Thursday, September 24, 2009

Isu kritikan Dr Hassan Ali kepada Selcat

Saya terbaca berita ini didalam Malaysian Insider http://http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38510-selangor-pas-backs-hassan-ali .Saya merasa agak kesal sedikit dengan tindakan YB Dr Hassan Ali.Apakah sebenarnya motif beliau??? Belaiu juga telah membabitkan PAS Selangor didalam kemelut ciptaannya sendiri sedangkan beberapa pimpinan PAS sendiri tidak bersetuju dengan tindakan beliau.Kali ini kemelut ini tidak di "provoke" .Saya boleh katakan ianya datang 100% dari Dr Hassan Ali.
Pada pandangan saya beliau tidak sepatutnya mengkritik pimpinan Kerajaan Selangor secara terbuka begitu.Satu perkara yang perlu di tekan kan kepada pihak pimpinan PR ialah mereka perlu lah mengikuti etika organisasi.Tiada salahnya mengkritik tetapi biarlah mengikut saluran yang betul.Malahan beliau mengugut untuk keluar dari PR.Something fishy ain't it?
Selcat ditubuhkan untuk memantau segala salahlaku pentadbiran jabatan jabatan Kerajaan Selangor.Malahan "public hearing" tersebut adalah sesuatu yang bagus.Baru kita tau mekanisma kekorupan BN yang memerintah selama ini. Sepatutnya usaha usaha sebeginilahyang perlu disokong oleh beliau.Bukan kah ketelusan merupakan salah satu yang diperjuangkan oleh beliau sebelum ini?
Pegawai pegawai kerajaan tidak perlu bimbang jika mereka tidak terlibat dengan salah laku UMNO.Mereka tidak perlu malu jika dipaksa.Masyarakat faham mereka hanyalah pegawai kerajaan sahaja yang terpaksa akur kepada arahan pemimpin politik.Mereka seharusnya sedar bahawa merekalah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.jadi meeka perlulah berhati hati agar tidak melanggar prosidur prosidur walaupun mendapat tekanan dari pihak atasan.Justeru itu tidak timbul persoalan cubaan memalukan sesiapa didalam kes ini.
Saya tak faham pendirian Dr Hassan Ali sejak akhir akhir ini.Saya perhatikan beliau lebih cenderung memihak kepada UMNO pula.Contohnya isu kuil Shah Alam.Dimana beliau? Tuduhan tuduhan yang dibangkitkan oleh beberapa blogger semakin saya percayai walaupuan masih belum sepenuhnya.Antara tuduhan tersebut adalah beliau adalah fraksi UMNO dan ingin menjadi MB Selangor.Sejauh mana kebenaran khabar angin ini saya pun dapat memberi penjelasan.
Mungkin Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan mengenai kemelut ini agar nama beliau tidak terus tercemar.Harap harap tiada lagi isu datang dari beliau selepas ini yang mengikiskan lagi kepercayaan terhadap beliau.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARIRAYA EIDILFITRI

Kepada semua pembaca yang sudi melayari blog Tinta Hitam yang serba marhaen ini saya ucapkan SELAMAT HARIRAYA EIDIL FITRI.MAAF ZAHIR BATIN.Minta maaf banyak banyak jika ucapan ni tidak disertakan dengan bunga,kartun,lukisan dan lain lain perhiasan yang biasa dibuat ketika menghantar ucapan hariraya.
Berbagai peristiwa berlaku sepanjang bulan Ramadhan ini.Bermula dari PRK Permatang Pasir,isu kuil Shah Alam,Demo oleh penunjuk penunjuk perasaan kepala lembu,kenaikan harga minyak sebagi hadiah Hari Merdeka,ugutan pukul kepada YB Khalid Samad dan rogol kepada ADUN Rodziah (jika mereka laksanakan juga jenayah itu,Insyaallah mereka akan merasa bekas tangan kami pula dan tanah di Malaysia ini tak cukup luas untuk mereka lari ).Semua perisitiwa ini membuktikan siapa UMNO yang sebenarnya.Suatu bukti yang jelas UMNO tidak lagi relevan didalam arena politik tanah air.Telah tiba masanya kita menguburkan UMNO dan mencampakkan parti ini ke "history dustbin".
Buat sementara waktu ini kita lupakan lah isu isu politik ini dan tumpukan kepada sambutan hariraya.Semoga tuan/puan/cik selamat kembali kekampung halaman bertemu orang orang yang disayangi dan mengembalikan semula nolstagia zaman kanak kanak dulu.Mudah mudahan tiada suami isteri yang bemasam muka di pagi hariraya nanti sebab kurang setuju dengan giliran berhariray di rumah mertua.Lupakan perkara remeh temeh tu dan tumpukan kepada amalan amalan hari raya yang selalu kita tinggal iaitu bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah SWT .Jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah kerana telah memanjang kan usia kita untuk menikmati Ramadhan yang penuh berkat ini. Mudah mudahan kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan.
Sekian.SELAMAT HARIRAYA EIDIL FITRI ..

