Monday, August 31, 2009
Harga Minyak Naik Lagi
Sunday, August 30, 2009
Isu Kuil Hindu Shah Alam
Wednesday, August 26, 2009
Sepintas lalu Pilihanraya kecil Permatang Pasir
Apakah punca kekalahan UMNO?
- Pemilihan calon kurang tepat.Calon yang dipilih terpalit dengan salah laku yang susah hendak dipertahankan oleh UMNO.Salah laku pecah amanah wang pelanggan syarikat guaman Rohaizat dan juga isu isteri kedua Rohaizat merupakan tumbukan ceduk pada beliau.Saya difahamkan bahawa jika dipilih orang lain pun masalah yang sama juga akan timbul.Maknanya disini "Rohaizat is the best candidate they could offer".Manakala PAS pula telah membuat pilihan calon yang tepat.Salleh Man walaupun bukan berasal dari Permatang Pasir,beliau dikenali ramai di Permatang Pasir.
- UMNO masih lagi mengekalkan cara lama berkempen.Mereka masih lagi menggunakan jentera jentera kerajaan untuk berkempen.Seterusnya menaburkan wang kepada pengundi.UMNO sepatutnya sedar rakyat sudah muak dengan semua salah laku UMNO.Perubahan yang dituntut oleh rakyat kepada UMNO tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan UMNO.
- Juru juru kempen UMNO didapati kurang bersemangat dan berdisiplin.Mungkin setelah kalah 6 kali berturut turut menyebabkan mereka hilang keyakinan.
- Jentera Pakatan Rakyat lebih tersusun dan bersatu serta bekerjasama rapat.Susah bagi Barisan Nasional mengatasinya.
- Isu isu saperti Kerajaan Perpaduan telah diselesaikan oleh pihak Pimpinan PAS.Jadi ianya tidak mengganggu konsentrasi saperti di Manek Urai.Salah satu dari punca kemerosotan undi PAS di Manek Urai adalah disebabkan oleh isu ini.
- Permatang Pauh adalah gelanggang DS Anuar Ibrahim.Pengaruh peribadi beliau amat kuat disana.Susah bagi sesiapa untuk menggugatnya.Malahan saya yakin Kepala Batas puan akan jatuh ketangan DSAI tidak lama lagi.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah apabila UMNO menuduh terdapat lebih dari tiga ribu pengundi hantu wujud didalam senarai Permatang Pasir.Kemudian mereka tuduh peraturan peraturan SPRM pulak sebagai punca kekalahan mereka.Semua orang maklum bahawa semua peraturan yang dibuat oleh SPRM adalah untuk memberi advantage kepada UMNO.Mengapa UMNO nak bising.Senjata makan tuan?
Kemudia para pimpinan UMNO saling salah menyalah antara satu sama lain.Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh menyalahkan bekas calun Rohaizat.Beliau menuduh Rohaizat tidak berterus terang mengenai masalah peribadinya.Hmmm..siapa yang sanggup membuka pekung didada sendiri.Bagi orang orang UMNO jika dipilih jadi calun ianya diibaratkan bulan jatuh keriba.Tak mungkin mereka lepas peluang.Rohaizat tiada bezanya.Beliau cuma melakukan apa yang biasa diamalkan oleh orang orang UMNO lain.Masalah peribadi persetankanlah.
UMNO saperti biasa sentiasa tidak sedar dan tidak menyalahkan diri sendiri.Mereka masih lagi didalam "in state of denial".Masih enggan berubah.Sikap mereka telah mula memakan diri sendiri.Mana tahu pru akan datang berlaku di kawasan mereka sendiri.Masa itu mereka akan lihat kesan sikap mereka.Saya yakin jika pru dibuat dikawasan mereka,PR mempunyai harapan besar untuk menang dan jika kalah pun ianya adalah sipi sipi.
Kita lihat perkembangan lanjut dimasa akan datang.Nampak gaya perkatan "PRU" adalah perkataan ngeri dan igauan bagi pimpinan UMNO..keh keh keh
Sunday, August 23, 2009
Lagi ADUN PR Melompat
Pada pandangan saya antara puncanya adalah:-
- Niat perjuangan.Jika niat tidak cukup bersih kerana Allah SWT maka mudah dipengaruhi oleh anasir anasir UMNO.Ada yang masuk PKR hanya kerana benci pada UMNO semata mata.Ada pula disebabkan telah diketepikan dalam UMNO dan merajuk.
- Tidak tahan dengan godaan material.UMNO sebagai parti kaya tiada masalah untuk menaborkan wang pada wakil rakyat PR.Mereka cuma perlu sebutkan harga sahaja.Sekarang ni wakil wakil rakyat PR Selangor harganya lebih mahal dari negeri lain.Ini disebabkan UMNO memang "desperate" untuk menawan kembali Selangor memandangkan Selangor adalah lubuk duit.
- Tidak jelas arah tuju perjuangan.Masalah ini perlu diberi perhatian segera oleh pihak pimpinan PKR.
- Masalah peribadi saperti hutang piutang.
- Tidak mendekatkan diri dengan Allah SWT.Maknanya disini mereka tidak menjalankan kehidupan sebagai orang Islam yang soleh.
Saya menyeru pihak pimpinan PR terutamanya pucuk pimpinan PKR agar brainstorming segera untukmenyelesaikan masalah ini.Jika tidak perkara ini boleh menyebabkan kekuatan PR sendiri terancam.Program pembangunan manusia saperti usrah ,tamrin dan pengajian pengajian Islam perlulah di pergiatkan.Saya yakin PKR memiliki ramai tenaga tenaga yang berasal dari NGO NGO Islam saperti Fuziah Salleh dan lain lain boleh digunakan tenaga mereka untuk merancang pentarbiahan Islam didalam PKR.
