Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARIRAYA EIDILFITRI

Kepada semua pembaca yang sudi melayari blog Tinta Hitam yang serba marhaen ini saya ucapkan SELAMAT HARIRAYA EIDIL FITRI.MAAF ZAHIR BATIN.Minta maaf banyak banyak jika ucapan ni tidak disertakan dengan bunga,kartun,lukisan dan lain lain perhiasan yang biasa dibuat ketika menghantar ucapan hariraya.
Berbagai peristiwa berlaku sepanjang bulan Ramadhan ini.Bermula dari PRK Permatang Pasir,isu kuil Shah Alam,Demo oleh penunjuk penunjuk perasaan kepala lembu,kenaikan harga minyak sebagi hadiah Hari Merdeka,ugutan pukul kepada YB Khalid Samad dan rogol kepada ADUN Rodziah (jika mereka laksanakan juga jenayah itu,Insyaallah mereka akan merasa bekas tangan kami pula dan tanah di Malaysia ini tak cukup luas untuk mereka lari ).Semua perisitiwa ini membuktikan siapa UMNO yang sebenarnya.Suatu bukti yang jelas UMNO tidak lagi relevan didalam arena politik tanah air.Telah tiba masanya kita menguburkan UMNO dan mencampakkan parti ini ke "history dustbin".
Buat sementara waktu ini kita lupakan lah isu isu politik ini dan tumpukan kepada sambutan hariraya.Semoga tuan/puan/cik selamat kembali kekampung halaman bertemu orang orang yang disayangi dan mengembalikan semula nolstagia zaman kanak kanak dulu.Mudah mudahan tiada suami isteri yang bemasam muka di pagi hariraya nanti sebab kurang setuju dengan giliran berhariray di rumah mertua.Lupakan perkara remeh temeh tu dan tumpukan kepada amalan amalan hari raya yang selalu kita tinggal iaitu bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah SWT .Jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah kerana telah memanjang kan usia kita untuk menikmati Ramadhan yang penuh berkat ini. Mudah mudahan kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan.
Sekian.SELAMAT HARIRAYA EIDIL FITRI ..

No comments:

Post a Comment