Keputusan Hakim mahkamah Tinggi Datuk Azahar Ahamadyang membatalkan saman Speaker V Sivakumar terhadap "Speaker Datuk R.Ganesan" adalah telah dijangkakan.Beliau telah memaklumkan bahawa semua alasan dan hujah dari V Sivakumar adalah remeh dan bertentangan dengan Perkara 72 Perlembagaan Negeri Perak.Dia juga mengatakan bahawa perlantikan Datuk R Ganesan adalah sah dan mengikut perkara 72 perlembagaan Negeri Perak.
Nampak gaya sekali lagi dacing timbangan kehakiman negara menjadi senget.Hakim ini buat buat tak tau bagaimana Speaker V Sivakumar telah dibawa keluar secara paksa oleh pihak polis yang menggunakan senjata api.Hakim ni bukannya bodoh.Tetapi apabila kepentingan diri mengatasi keadilan maka keputusan penghakiman yang pelik pelik mula lah berlaku.
Ini bermakna lengkap sudah lah negara kita ini menjadi Negara Polis.Perlembagaan boleh di ubah sesuka hati UMNO.Polis,SPRM,istana tunduk dan patuh kepada telunjuk UMNO.Yang belum cuma tentera sahaja lagi .Organisasi ini pun sedikit sebanyak telah pun dipergunakan oleh UMNO.Melalui undi pos dimana anggota tentera tidak dibenarkan untuk menjalankan undian dengan bebas.Malahan penghantaran undi tu ke pusat pengundian pun adalah penuh dengan pelbagai andaian..
Pihak Pakatan Rakyat tiada pilihan lain.Mereka perlu terus memperjuangkan agar demokrasi tegak dimuka bumi Malaysia.Jika tidak Malaysia akan ketinggalan sebagaimana Myanmar.Walaupun Myanmar penuh dengan hasil bumi tetapi negara itu adalah antara negara didalam ASEAN yang paling mundur.UMNO dijangkakan akan berterusan melacurkan semua institusi negara demi survival politiknya.Mereka hampir putus harap untuk menang di dalam pilihanraya.Malaysia semakin hari semakin tiada perkara yang hendak dibanggakan.
Insyaallah Allah SWT telah pun memberikan tanda tandanya melalui penurunan sokongan rakyat bahawa UMNO akan hancur didalam sedikit masa lagi.Kehancuran yang tidak akan merasa penghormatan lagi selepas ini
No comments:
Post a Comment