Sunday, July 26, 2009

Kemelut politik di Perak

Dengar khabar perpecahan didalam UMNO Perak semakin parah.Semuanya adalah sebab fulus.Team MB Mahkamah menguasai tampok pemerintahan.Team Tajol Rosli diketepikan.Bila jadi exco banyak lah fulus masuk kesaku masing masing.Pada pendapat saya perkara ini telah dijangkakan.Biarkanlah mereka berbalah dan bertarong sesama sendiri.Sikit lagi kita akan dapat maklumat maklumat salah laku semua pihak bila masing masing membuka pekung antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun UMNO tidak akan mengadakan pilihanraya baru di Perak.Dari risikan saya mereka mengakui akan kalah besar.Walaupun terdapat beberapa halangan dari segi perundangan untuk meluluskan budget dan sebagainya.Masalah tersebut boleh diselesaikan dengan mudah semudah Mahkamah menentukan siapa menteri yang sah.UMNO cuma perlu memfailkan kes tersebut dimahkamah dah hakim hakim mahkamah rayuan dan persekutuan sedang menunggu untuk membatalkan undang undang sedia ada dan menyerahkan pada budi bicara Sultan untuk meneutralkan undang undang sediaada.Sultan Sultan akan menjadi absolute monarchies spt Thailand dan Tuanku Tuanku akan berada dibawah penguasaan UMNO.
Malahan saya yakin pada PRU 13 nanti pun walaupun PR menang 2/3 dan majoriti melayu menyokong PR,UMNO akan tetap akan menggunakan Raja Raja untuk mengekalkan kuasa mereka.
Kita tengok nanti sejauh mana kebenarannya ramalan saya.Mudah mudahan silap ramalan teman yob..

No comments:

Post a Comment