Wednesday, May 13, 2009

ADUN WANITA UMNO BELA SAMSENG



















Berita tergempar..Adun wanita UMNO menghalang tugas polis serta membela samseng samseng yang merompak dan memukul dua orang awam di Sungai Rapat Ipoh..YB Hamidah namanya..Cuma tiada sebarang maklumat mengenai nama kumpulan samseng itu..Sapa sapa tau harap post kat bahagian "comment"




Fitnah Demi Fitnah oleh UMNO



Malam tadi saya menerima SMS yang bermaksud "NAJIB ,ZAMRY,NIZAR DAN HADI AWANG DIPANGGIL MENGADAP OLEH YM RAJA MUDA NAZRIN.KHABARNYA UNTUK BERBINCANG KERAJAAN PERPADUAN NEGERI PERAK.NIZAR AKAN MENJADI MB UNTUK DUA TAHUN DAN ZAMBRY DUA TAHUN LAGI.EXCO 50:50.




Saya gelihati mendengarnya.Mengapa saya tak percaya khabar angin ni?Sebabnya spt berikut:-
  • YM Raja Muda baru aje bersedih dan sibuk menguruskan jenazah bapa saudaranya yang mangkat semalam.Bila pulak masanya dia nak jumpa pasal ni?
  • Muktamar PAS telah memutuskan tidak akan bergabung dengan UMNO buat masa ini.
  • Pemimpin pemimpin tidak kemaruk jawatan MB tu.Yg mereka lawan ialah ketidadilan dan pelanggaran undang undang oleh UMNO.Jika UMNO ikut prosidur betul betul ras tiada masalah peralihan kuasa saperti sekarang ni.
  • Mengapa PAS aje yg diajak tubuh kerajaan? Bagaimana DAP dan PKR?Kalau lah ajakan macam ni,dulu lagi UMNO dah offer selepas PRU13.Malahan offer tu lebih menarik.DS Nizar jadi MB,Exco kanan dapat kat UMNO.Tapi pimpinan PAS Perak telah menolaknya kerana tetap setia pada janji bersama Pakatan Rakyat.

Nampak gaya UMNO sekarang ni dah terlalu desperate dan lemas dengan kemelut politik Perak ni.Sampai sanggup pulak gunakan taktik taktik basi tu.Ada banyak lagi lah khabar khabar angin lain spt ADUN Bt Kurau nak defect ke UMNO la dan mcm mcm lagi dll.Korang dengar lah sendiri.Gamaknya bulan Mei ni adalah kempen "BULAN BERBOHONG" UMNO...

Walubagaimanapun kemungkinan tetap berlaku didalam dunia politik.Jika PAS menerima tawaran UMNO Perak ini bermakna mereka memberi talian hayat pada UMNO Perak yang sekarang ini sedang teruk dilanda masalah imej yang buruk hasil kemelut politik Perak.UMNO Perak sebenarnya sedang cedera parah.Mereka perlukan pertolongan segera dimana Istana dan taukeh taukeh tak dapat bantu.

Pakatan Rakyat sepatutnya teruskan mengasak dan hancurkan terus kekuatan UMNO dari melakukan sebarang onar lagi kepada Perak dan juga Malaysia.Cukuplah 51 tahun mereka menzalimi rakyat Malaysia...

SAY NO TO UMNO FOREVER


Tuesday, May 12, 2009

Kemelut Politik Perak-Fungsi Istana


Pada pandangan saya pihak Istana Perak sendiri diharap tidak berdiam diri memerhatikan sahaja kemelut politik Perak ini.Samada suka atau tidak Istana turut sama terlibat secara langsung didalam kemelut ini..

Bila dua orang anak bertumbuk adalah tanggungjawab bapa untuk meleraikannya.Pihak Istana hendaklah neutral dan perlu dilihat neutral.Jika pihak Istana menampakkan berat sebelah pada mana mana pihak kemelut ini tidak mungkin dapat diselesaikan.PIhak Istana Perak perlu lah memandang berat terhadap imejnya yang terjejas teruk disebabkan kemelut politik ini.