Wednesday, September 9, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis??? Siri 12

Keputusan Hakim mahkamah Tinggi Datuk Azahar Ahamadyang membatalkan saman Speaker V Sivakumar terhadap "Speaker Datuk R.Ganesan" adalah telah dijangkakan.Beliau telah memaklumkan bahawa semua alasan dan hujah dari V Sivakumar adalah remeh dan bertentangan dengan Perkara 72 Perlembagaan Negeri Perak.Dia juga mengatakan bahawa perlantikan Datuk R Ganesan adalah sah dan mengikut perkara 72 perlembagaan Negeri Perak.
Nampak gaya sekali lagi dacing timbangan kehakiman negara menjadi senget.Hakim ini buat buat tak tau bagaimana Speaker V Sivakumar telah dibawa keluar secara paksa oleh pihak polis yang menggunakan senjata api.Hakim ni bukannya bodoh.Tetapi apabila kepentingan diri mengatasi keadilan maka keputusan penghakiman yang pelik pelik mula lah berlaku.
Ini bermakna lengkap sudah lah negara kita ini menjadi Negara Polis.Perlembagaan boleh di ubah sesuka hati UMNO.Polis,SPRM,istana tunduk dan patuh kepada telunjuk UMNO.Yang belum cuma tentera sahaja lagi .Organisasi ini pun sedikit sebanyak telah pun dipergunakan oleh UMNO.Melalui undi pos dimana anggota tentera tidak dibenarkan untuk menjalankan undian dengan bebas.Malahan penghantaran undi tu ke pusat pengundian pun adalah penuh dengan pelbagai andaian..
Pihak Pakatan Rakyat tiada pilihan lain.Mereka perlu terus memperjuangkan agar demokrasi tegak dimuka bumi Malaysia.Jika tidak Malaysia akan ketinggalan sebagaimana Myanmar.Walaupun Myanmar penuh dengan hasil bumi tetapi negara itu adalah antara negara didalam ASEAN yang paling mundur.UMNO dijangkakan akan berterusan melacurkan semua institusi negara demi survival politiknya.Mereka hampir putus harap untuk menang di dalam pilihanraya.Malaysia semakin hari semakin tiada perkara yang hendak dibanggakan.
Insyaallah Allah SWT telah pun memberikan tanda tandanya melalui penurunan sokongan rakyat bahawa UMNO akan hancur didalam sedikit masa lagi.Kehancuran yang tidak akan merasa penghormatan lagi selepas ini

