Friday, September 4, 2009

Isu kuil Shah Alam lagi

Saya membaca pendapat Tulang Besi didalam blog beliau http://www.malaysiawaves.com/2009/09/cow-head-demonstration-was-meant-to.html .Beliau berpendapat isu kuil Shah Alam berkenaan adalah lakonan UMNO sahaja yang cuba mengalihkan isu kenaikan minyak baru baru ini.Saya setuju pendapat beliau.Ianya cuma lakonan semata mata.Mengapa saya berkata begitu??

  1. Isu kuil timbul dua hari sebelum pengumuman kenaikan minyak.Rakyat Malaysia sibuk membahaskan isu ini sehingga terlupa dengan kenaikan minyak ini.Taktik ini memang berkesan.Malahan UMNO menggalakkan rakyat berterusan membahaskannya.
  2. Kerjasama polis untuk melindungi gengstar UMNO yang berdemo.Kehadiran polis bukan untuk menjaga keselamatan aset kerajaan Selangor tetapi lebih kepada untuk memastikan keselamatan samseng samseng yang dipercayai dari PEKIDA/PEWARIS.Rasa lucu pulak sebabnya apa la jenis samseng samseng ni yg perlu perlindungan polis.Takda kelas langsung punya samseng.Cakap bukan main berdegar degar.memang layak la mereka menjadi penunjuk perasaan kepala lembu.keh keh keh...
  3. Berita kenaikkan minyak kurang disiarkan di media massa.Yang banyak adalah berita kuil sahaja.Media massa kemungkinan besar diarahkan agar tidak menyiarkan berita kenaikka minyak itu.Tambahan pula sekarang ini harga minyak dipasaran dunia telah turun dibawah paras USD70/tong.
  4. Pihak KDN amatlah berdiplomasi dengan para demonstrator kepala lembu tu.Ajak bincang la.Cuba mencari penyelesaian la.Sejak bila pulak KDN berdiplomasi pasal demonstrasi ni??

Pihak PR perlu lah menyusun kembali strategi mereka untuk kembali menyerang.Mereka hendaklah berterusan menyerang BN didalam isu ini.Peluang menyerang BN lebih terbuka dengan adanya pilihanraya kecil DUN Bukit Pinang, Negeri Sembilan.Gunakan lah medan ini seluas luasnya untuk menjelaskan isu kuil dan kenaikkan harga minyak ini kepada rakyat.

Allah Maha Berkuasa .Sekali lagi UMNO tersilap langkah.Pilihanraya kecil adalah perkara terakhir UMNO mahu buat masa sekarang ni.Ini disebabkan mereka terpaksa turun kegelanggang sekali lagi dengan mengheret beban yang banyak.Saya dapat merasakan suasana panik di kem UMNO sekarang ini.Jika mereka kalah lagi UMNO akan semakin berantakan.

UMNO sepatutnya muhasabah diri sendiri dan tidak berterusan menegakkan benang yang basah.Lakonan mereka sudah basi.Rakyat semakin jijik dengan sandiwara mereka.Penyelewengan demi penyelewengan yang mereka lakukan terdedah luas kepada rakyat. DUN Bukit Pinang adalah peluang rakyat untuk menghukum UMNO.Semoga rakyat tidak melepaskan peluang ini.Kemenangan PR sekali lagi dikubu UMNO adalah kemenangan rakyat jelata.

YA ALLAH BERILAH KEMENANGAN KEPADA PEJUANG PEJUANG MU..AMIN YARABBAL ALAMIN

No comments:

Post a Comment