Saya juga bersetuju dengan ramai orang bahawa pemergian ADUN Lunas tidak ditangisi malahan ramai bernafas lega.Beliau adalah liabiliti didalam Pakatan Rakyat.Banyak salah laku saperti tuntutan elaun berlebihan menjadi topik perbincangan ramai orang sehingga disiasat oleh SPRM.UMNO tidak untung apa apa dengan orang korup saperti itu. Proses pembersihan berterusan berlaku didalam Pakatan Rakyat.Kita rugi 10 sen sekarang untuk untung seringgit dimasa akan datang . Insyaallah momentum perubahan tidak akan terganggu dengan pembelotan ini.
Sunday, August 16, 2009
Robbing Iraq's oil wealth
Artikel di cilok dari http://www.crescenticit.com/editorials/15-zafar-bangash/62-robbing-iraqs-oil-wealth.html
Pengunduran tentera USA dari bandar bandar Iraq sebenarnya adalah bohong semata mata untuk mengabui mata umat Islam dan masyarakat Amerika yang semakin kritikal terhadap perang di Iraq yang banyak mengorbankan tentera amerika...Syarikat syarikat minyak USA dan British telah pun menandatangani kontrak jangka panjang dengan kerajaan boneka Iraq.Minyak dibeli dengan harga diskaun yang amat tinggi.Rakyat yIraq sekali lagi telah dirompak oleh USA dan sekutunya.
By Zafar Bangash
The
Despite concerns about security, the reality is foreign multinationals will set the price and control production quotas. Before the invasion of
The 2003 invasion of
With the occupation of
The invasion of Iraq may have cost the US hundreds of billions of dollars — two trillion dollars according to Harvard economist Joseph Stiglitz — but the “price” for Americans may be worth it because US oil giants will now rake in trillions in profit for decades to come. It should be noted that regardless of what
Saturday, August 15, 2009
Lagi isu arak diSelangor
Pertama semua pimpinan hendaklah tidak menggunakan media massa yang dikuasai oleh UMNO untuk berwewenangan mengutuk Kerajaan PR.Kita mesti ingat media media berkenaan tidka pernah berlaku adil pada PR.Jadi mengapa gunakan mereka??
Keduanya mengapa "counter attack " pada UMNO tidak dibuat bersungguh sungguh.Isu arak ini ialah isu yang baik untuk membongkarkan peranan UMNO yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyebarkan gejala arak dikalangan remaja Islam.Ramai diantara ahlinya terlibat didalam perniagaan arak dan pengiklanannya.
Adalah diharapkan pihak pimpinan Pakatan Rakyat bertindak matang didalam menangani sesuatu isu .Jangan jadi "loose cannon".Mereka perlu tahu membezakan antara kritikan membina dan "loose cannon"
Thursday, August 6, 2009
Isu pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan pengikutnya
Manakala satu lagi isu yang tak kurang menarik diSelangor mengenai Exco Selangor Ronnie Liu yang sekali lagi melakukan kelakuan kontroversi menghalang penguatkuasa MBSA dari merampas botol botol arak yang dijual di kedai 24 jam 711.Ronnie Liu terkenal dengan kegiatannya yang sentiasa menyebelahi taukeh taukeh kelab malam,taukeh rumah rumah pelacuran.Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang beliau perjuangkan? Keadilan pada rakyat? Tindakan dari beliau jika tidak dibendung boleh merosakkan imej Pakatan Rakyat.
Tindakan mereka jika tidak diulangi dimasa hadapan boleh dimaafkan disebabkan kejahilan mereka.Malahan Jeff Ooi telah memohon maaf kepada JIM.
Walubagaimanapun kita jangan lupa bahawa UMNO sebalum ini telah banyak kali memfitnah dan memanggil pertubuhan pertubuhan Islam sebagai ekstrimis,out of date,lebih bahaya dari komunis,anasir subversif dan lain lain fitnah.Wanita wanita yang ingin menutup aurat dihina sebgai hantu bungkus,Mereka juga telah menggalakkan secara tak langsung budaya minum arak dan judi dikalangan remaja dengan meluluskan tanpa had lesen lesen kedai arak,kelab malam dan judi.Malahan ramai pemimpin mereka mempunyai saham didalam syarikat syarikat berkenaan.Mereka juga menghalang penguatkuasa mengambil tindakan terhadap kelab malam kelab malam yang beroperasi tanpa lesen.Malahan UMNO bertanggungjawab terhadap gejala ketagihan arak dan judi dikalangan remaja sekarang.
Para pemimpin NGO dan PAS hendaklah mengingatkan kembali kepada rakyat bahwa salah faham terhadap Islam ini adalah berpunca dari UMNO yang memberikan maklumat maklumat palsu kepada bukan Islam demi kepentingan politik mereka.Saya selalu berbincang dengan ramai rakan rakan bukan Islam mengenai Islam.Saya dapati kebanyakan mereka amat keliru tentang Islam .Segala hujah yang keluar dari mereka datangnya dari idea idea yang disumbatkan oleh UMNO kepada masyarakat tidak lama dulu.Malahan punca kaum bukan Islam yang tidak menghormati Islam disebabkan oleh UMNO sendiri.UMNO sebenarnya amat biadap dan kurang ajar kepada Islam.Jadi bagaimana mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT hendak menghormati Islam?
Persoalannya sekarang pernah kah UMNO meminta maaf kepada masyarakat Islam diatas keterlanjuran mereka? Setakat ini saya belum pernah dengar perkataan maaf .Mereka juga tidak menunjukkan sesal terhadap kesalahan mereka.Mengapa kita lepaskan golongan celaka ni?? Tolong jangan lepaskan UMNO wahai sahabat semua..Dosa mereka kepada Islam dan umatnya amat banyak..