Saturday, May 2, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis-Siri 5

Perkembangan mutakhir krisis politik Perak menunjukkan UMNO akan melanggar man mana undang undang yang bertentangan dengan kepentingannya.Ianya dapat dilakukan bila mendapat sokongan padu dari pihak Istana dan juga agensi agensi Penguatkuasa,Perkhidmatan Awam dan Badan Kehakiman.

Apabial mendapat sokongan dari institusi institusi yang penting UMNO tidak perlu bimbang kepada sesiapa pun.Ini bemakna negara kita semakin hampir kepada pentadbiran Negara Polis ala Myanmar.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai sesiapa kecuali Allah SWT dan juga majoriti rakyat menyokong.Kedua dua kekuatan ini perlu digembeling melalui siri siri penerangan melalui risalah,CD,kaset dan "man to man marking" dan serta doa yang berterusan kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.Allah SWT lebih mengetahui apa yang akan berlaku dimasa akan datang.

Pakatan Rakyat perlu mengetepikan sebarang perselisihan faham yang remeh temeh.Mana mana ahli yg sering menimbulkan masalah sehingga menjejaskan perpaduan Pakatan Rakyat perlu dikekang.Malahan latarbelakang mereka perlu disiasat kerana kemungkinan besar mereka adalah "The Mole" yang ditanamkan oleh UMNO untuk mengkucar kacirkan Pakatan Rakyat dari dalam..

Selain daripad itu demi semangat kesatuan Pakatan Rakyat adalah lebih baik semua pimpinan parti parti komponen Pakatan Rakyat mengetengahkan jenama Pakatan Rakyat lebih dari nama nama parti individu .

7 Mei ini adalah penentuan samada UMNO benar benar akan melanggar segala Peruntukan didalam Perlembagaan Perak.Jika benar telah ramai orang bermakna Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan tindakan untuk menghadapi pemerintahan diktator.Ramai pihak menjangkakan DSAI DS Nizar akan dipenjara samada melalui ISA kerana kononnya "menderhaka" dan sabit dengan kesalahan liwat..

Sama samalah kita lihat.Semoga telahan buruk saya dan tuan/puan/cik penyokong Pakatan Rakyat tidak betul..

No comments:

Post a Comment