Friday, July 17, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis??? Siri 10

Malaysia dikejutkan sekali lagi.Kali ini adalah kematian pegawai khas Exco Selangor Teoh Boon Hock.Jika sebelum ini kematian A Kugan masih lagi baru dan kematiannya di dalam tahanan polis tiada sebarang penyelesaian dan tiada siapa yang dipertanggungjawabkan.
Kematian di dalam tahanan ini sekarang semakin menjadi-jadi pula.Dan kali ini mangsanya bukanlah seorang penjenayah.Bukan juga yang tertuduh.Beliau hanya disoal siasat bagi kes yang lebih kecil.Sedangkan banyak lagi kes yang besar yang melibatkan UMNO tidak disiasat.SPRM tidak menunjukkan sebarang minat langsung.
Banyak spekulasi berkenaan kes ini.Adakah ianya pembunuhan atau bunuh diri?Antara andaian andaian orang ramai adalah kes bunuh diri sebab beliau tidak tahan dengan soalsiasat SPRM sehingga beliau hilang pertimbangan dan terus bunuh diri..Ada juga yang mengatakan kes bunuh secara tak sengaja..Raja Petra dari Malaysia Today dalam ruangan No Hold Barred memberikan hypothesis bahawa Teoh telah dibawa ke tingkap dan diugut untuk dihumbankan ke bawah jika enggan bekerjasam dengan SPRM untuk merekacipta maklumat mengaitkan rakan rakan beliau di dalam DAP.Malang tidak berbau mereka terlepas beliau dan akhir beliau yang bernasib malang terhumban ke bawah..
Agak menarik juga hypothesis Raja Petra.Adakah beliau mendapat maklumat dalaman melalui rangkaian "deep throat"nya atau ianya cuma andaian semata mata?? Wallahualam.
Kita kaji semula kedua dua hypothesis berkenaan.Pertama kes bunuh diri.Mangsa akan berkahwin dalam masa terdekat.Tiada sebarang masalah atau kekusutan pada diri yang memungkin beliau mengambil tindakan bodoh itu.
Bagaimana pula dengan kes dibunuh tanpa sengaja saperti andaian Raja Petra? Ada kemungkinannya juga.Sebab biasanya mereka akan menyembunyikan fakta sebenar saperti mana kes A Kugan.A Kugan sebelum ini didakwa mati disebabkan paru paru berair tetapi hasil bedahsiasat kedua oleh keluarganya mendapati badanya penuh lebam dan luka luka.Bermakna beliau di torture.Kes Teoh apa pula ceritanya.Mungkin ceritanya begini agaknya...
Selepas Teoah disoalsiasat beliau berehat disofa pada pukul 3 pagi sementara menunggu siang.Tiba tiba beberapa gangster warga asing telah menceroboh pejabat SPRM dan menghumban Teoh tanpa sebab kebawah.Pegawai pegawai SPRM tidak sempat menyelamatkan beliau..Hmmn mungkinkah itu agaknya alasan SPRM. Tak tau la..Of course I dont have the basis to conclude anything what.


Kita tinggalkan dulu andaian andaian ini dan perhatikan perkembangan "siasatan" pihak polis dalam masa beberapa hari ini.Hasil siasatannya adalah amat menarik pada semua pihak.Dah tentu tekanan pada pegawai penyiasat amat besar.Berbelah bahagi samada hendak taat pada UMNO atau benar benar menjalankan kerjanya secara profesional.Jadi sabar sabar lah menunggu.Ramai dah yang boleh meneka hasil siasatan tu..Sorry,no prize for guessing guys.


Saya berpendapat kes ini adalah puncanya daripada UMNO sendiri.Mereka begitu terdesak untuk menjatuh Kerajaan Selangor.Arahan dan tekanan diberikan kepada SPRM serta polis untuk mencari apa saja kes.Kes yang boleh disiasat dan seboleh bolehnya didakwa walaupun ianya hanyalah pembelian sebatang pen yang tidak mengikut prosidur kewangan.Akhirnya mereka melakukan kesilapan ini.Kesilapan yang membuka pekung didada sendiri.


SPRM dan juga pihak polis saperti biasa adalah kuda tunggangan UMNO untuk mengekalkan kuasanya.Hari ini mungkin Teoh diperlakukan begitu,Esok lusa mungkin orang lain pula merasakekejaman UMNO .Proses ini akan berterusan sehinggalah UMNO disingkir oleh rakyat dari tampuk kekuasaan.Perdana Menteri sekali lagi telah melepaskan diri dari bertanggunjawab dan mengatakan siasatan secara telus akan dijalankan...Siapakah pegawai pegawai SPRM yang akan dijadikan kambing hitam??? Saya tak simpati pada mereka sama juga saya tak simpati kepada Sirul dan Azilah.Saya faham mentaliti mereka.Sanggup berkorban demi UMNO.
Apa yang pasti kita menuju selangkah lagi kearah Negara Polis..





2 comments: