah menimbulkan kontroversi sekali lagi.Nama polis yang sudah sedia terpalit semakin terpalit dengan kematian misteri A Kugan.Bedah siasat pertama mendapat punca kematian mendiang adalah disebabkan paru paru berair...Hmmm

Walau bagaimanapun setelah didesak keluarga beliau pembedahan kali kedua telah dibuat.Hasilnya amat berbeza dari pembedahan pertama.Bedah siasat kedua yang dilakukan oleh Doktor Prtashant N Samberkar dari Hospital Universiti UM mendapati beliau mati disebabkan pukulan bertubi tubi pada anggota vital badannya..Yang peliknya Pengarah Hospital Serdang, Dr Mohd Norzi mendakwa mayat A Kugan telah di "tamper" oleh saudara mara A Kugan yang merempuh masuk keBilik Mayat..Tetapi rekod video yang dirakamkan tidak menunjukkan mereka merempuh masuk.

Timbul persoalan berapa banyakkah OKT OKT yang mengalami nasib yang sama dan tidak didedahkan pada pengetahuan umum? Kita faham bahawa pihak polis tertekan untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah sehingga selalunya akan terlebih bertindak.Tapi perkara begini tidak boleh dijadikan alasan untuk menyiksa tahanan sehingga menyebabkan kematian..Walupun mereka adalh penjenayah tetapi mereka masih lagi memiliki hak sebagai manusia yang perlu dihormati.Sebarang perlanggaran hak hak ini adalah tidak sepatutnya di tolak ansur..

Saya perhatikan pihak polis ini adalah saperti UMNO.Semakin ditegur semakin teruk jadinya mereka..Jadi janganlah salahkan rakyat jika mereka memandang pihak polis dengan pandangan jijik.After all polices priority are to serve UMNO not the Rakyat..


No comments:

Post a Comment