Walaupun begitu Istana Perak masih lagi dihormati oleh kedua dua pihak.Malahan apabila YM Raja Muda melangkah masuk kedalam DUN tempohari,kedua dua pihak telah melupakan sekejap perbalahan mereka sebagai menghormati Baginda.Walaupun terdapat panggilan panggilan nakal agar menjadikan Malaysia ini sebagai republik,langkah itu bukan lah peneyelesaiannya.Saya yakin ramai yang tidak menerima cadangan sedemikian termasuk lah saya.
Apa yang rakyat minta hanyalah keadilan.Samada republik,Monarki BerPerlembagaan atau Monarki mutlak sesebuah negara tidak akan aman jika tiadanya keadilan.Keadilan inilah yang perlu ditegakkan.

Saya yakin jika Pihak Istana Perak mengembalikan hak rakyat ,imej Kesultanan Perak akan bertambah baik dikalangan rakyat.Persoalannya mengapa pihak Istana Perak masih berdiam diri sehingga sekarang? Sultan Perak telah pergi keluar negeri dan membiarkan Raja Muda terkapai kapai menangani kemelut ini bersendirian.Baginda hanya kembali apabila Kekanda Baginda, Raja Baharum mangkat.

Suka atau tidak tanggapan rakyat Perak sebenarnya amat negatif .Pusingan kali ini Pihak Istana tidak boleh menyalahkan sesiapa diatas tanggapan tersebut.Kerana kesilapan ini datangnya dari Istana sendiri.Keputusan yang dibuat seolah olah tanpa mengambilkira perasaan dan inspiriasi rakyat yang inginkan perubahan.Banyak khabar angin yang tersebar.Ada yang mengatakan Sultan telah diugut oleh Najib.Jika benar Tuanku tidak perlu bimbang.Rakyat Perak bersedia mempertahankan Tuanku pada bila bila masa sahaj jika dititahkan daripada kerakusan Najib.

Ada pula yang mengatakan kononnya Sultan Perak tidak mau Pakatan Rakyat memerintah disebabkan negeri ini akan dikuasai oleh Cina.Dan Cina DAP dengan rakusnya merampas tanah tanah orang orang melayu dan meminggirkan orang melayu.Isu ini telah dijawab dengan baik oleh DS Nizar jadi saya tak perlu lah mengulas lebih lanjut lagi..

Dan banyak lagi khabar angin yang malas saya nak tulis disini.Terpulang lah pada pihak Istana utk menjernihkan kembali kemelut ini.Caranya senang sahaja...BUBARKAN DUN,










Monday, May 11, 2009

Adakah kita Menuju Kearah Negara Polis -Siri 7

Rakyat Negeri Perak amat teruja dgn keputusan Hakim Abdul Aziz dari Mahkamah Tinggi PADA 3.34 petang 11 haribulan Mei 09.Tetapi kegembiraan mereka hanyalah untuk untuk 24 jam sahaja.Dr Zambry telah berjaya mendapatkan perintah injunksi menangguhkan keputusan mahkamah.Terbayang dibenak fikiran saya.Apa nak jadi dengan kemelut ini.UMNO dengan hati busuknya tak habis habis menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan yang mereka cipta sendiri.What are they trying to prove anyway???Sifat mereka yang tidak bertanggungjawab inilah yang memporakperandakan masyarakat dan negara. Imej negara jatuh dimata masyarakat dunia.

Semalam saya menerima banyak sms yang menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan mahkamah tinggi mereka.Tetapi saya telah mengingatkan mereka supaya jangan terlalu gembira.UMNO masih lagi boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan.Jika UMNO tak boleh membeli Hakim Mahkamah Tinggi,mana tau mereka bernasib baik dengan Mahkamah Rayuan.Walaupun mengikut perundangan adalah jelas dan tidak perlu sebarang tafsiran terperinci terhadap kes Menteri Besar Perak.Kes ini adalah kes "straightforward".Kita tunggu lah keputusan Mahkamah Rayuan.