Tuesday, September 8, 2009

Najib mula sedar kesilapan strateginya

Kemelut kuil Hindu di Section 23 Shah Alam hampir berakhir.Menteri besar Selangor teleh mengumumkan tapak baru kuil iaitu kira kira setengah kilometer dari rumah rumah orang Islam di seksyen 23.UMno pada mulanya bersorak riang bahawa dia menang besar melalui perlakuan biadap dan kurang ajarnya pengikut pengikutnya.Najib tersenyum riang didalam tv mengumumkan bahawa kononnya Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan isu berkenaan.
Tetapi beliau silap lagi.Maklumbalas orangramai mula menunjukan mereka kurang setuju dengan tindakan biadap samseng samseng UMNO tu.Mereka ingin melihat isu kuil ini diselesaikan tetapi dengan cara beradap dan bertamaddun.Nampak gaya UMNO telah sekali lagi "shooting its own foot again".
Perdana Menteri Najib mula sedar perkara ini.Tiba tiba dia telah menghulurkan talian persahabatan dan perbincangan dengan PAS.Tawaran yang berupa "telunjuk lurus kelingking berkait".PAS telah menolak mentah mentah tawaran berkenaan.baguslah tu.Sekurang kurangnya pengajaran diManek Urai telah membuka mata pimpinan PAS .Sebarang bentuk perbincangan sebenarnya adalah counter productive kepada PAS.UMNO tahu akibatnya.Jika PAS setuju kemeja rundingan perpaduan Pakatan Rakyat tergugat sedikit sebanyak.
UMNO semakin tersepit sekarang ini.Segala taktik tidak menjadi.Strategi mereka dirosakkan oleh orang orang mereka sendiri.Kita tunggu lah strategi seterusnya dari UMNO.Sementara itu Pakatan Rakyat perlu lah merapatkan saf saf mereka agar tidak pecah.Bukit Pinang adalah medan perang seterusnya.Semoga PAS berjaya disana..

Friday, September 4, 2009

Isu kuil:Khalid Samad sedia kalah demi berlaku adil pada semua

Beginilah sepatutnya seorang wakil rakyat yang berjiwa Islam.Tetap pendirian untuk berlaku adil walaupun majoriti pihak mnentangnya.Kualiti yang wujud didalam ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Suara yang datang dari hatinya set kefahaman yan gmendalam terhadap konsep Islam.Pernahkah Ahli ParlimenUMNO berpendirian begini??Semoga Allah bersama beliau dan memberi kekuatan kepadanya.Semoga Allah SWT membuka tembelang UMNO seluas luasnya kepada rakyat Malaysia.

Kenyataan YB Khalid Samad adalah sesuatu yang amat saya harapkan datangnya dari pimpinan PR selama ini agar semua pihak dapat melihat keadilan Islam.Kita berjuang adalah untuk keadilan semua orang.Jika konsep keadilan ini tidak jelas pada kita,adalah ditakutinya akhirnya kita akan jadi sama saperti UMNO.Saya perhatikan beliau bersendirian menghadapi isu ini.Agak kurang bantuan dari pihak PAS Selangor sendiri.Adakah mereka juga telah terpengaruh dengan fikrah pemikiran sempit UMNO?

Pihak pimpinan Pakatan Rakyat perlulah bersedia berpegang kepada konsep keadilan Islam walaupun mendapat tentangan dari ahli sendiri.Realiti ini pahit tetapi perlu dipegang.Walk the talk please...

Syabas YB Khalid.I am proud of you.

Petikan dari Harakah Daily .http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22383&Itemid=1

Abdul Aziz Mustafa
Sat Sep 05, 09 11:24:17 am MYT
SHAH ALAM, 5 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.

"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?

"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.

Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.

"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.

ImageDengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.

Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).

Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.

Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.

Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.

Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.

_

Isu kuil Shah Alam lagi

Saya membaca pendapat Tulang Besi didalam blog beliau http://www.malaysiawaves.com/2009/09/cow-head-demonstration-was-meant-to.html .Beliau berpendapat isu kuil Shah Alam berkenaan adalah lakonan UMNO sahaja yang cuba mengalihkan isu kenaikan minyak baru baru ini.Saya setuju pendapat beliau.Ianya cuma lakonan semata mata.Mengapa saya berkata begitu??

