Sunday, May 24, 2009

Amannya Hidup Tanpa UMNO

Penamaan calon PRU Penanti telah berlalu.UMNO sahih tidak masuk bertanding.Maksud saya calon calon UMNO tidak bertanding diatas lambang UMNO dan BN.Jentera UMNO pergi bawah tanah menyokong calon "bebas".Jika salah satu calon bebas menang mereka dengan automatik akan masuk UMNO atau calon bebas yang menyokong UMNO saperti di Perak. Cuma orang bodoh sahaja yang tak percaya cerita saya ini.Ada lagi ke gamaknya orang bodoh kat Malaysia ni saperti mana dua tiga puluh tahun dulu?
Mungkinkah UMNO dah tak percaya dah kepada kekeramatan lambang kerisnya?Seolah olah simbol UMNO dah jadi takda ong pada UMNO.Mereka terpaksa bersandar kepada "calon bebas" untuk membawa undi kepada UMNO..Apa sudah jadi? Begitu cepat dan dinamiknya senario politik negara kita ini sejak akhir akhir ni.UMNO seolah olah libang libu dan serba tak kena.UMNO sentiasa berada didalam situasi " diluah mati bapak,ditelan mati emak".
Seterusnya satu senario baru yang sedang hebat diperkatakan oleh ramai orang ialah tiadanya UMNO di Penanti menyebabkan keadaan disana aman dan proses penamaan calon berjalan lancar.Tiada sebarang kekacauan dan pergadohan berlaku.Pihak keselamatan pun tak perlu nak bersusah payah menjaga keselamatan.Kos keselamatan dapat dijimatkan dengan banyaknya.Sampai ada anggota anggota polis menguap jemu.Bukankah ini petanda yang ditunjukkan oleh Allah SWT secara tak langsung bahawa UMNO adalah punca segala permasalahan negara selama ini?
Persoalannya sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Hmmm... sampai UMNO tumbang la.Insyaallah UMNO akan tumbang dalam sedikit masa lagi.MOmentum penolakan rakyat terhadap UMNO semakin bertambah dari sehari kesehari..

No comments:

Post a Comment