Sekarang bukan UMNO sahaja yang dihakimi oleh rakyat tetapi sekarang giliran Mahkamah Rayuan pula dihakimi oleh rakyat.Mahkamah Tinggi telah pun lulus ujian apabila keputusan menyebelahi DS Mohd Nizar.Ini bermakna rakyat hanya menerima keputusan yang serupa dengan Mahkamah Tinggi sahaja.Sebarang keputusan yang memihak kepada UMNO akan dianggap oleh rakyat sebagai korup dan hakim hakim berkenaan telah pun dibeli oleh UMNO.Terpulanglah kepada Tuan Hakim Tuan Hakim Mahkamah Rayuan untuk menilai perkara ini.Pada kebiasaannya Mahkamah Rayuan jarang mengubah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi..Tetapi kita tak tahu,apa apa pun boleh jadi lepas ni.Didalam keadaan sekarang ini kepercayaan rakyat pada institusi institusi Kerajaan adlah amat rendah.Jika Mahkamah Rayuan bersidang dengan cepat dan secara tiba tiba keputusan tersebut menyebelahi BN tanpa hujah yang wajar ,kita faham lah apa yang berlaku.Saya merasa agak syak bila melihat Najib begitu confident dengan Mahkamah Rayuan.

Apakah akibatnya pada UMNO dan Perdana Menteri sendiri? Apa sahaja keputusan Mahkamah Rayuan hanya akan membenamkan imej UMNO dan Najib lebih jauh kedalam perut bumi.Mereka akan lebih dipandang hina oleh rakyat.Walaubagaimanapun kita sedia maklum.UMNO tidak peduli kepada pandangan rakyat.Yang penting bagi mereka adalah kuasa.Bila ada kuasa politik bermakna ada kuasa untuk merompak harta rakyat lebih lama lagi.Mereka tidak peduli halal atau haram.Integriti dan akauntabiliti hanya mainan bibir pemimpin UMNO sahaja.Mungkin sebahagian besar dari mereka tidak faham pun apa makna perkataan perkataan tu agaknya.Sebab istilah istilah tu adalah terlalu asing pada UMNO selama 51 tahun mereka berkuasa.

Persoalan yang timbul sekarang ini adakah Istana Perak boleh membubarkan DUN sekarang untuk menyelesaikan kemelut ini? Saya bukan pakar undang undang..Yang pastinya rakyat negeri Perak lah yang terpaksa menanggung kerugian angkara ciptaan UMNO.Saya difahamkan ranking pelaburan Perak telah jatuh dari tangga 6 kepada tangga 10 semenjak bermulanya krisis politik diPerak pada awal tahun ini.Adakah ini yang penyokong penyokong UMNO mau?

SEMOGA ALLAH SWT MENYELAMATKAN KITA SEMUA..
















Friday, May 8, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis-Siri 6




Pada 8 hb saya berada di Batu Lapan Changkat Jering.Lebih kurang 9.00 malam. Saya menghadiri ceramah oleh DS IR Nizar.Kehadiran lebih kurang. 3-4 ribu orang.Saya sendiri tak tau pasal program tu.Bila kawan bagi tau baru lah saya perasan.Nampak gaya program ni agak low profile.





To cut the story short.DS Nizar telah berucap dan menceritakan detik detik peristiwa hitam di DUN Perak. Beliau berkata bahawa ADUN ADUN BN bersidang sesama sendiri untuk melantik Speaker baru tanpa melalui peraturan peraturan DUN apabila usul mereka utk memacat Speaker ditolak oleh Speaker dgn menggunkan kuasa mutlaknya sebagai Speaker.Jadi mereka telah melanggar semua peraturan peraturan sediaada.Mereka telah melantik S Ganesan yg bukan ADUN sebagai Speaker


Speaker Siva kumar telah mengarahkan Bentara untuk menyuruh 10 ADUN BN yg digantung agar keluar dewan.Tetapi Bentara enggan melaksanakan arahan beliau.Nampak sangat rampasan kuasa ini telah dirancang lebih awal lagi.


