Monday, November 2, 2009

Isu Penangkapan Dr Asri

Heboh diperkatakan oleh seluruh masyarakat mengenai penangkapan Dr Asri mantan Mufti Perlis.Penangkapan dia pula adalah selepas kenyataan EXCO Selangor Dr Hassan Ali bahawa semua perlu tauliah untuk memberi kuliah ugama di Selangor.4o orang anggota polis mengiringi 8 penguatkuasa JAIS.Ligat kepala saya memikirkannya,Siapa punya kerja ni?
Dr Asri ni memang orangnya outspoken.Malahan beliau tidak disukai oleh tokguru tokguru orthodox kerana pegangannya yang dikatakan sebagai ahlussunnah ataupun wahabi.Malahan beliau juga tidak dibenarkan memberi ceramah di Perak oleh Mufti Perak Hj Harun Sani sendiri.
Banyak la tuduhan tuduhan.Ada yang kata Dr hassan Ali sendiri,ada yang kata individu individu dalam UMNO sendiri saperti Nakhaie.Tak dapat dipastikan siapa yang mengarahkan penangkapan berkenaan.Mudah mudahan sedikit masa lagi persoalan ini akan terhurai.
Pada pendapat saya penangkapan Dr Asri ada hubungkaitnya dengan permintaan dari beberapa pimpinan PAS sendiri agar Dr Asri menyertai PAS untuk menguatkan lagi saf kepimpinan PAS.Jadi penangkapannya ada kena mengena dengan UMNo sendiri.Mungkin penangkapan ini untuk menghalang Dr Asri dari memasuki PAS.
Walaupun beberapa pemimpin UMNO saperti Najib dan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa terkejut dengan penangkapan beliau.Kes ini adalah kes baling batu sembunyi tangan.Kalau bukan arahan UMNO sendiri takkanlah pihak polis beria ria sangat datang sampai 40 orang untuk membantu JAIS.Selalunya pihak polis jarang nak memberi kerjasama jikaianya melibatkan pentadbiran dibwah Pakatan Rakyat.
Kita lihatlah selanjutnya lakonan UMNO didalam hal ini.Dr Hassa Ali selaku EXCO Hal Ehwal Ugama Islam perlu mengeluarkan kenyataan rasmi jika beliau tidak terlibat didalam penangkapan tersebut.Jika tidak imej beliau akan semakin merudum pada pandangan orang ramai.Beliau diharapkan tidak membiarkan dirinya dikambinghitamkan.Itupun kalau dia tak terlibat la...
Lagipun JAIS banyak kerja lain yang lebih penting dan "urgent"untuk ditangani.Zina,gejala dadah,ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab,lepak perlu ditangani segera.Jika perkara perkara sebegini tidak diselesaikan segera imej PAS Selangor dan PAS keseluruhannya akan terjejas.

No comments:

Post a Comment