Kemelut kuil Hindu di Section 23 Shah Alam hampir berakhir.Menteri besar Selangor teleh mengumumkan tapak baru kuil iaitu kira kira setengah kilometer dari rumah rumah orang Islam di seksyen 23.UMno pada mulanya bersorak riang bahawa dia menang besar melalui perlakuan biadap dan kurang ajarnya pengikut pengikutnya.Najib tersenyum riang didalam tv mengumumkan bahawa kononnya Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan isu berkenaan.
Tetapi beliau silap lagi.Maklumbalas orangramai mula menunjukan mereka kurang setuju dengan tindakan biadap samseng samseng UMNO tu.Mereka ingin melihat isu kuil ini diselesaikan tetapi dengan cara beradap dan bertamaddun.Nampak gaya UMNO telah sekali lagi "shooting its own foot again".
Perdana Menteri Najib mula sedar perkara ini.Tiba tiba dia telah menghulurkan talian persahabatan dan perbincangan dengan PAS.Tawaran yang berupa "telunjuk lurus kelingking berkait".PAS telah menolak mentah mentah tawaran berkenaan.baguslah tu.Sekurang kurangnya pengajaran diManek Urai telah membuka mata pimpinan PAS .Sebarang bentuk perbincangan sebenarnya adalah counter productive kepada PAS.UMNO tahu akibatnya.Jika PAS setuju kemeja rundingan perpaduan Pakatan Rakyat tergugat sedikit sebanyak.
UMNO semakin tersepit sekarang ini.Segala taktik tidak menjadi.Strategi mereka dirosakkan oleh orang orang mereka sendiri.Kita tunggu lah strategi seterusnya dari UMNO.Sementara itu Pakatan Rakyat perlu lah merapatkan saf saf mereka agar tidak pecah.Bukit Pinang adalah medan perang seterusnya.Semoga PAS berjaya disana..
No comments:
Post a Comment