  1. Isu kuil timbul dua hari sebelum pengumuman kenaikan minyak.Rakyat Malaysia sibuk membahaskan isu ini sehingga terlupa dengan kenaikan minyak ini.Taktik ini memang berkesan.Malahan UMNO menggalakkan rakyat berterusan membahaskannya.
  2. Kerjasama polis untuk melindungi gengstar UMNO yang berdemo.Kehadiran polis bukan untuk menjaga keselamatan aset kerajaan Selangor tetapi lebih kepada untuk memastikan keselamatan samseng samseng yang dipercayai dari PEKIDA/PEWARIS.Rasa lucu pulak sebabnya apa la jenis samseng samseng ni yg perlu perlindungan polis.Takda kelas langsung punya samseng.Cakap bukan main berdegar degar.memang layak la mereka menjadi penunjuk perasaan kepala lembu.keh keh keh...
  3. Berita kenaikkan minyak kurang disiarkan di media massa.Yang banyak adalah berita kuil sahaja.Media massa kemungkinan besar diarahkan agar tidak menyiarkan berita kenaikka minyak itu.Tambahan pula sekarang ini harga minyak dipasaran dunia telah turun dibawah paras USD70/tong.
  4. Pihak KDN amatlah berdiplomasi dengan para demonstrator kepala lembu tu.Ajak bincang la.Cuba mencari penyelesaian la.Sejak bila pulak KDN berdiplomasi pasal demonstrasi ni??

Pihak PR perlu lah menyusun kembali strategi mereka untuk kembali menyerang.Mereka hendaklah berterusan menyerang BN didalam isu ini.Peluang menyerang BN lebih terbuka dengan adanya pilihanraya kecil DUN Bukit Pinang, Negeri Sembilan.Gunakan lah medan ini seluas luasnya untuk menjelaskan isu kuil dan kenaikkan harga minyak ini kepada rakyat.

Allah Maha Berkuasa .Sekali lagi UMNO tersilap langkah.Pilihanraya kecil adalah perkara terakhir UMNO mahu buat masa sekarang ni.Ini disebabkan mereka terpaksa turun kegelanggang sekali lagi dengan mengheret beban yang banyak.Saya dapat merasakan suasana panik di kem UMNO sekarang ini.Jika mereka kalah lagi UMNO akan semakin berantakan.

UMNO sepatutnya muhasabah diri sendiri dan tidak berterusan menegakkan benang yang basah.Lakonan mereka sudah basi.Rakyat semakin jijik dengan sandiwara mereka.Penyelewengan demi penyelewengan yang mereka lakukan terdedah luas kepada rakyat. DUN Bukit Pinang adalah peluang rakyat untuk menghukum UMNO.Semoga rakyat tidak melepaskan peluang ini.Kemenangan PR sekali lagi dikubu UMNO adalah kemenangan rakyat jelata.

YA ALLAH BERILAH KEMENANGAN KEPADA PEJUANG PEJUANG MU..AMIN YARABBAL ALAMIN

Isu lagu Negara Ku

Saya dah lama nak tulis pasal lagu Negara ku ni.Cuba dengar lagu negara kita.

http://www.youtube.com/watch?v=bfnIKrz7dYw&feature=related

Bandingkan dengan lagu Mamola Moon (Terang Bulan) yang digubah oleh penggubah Perancis pada tahun 1860 dulu.lagu ini merupakan lagu cinta yang memuja wanita idamannya.Lagu ini dikasifikasi sebagai lagu jiwang jiwang.

http://www.youtube.com/watch?v=VsFIhqj6_MY

Persoalannya mengapa jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji Lagu Negara membuat kerja sambil lewa sahaja.Mereka tidak mengkaji dari semua segi betapa perlunya lagu Negara yang merupakan maruah,nadi dan harga diri sesuatu bangsa atau umat itu digubah dengan betul.Mengapa pilih melodi lagu jiwang jiwang sehingga menjadi bahan ketawa negara lain dan menjadi sumber kritikan generasi yang mendatang? Sepatutnya lagu negara perlu digubah supaya bersemangat dan memiliki roh daya juang sesuatu bangsa.Bukan lembik dan jiwang jiwang.Inilah satu kelemahan UMNO yang tidak memiliki sebarang wawasan atau harga diri.Kemerdekaan negara diberi kepada mereka agar menjaga segala polisi polisi British serta warisan warisannya.merek tidak berpenat lelah untuk menuntut kemerdekaan.

pada pandangan saya sepatutnya lagu negara ni biarlah bersemangat dan kita merasa kekuatannya bila mendendangkan lagu tersebut.Contoh adalah saperti lagu dibawah

Tak tau la pulak kalau lepas ini ada orang UMNO yg bodoh menuduh saya menjadi agen komunis pula.Tuduhan yang biasa mereka buat untuk menutup kelemahan mereka.