DS Nizar juga memaklumkan sebanyak 400 polis telah diarahkan berada didalam kawasan DUN siap sedia untuk bertindak.Berlaku beberapa kekasaran apabila mereka cuba memaksa Speaker turun dari kerusi.Mikrofon Speaker telah dimatikan.Speaker Siva berada dikerusi selama enam jam sebelum beliau ditarik secara paksa dan dikurung didalam bilik stor DUN.Begitu hina perlakuan UMNO dan BN.Sebanyak 40 orang yg berbadan tegap yang dipercayai anggota polis telah mengheret Speaker pergi.Part ini saya tak sanggup nak tgk video video yg ada sebab terlalu sedih melihat YB Siva diperlakukan sebegitu hina.


Selepas itu mereka telah mengepung tempat duduk Speaker .Kerusi Speaker yg baru telah diberi dan Speaker Haram Ganesan telah menangguhkan permulaan sidang dari sejam kesejam.Sebabnya ialah mereka merancang untuk menghalau DS Nizar dari dewan apabila mahkamah dijangkakan memutuskan siapa Menteri Besar sebenar pada 7 hb Mei.Tetapi taqdir Allah telah melanjutkan keputusan tersebut pada Hari Isnin 11 hb Mei.Nampak gagal sikit perancangan UMNO disini.

Apabila keadaan agak tenang DS Nizar telah meminta Mufti memaklumkan pd DYMM Raja Muda bahawa keadaan agak kelam kabut dan kemungkinan perasmian tidak dapat dibuat.Walaubagaimanapun keadaan kembali tenang apabila diumumkan Raja Muda berangkat masuk.Raja Muda telah memanggil DS Nizar dan Datuk Ngeh mengucapkan terima kasih kerana menenangkan keadaan.Bukan nya murka spt dakwaan media pro UMNO.Selepas itu DS Nizar komplen tentang perlakuan biadap UMNO.Tidak pernah didalam sejarah dunia Speaker diperlakukan sebegitu.

Seterusnya DS Nizar memohon sembah agar semua individu yg bukan ADUN agar keluar dari Dewan. Bila Raja Muda mengarahkan anggota anggota polis(betul ke mereka ni polis ataupun samseng samseng UMNO?) keluar baru lah mereka beredar dari mengelilingi kerusi Speaker.

Selepas perasmian spt mana kebiasaan MB lah org yang pertama bersalam dgn Tuanku.Guess what? DS Nizar lah org yg pertama bersalam dgn diikuti oelh semua ADUN PR .Paling last bersalam adalah Mat Gelap Zambry 786.part ini teman nak ketawa..kahkahkahkahkahkah.

Selepas itu DS NIzar juga mengiringi Tuanku meninggalkan DUN.Mat gelap Zambry 786 ikut dari belakang..kah kahkahkah .Mcm ofis boy aje...Nampak sgt bagaimana Allah SWT Maha Besar menghina beliau sebegitu rupa.Setibanya di lif,tetiba SUK dgn biadapnya menjerit "DS Nizar tak boleh masuk sama dalam lif".DYMM Raja Nazrin bertitah" Datuk Seri ,sila masuk".Tinggalah SUK hampeh tu sorang sorang kat luar.Padan muka dia.Yg masuk dalam lif berempat iaitu Raja Muda dan Puan Besar Zara,DS Nizar serta Mat Gelap Zamry 786.DS Nizar mengiringi Raja Muda sehingga ke Kereta saperti mana sepatutnya seorang Menteri Besar..DS Zambry hanya jadi pengiring MB shj..kahkahkah kahkah..Beliau masih lagi menanti recognition sebagai MB .kesian..hajat tak kesampaian.


Bila balik kedewan Speaker Haram Ganesan menangguhkan sidang.Persoalannya ialah perlantikan beliau tidak sah.Ini bermakna tiada persidangan DUN.Segala undang undang dan peraturan Dewan telah dilacurkan oleh UMNO.Akan timbul satu lagi konflik perundangan angkara UMNO..

ADUN ADUN BN semuanya balik selepas itu.DS Nizar mengadakan sidang akhbar.Semua peristiwa yang berlaku didalam dewan dirakam dan tersebar diseluruh dunia..Malahan segala peristiwa disaksikan oleh Pegawai Pegawai Tinggi Kerajaan dan wartawan wartawan seluruh dunia.Insyaallah rakyat Malaysia menjadi hakim terhadap peristiwa ini.Segala kekejaman dan kesombongan UMNO terbongkar luas dan terang dimata masyarakat.Terbukti sudah akhlak dan peribadi mereka.Mereka hanya mengikut undang undang apabila ianya berpihak pada mereka.Jika tidak,tuan/puan saksikan lah sendiri bagaimana kurang ajarnya mereka.


Yang paling jelas polis sekali lagi telah melakukan sesuatu diluar bidang kuasa mereka.UMNO tak akan berjaya tanpa pertolongan agensi agensi kerajaan yang lain.Pihaa polis amat efisien untuk membantu UMNO tetapi merekalah yg paling tidak efisien membenteras jenayah.Jelas sudah hidup dan mati mereka hanyalah untuk UMNO.Demi UMNO mereka sanggup mati.Buktinya Azilah dan Sirul yg membunuh demi menyelamatkan seorang pemimpin tertinggi UMNO..


Begitu juga SUK .Beliau sanggup bersikap biadap didepan Raja Muda demi untuk UMNO.Malahan ramai beranggapan bahawa beliau adalah salah seorang perancang utama rampasan kuasa tersebut.

Tuan /puan semua suka atau tidak kita semakin hampir kepada Negara Polis bila kemuliaan DUN dicemari oleh UMNO

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka segala pekung didada UMNO bukan sahaja pada rakyat Perak tetapi juga dimata dunia.Insyallah UMNO akan jatuh didalam sedikit masa lagi .PR tidak kalah .PR telah berjaya menyampaikan mesejnya keseluruh dunia..





Monday, May 4, 2009

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan

Tajuk dan artikel in saya ambil dari Blog Dr Asri http://drmaza.com/ .Satu kupasan yang baik....



Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.

Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.

Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.

Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.
Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.
Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.

Saturday, May 2, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis-Siri 5

Perkembangan mutakhir krisis politik Perak menunjukkan UMNO akan melanggar man mana undang undang yang bertentangan dengan kepentingannya.Ianya dapat dilakukan bila mendapat sokongan padu dari pihak Istana dan juga agensi agensi Penguatkuasa,Perkhidmatan Awam dan Badan Kehakiman.

Apabial mendapat sokongan dari institusi institusi yang penting UMNO tidak perlu bimbang kepada sesiapa pun.Ini bemakna negara kita semakin hampir kepada pentadbiran Negara Polis ala Myanmar.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai sesiapa kecuali Allah SWT dan juga majoriti rakyat menyokong.Kedua dua kekuatan ini perlu digembeling melalui siri siri penerangan melalui risalah,CD,kaset dan "man to man marking" dan serta doa yang berterusan kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.Allah SWT lebih mengetahui apa yang akan berlaku dimasa akan datang.

Pakatan Rakyat perlu mengetepikan sebarang perselisihan faham yang remeh temeh.Mana mana ahli yg sering menimbulkan masalah sehingga menjejaskan perpaduan Pakatan Rakyat perlu dikekang.Malahan latarbelakang mereka perlu disiasat kerana kemungkinan besar mereka adalah "The Mole" yang ditanamkan oleh UMNO untuk mengkucar kacirkan Pakatan Rakyat dari dalam..

Selain daripad itu demi semangat kesatuan Pakatan Rakyat adalah lebih baik semua pimpinan parti parti komponen Pakatan Rakyat mengetengahkan jenama Pakatan Rakyat lebih dari nama nama parti individu .

7 Mei ini adalah penentuan samada UMNO benar benar akan melanggar segala Peruntukan didalam Perlembagaan Perak.Jika benar telah ramai orang bermakna Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan tindakan untuk menghadapi pemerintahan diktator.Ramai pihak menjangkakan DSAI DS Nizar akan dipenjara samada melalui ISA kerana kononnya "menderhaka" dan sabit dengan kesalahan liwat..

Sama samalah kita lihat.Semoga telahan buruk saya dan tuan/puan/cik penyokong Pakatan Rakyat tidak betul..